Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Isnin, Februari 23, 2015

Cerita Bola 2015: Kelantan malu besar kepada PDRM

Annuar persoal prestasi buruk The Red Warriors



PEMAIN PDRM, Ahmad Nizam Rodzi (kanan) berjaya menyekat kemaraan penyerang Kelantan, Wan Zaharul Nizam pada aksi Liga Super di Kota Bharu malam kelmarin yang menyaksikan PDRM menang 4-0.


KEKALAHAN 0-4 Kelantan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin mendapat perhatian Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
Annuar menerusi entri laman sosial Facebook miliknya semalam mahu barisan jurulatih dan pengurusan pasukan mengkaji punca kekalahan tersebut termasuk dari segi susunan pemain serta percaturan taktikal yang digunakan.
Annuar berkata, kekalahan tersebut wajar dijadikan pengajaran kepada jurulatih dan barisan pemain untuk kembali bangkit dalam perlawanan akan datang.
"Saya melihat perlawanan tersebut menerusi televisyen yang menyaksikan The Red Warriors diaibkan di gelanggang sendiri.
"Pemain bermain bersungguh-sungguh tetapi semangat mereka direntap dengan gol kedua PDRM," katanya.
Pada perlawanan tersebut, PDRM membuka tirai jaringan pada penghujung babak pertama menerusi Ashfaq Ali, diikuti jaringan Dramane Thaore minit ke-53 menerusi sepakan penalti.
Ashfaq terus membuktikan kehebatannya apabila menghasilkan jaringan ketiga PDRM (ke-73) dan Mohamadou Sumareh melengkapkan malam gemilang pasukannya menerusi gol keempat pada minit ke-85.
Annuar turut mempersoalkan kenapa The Red Warriors membiarkan tonggak importnya, Erwin Carrillo mengemudi jentera serangan sedangkan mereka mempunyai ramai lagi pemain seperti Emmanual Kengome, Khairul Izuan Rosli dan Mohd. Norfarhan Muhammad.
Katanya, formasi 4-5-1 yang digunakan menerusi gandingan Amar Rohidan, Issac Pupo dan Mohd. Badhri Radzi sukar untuk menghasilkan jaringan pada perlawanan tersebut.
"Saya berharap agar kekalahan ini menjadi pengajaran berguna buat semua pemain dan terus bekerja keras untuk menghadapi perlawanan akan datang," tegasnya.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..