Apek nafi Jepun berpesta gol
KUALA LUMPUR - Tewas 0-2 kepada Jepun mungkin bukan satu keputusan yang memalukan.
Namun hakikatnya persembahan hambar skuad Olimpik negara ketika berdepan pasukan No.1 Asia pada aksi pembukaan Kumpulan C Kelayakan Olimpik semalam, memberi gambaran tentang tahap bola sepak kita masih ketinggalan berbanding negara tuan rumah.
Jika bukan kerana ketangkasan penjaga gol yang juga ketua pasukan, Khairul Fahmi Che Mat, skuad negara mungkin dibolosi dengan jumlah jaringan yang jauh lebih besar.
Beraksi di hadapan kira-kira 23,000 penyokong Blue Samurai di Stadium Tosu, Fukuoka, Harimau Muda bagaikan kehilangan taring, langsung tidak mengaum.
Sejak awal permainan, barisan pertahanan skuad Ong Kim Swee begitu mudah dilepasi oleh rangkaian serangan Jepun yang diketuai tonggak perancang, Hiroshi Kiyotake.
Serangan yang dilancarkan dari pelbagai sudut, menguji Khairul Fahmi dengan hantaran lintang berbahaya dari kedua-dua belah sayap, serta rembatan dari luar kotak.
Barisan empat pertahanan Malaysia iaitu Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan Zubir Azmi, kerap membiarkan pemain lawan melepasi kawalan mereka.
Menghidu kelemahan Malaysia itu, Jepun akhirnya mendahului selepas 10 minit perlawanan menerusi jaringan Keigo Higashi yang mudah menewaskan Khairul Fahmi di penjuru kiri gawang selepas menerima umpanan Kiyotake.
Jaringan itu menyemarakkan semangat Jepun dengan menggandakan serangan.
Ketika pertahanan skuad negara terus bergelut, mujur ketangkasan Khairul Fahmi atau Apek menjadi penyelamat.
Apek akhirnya dibolosi kali kedua apabila pemain gantian, Ryohei Yamazaki mudah menolak masuk umpanan penyerang Nagoya Grampus, Kensuke Nagai.
Peluang untuk meneruskan harapan ke London 2012 belum tertutup sekiranya dapat bangkit pada perlawanan berikutnya, dengan syarat Kim Swee mengelak aksi hambar semalam.
Malaysia akan menerima kunjungan Syria, 23 November depan.
_____________________________
Fahmi penyelamat
SKUAD bola sepak negara berjaya mengelak daripada kekalahan besar apabila hanya tewas 0-2 kepada Jepun pada aksi pembukaan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Fukuoka, semalam.
Terima kasih kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya sembilan percubaan bahaya pasukan tuan rumah di babak pertama dan empat di babak kedua.
Jika tidak kerana kecemerlangan Fahmi, Malaysia hampir pasti menjadi ‘lauk’ kepada pasukan Samurai Biru yang seperti dijangka menguasai sebahagian besar permainan.
Hanya dua gol gagal dihalang Fahmi iaitu menerusi Keigo Higashi pada minit ke-11 dan Ryohei Yamazaki pada minit ke-77. Itu pun selepas Jepun mengasak bertali arus.
Ternyata skuad negara bukan lawan setanding untuk Jepun yang jelas memiliki kelebihan dalam segala segi baik kawalan bola, kawalan dan gaya permainan, ketenangan, skil, teknik serta taktik.
Seawal minit kedua lagi Fahmi sudah diuji apabila berjaya menghalang bola satu-dua pemain Jepun di depan gawang sebagai tanda amaran betapa deretan percubaan bahaya bakal terus menyusul selepas itu.
Ia ternyata benar apabila satu demi satu penyerang Jepun membolosi kubu negara menerusi gerakan-gerakan kemas dan menarik dari setiap penjuru.
Kegagalan pemain negara mengawal permainan dengan kemas dan memegang bola dengan yakin menjadi faktor kenapa tiada langsung percubaan bahaya berjaya diilhamkan anak-anak buah Ong Kim Swee sepanjang permainan.
Hanya di babak kedua, satu-satunya percubaan yang berjaya dicipta menerusi Thamil Arasu pada minit ke-63 tetapi belum sempat dapat meledakkan sepakan dari dalam kotak penalti, ia mudah dipatahkan pertahanan Jepun.
Dalam pada itu pujian juga perlu diberikan kepada benteng pertahanan skuad negara kerana ampuh bertahan ketika berkampung di kubu sendiri.
____________________dari http://www.kosmo.com.my
Penangan Samurai
Daripada Zairee Zahir di Fukuoka, Jepun
azairee@bharian.com.my - http://www.bharian.com.my -
2011/09/22
Anak didik Kim Swee akur keperkasaan Jepun
TEMPIAS ‘taufan Roke’ di Fukuoka, malam tadi seperti menceritakan betapa barisan Harimau Muda karam di Stadium Tosu ketika terpaksa akur kepada keperkasaan Jepun yang turun selaku kuasa bola sepak Asia untuk merakamkan kemenangan 2-0.
Jelas perlawanan pembuka tirai Kumpulan C, saingan kelayakan Olimpik di Wilayah Saga, Kyushu, malam tadi menjadi dominasi anak didik Takashi Sekizuka yang menguasai penuh saingan 90 minit di bawah cuaca sejuk - sekali gus menuai tiga mata berharga dalam kumpulan yang turut membabitkan Syria dan Bahrain.
Realiti yang terpancar selepas wisel penamat dibunyikan pengadil Abdullah Balideh dari Qatar adalah anak didik Ong Kim Swee harus banyak belajar andai mahu memastikan sasaran tangga kedua kumpulan untuk beraksi dalam play-off, andai ia menjadi kenyataan kelak.
Tuan rumah bergelar Samurai Muda yang berhak menang atas persembahan padu di hadapan 22,504 penyokong mereka mengesahkan mata penuh menerusi ledakan Keigo Higashi pada minit ke-10 dan Yamazaki Ryohei (m-75).
Sebaik pengadil meniup wisel, Jepun mendominasi setiap saingan dengan pemain Harimau Muda sekadar mengejar bola manakala kapten yang juga penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat menjadi individu paling sibuk di depan gawang.
Selepas empat kali penjaga gol negara Khairul Fahmi diuji, asakan Jepun membuahkan gol pertama ketika permainan hanya berusia 10 minit. Higashi yang tidak dikawal dalam kawasan kotak penalti, meledakkan rembatan leret ke sebelah kanan untuk menggamatkan suasana stadium.

