JAHA (Budak Kelantan) - Bo lawe setaro demo
Kelantan tak ingin kecewa lagi untuk Piala FA
2009 Kelantan tewas kepada Selangor melalui sepakan penalti. Mendahului dengan 1-0 melalui sepakan gunting Indra Putra Mahyudin (Indra salah seorang yang gagal dalam menyudahkan sepakan penalti penentuan), pada mulanya tapi Sharizan Ismail melepaskan gol penyamaan kepada Amri Yahyah, (Amri dinobatkan pemain terbaik) untuk Selangor. Seri 1-1 membawa kepada penentuan sepakan penalti yang tidak berpihak kepada Kelantan.
2010 Kelantan dan Selangor diberi kelebihan apabila tidak bermain untuk peringkat pertama selaku finalis 2009. Keghairah Kelantan akhirnya tersekat pada suku akhir kepada Kedah. Seri 0-0 di Alor Star, kemudian 1-1 di Kota Bharu. Peraturan jaringan tempat lawan membawa kelebihan kepada Kedah. Agregat 1-1 ini membawa Kedah ke peringkat seterusnya. (Kedah tewas kepada Negeri Sembilan pada perlawanan akhir).
2011 Sekali lagi Kelantan mencipta nama untuk ke peringkat akhir. Kali ini pertembungan dengan jiran terdekat, Terengganu. Sebelum itu, Kelantan menang bergaya ke atas Selangor pada peringkat separuh akhir pertama di Shah Alam. Menang 5-1 (Devan-terkejut salahkan penjaga gol punca kekalahan terbesar) sesuatu yang amat mengembirakan pemain dan penyokong. Pertembungan di Kota Bharu pula Kelantan sekadar seri 1-1 (Kalah teruk dengan Kelantan pemain Selangor berang dituduh jual game) sudah cukup untuk membawa Kelantan ke final. Dengan itu dendam tewas melalui sepakan penalti pada 2009 terubat seketika.
Seperti edisi sebelum ini Kelantan kecewa lagi. Mendahului dengan jaringan menarik Nurul Azwan Roya seakan membawa tuah buat penyokong. Namun sebaliknya berlaku. Hanya beberapa saat untuk dinobatkan selaku juara Kelantan menggiggit kaki lagi apabila Daudsu terjaring gol sendiri. Daudsu yang bermain baik sejak wisel dibunyikan akhirnya terperangkap ketika ingin mengeluarkan bola tetapi tertanduk ke gawang yang dikawal Apek. (Kelantan pincang selepas keluarkan Shakir, Subra: Irfan)
Seri 1-1 mengheret ke masa tambahan. Akhirnya, Terengganu berjaya menundukan Kelantan dengan jaringan 2-1 (jaringan Nordin Alias). Dalam kemenangan ini diiringi spekulasi dan khabar angin yang mengatakan skrip kekalahan dan kemenangan Terengganu telahpun dirancang. Khabar angin bertiup Piala FA 2011 itu memang dirancang untuk diberikan kepada Terengganu bagi meraikan tahun terakhir tampuk pemerintah Yang Dipertuan Agung, Sultan Mizan. Isu yang digembar gemburkan tanpa ada bukti sahih.
2012 Kelantan sekali lagi berdiri megah untuk ke perlawanan akhir. Perlawanan separuh akhir amat dramatik. Seri 1-1 dengan Kedah di Kota Bharu dan 3-3 di Alor Star membawa Kelantan ke pentas final buat kali yang seterusnya. Seakan skrip 2010, tapi endingnya beralih arah. Kali ini perebutan di separuh akhir, jaringan tempat lawan milik Kelantan.
Seperti sebelumnya, gosip dan khabar angin bertiup. Kononnya 2012 ini Piala FA akan menjadi milik Kedah sempena pertabalan Sultan Kedah sebagai Yang Dipertuan Agung yang baru. Separuh akhir kedua di Kedah cukup dramatik. Separuh masa pertama Kedah mendahului 2-0. Keputusan ini mencerahkan lagi gosip "Kedah juara Piala FA". Pada separuh masa kedua, gosip itu lenyap bersama jaringan penyamaan dua pemain import Kelantan, Obina dan Ghaddar.
Kurang 24 jam dari sekarang Kelantan turun sebagai pelawat untuk menentang Sime Darby. Kelab dari Liga Perdana ini muncul sebagai pasukan pilihan untuk menyekat keinginan Kelantan. Johor FC dan Terengganu dari Liga Super menjadi mangsa Sime Darby. Johor FC yang ingin mencipta rekod tetapi akhirnya merengkot. Terengganu pula gagal untuk mempertahankan piala yang dimenangi tahun lalu.
Kedua-dua pasukan ingin mencipta sejarah. Sime Darby telahpun mencipta sejarah sebagai kelab pertama memasuki perlawanan akhir. Mereka juga ingin mengukir lagi sejarah untuk menjuarai Piala FA buat julung kalinya.
Kelantan pula sudah pasti tidak ingin kecewa buat ke sekian kalinya. Gema sorakan lebih 40 ribu penyokong sudah pasti ingin dibalas dengan membawa piala ini ke Kota Bharu.
19 Mei 2012, Piala FA yang baru akan menjadi milik siapa..?
........................................................................
Baca ini: Subra pilihan terbaik kekang Ronaldinho

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..