Tertekan tanpa dapat membolosi benteng Jepun, penyerang Izzaq Faris Ramlan sebaliknya dilayangkan kad kuning pada minit ke-28 kerana mengasari Kazuya Yamamura dan situasi bertambah buruk apabila penyerang, Wan Zack Haikal Wan Nor mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar padang pada minit ke-40 untuk digantikan dengan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria.
Ada sedikit perubahan ditampilkan anak buah Kim Swee sebaik bersambung babak kedua apabila Wan Zaharul Nizam beberapa kali dapat melepasi benteng sebelah kiri Jepun tetapi tiada hantaran yang sampai kepada rakan di depan manakala dua rembatan jarak jauh Abdul Shukur dan Mohamad Fandi Othman tersasar jauh.
Namun, gawang negara bolos kali kedua pada minit ke-76 apabila Yamazaki mudah menolak masuk selepas Nagai melintangkan bola di depan gawang.

_______________________________
Harimau Muda rebah
KEM Harimau Muda suram apabila terpaksa menerima kekalahan pertama ketika kempen kelayakan Sukan Olimpik 2012 peringkat kumpulan C, setelah tumpas 2-0 kepada Jepun di Stadium Tosu, semalam.
Skuad kendalian Takashi Sekizuka bermula dengan cemerlang apabila mengucar kacirkan kubu pertahanan negara seawal minit pertama dengan beberapa percubaan berbahaya.
Namun, hampir kesemua percubaan tersebut tepat menuju ke arah penjaga gawang, Khairul Fahmi Che Mat.
Bagaimanapun, selang sembilan minit permainan bermula, gawang negara sudah pun dibolosi jaringan pertama hasil rembatan kencang Keigo Higashi yang berjaya menyempurnakan hantaran Hiroshi Kiyotake.
Jepun yang nyata mendominasi keseluruhan babak pertama, terus mengasak namun cubaan berbahaya Omiya Ardija berjaya diselamatkan.
Memasuki babak kedua, pemain kelahiran Kelantan terus diuji tanpa henti.
Jepun melakukan pertukaran dengan membawa masuk pemain gantian Ryohei Yamazaki yang menggantikan Higashi, peledak pertama Jepun.
Tidak sampai 10 minit beraksi, Yamazaki yang tidak dikawal ketat merembat kencang gawang Malaysia pada minit ke-75 menewaskan Khairul Fahmi.
Selepas ini, Harimau Muda bakal melayan kunjungan Syria untuk aksi kedua peringkat kumpulan, di Kuala Lumpur, 23 November ini.

----------------dari http://www.sinarharian.com.my
______________________________________
Samurai tepati ramalan
Daripada Azahar Md Taib di Fukuoka
CEKAP...Khairul Fahmi menyelamatkan gawang daripada ditembusi penyerang Jepun.
KETUA jurulatih, Ong Kim Swee akur dengan kehebatan Jepun yang menguasai setiap babak perlawanan sehingga sukar buat skuad Olimpik negara untuk bangkit menentang sehingga tewas 0-2 pada perlawanan pembukaan Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik 2012, semalam.
Sekalipun tidak gembira dengan apa yang disaksikannya, beliau lega apabila pintu gol Malaysia hanya bolos dua gol.
Katanya pujian harus diberikan kepada ketangkasan kapten yang juga penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Dia bukan saja menafikan banyak percubaan berbahaya tuan rumah, tetapi bijak menyusun semula rakan di benteng pertahanan agar tidak goyah apabila kerap diasak. “Tidak dinafikan Khairul Fahmi memastikan keputusan perlawanan ini kekal 2-0 sehingga tamat,” katanya.
Ditanya apakah sebenarnya yang berlaku ke atas persembahan pasukan yang tidak bermain seperti kebiasaan, Kim Swee memberikan alasan bahawa menentang pasukan sehebat Jepun bukan mudah.
Andai pasukan hilang konsentrasi dan fokus permainan, mereka akan dihukum.
“Inilah yang berlaku seperti apa yang anda saksikan. Malahan pemain langsung tidak dapat bergerak apabila pemain Jepun pantas mengawal kawasan serta mengecilkan kebebasan untuk bergerak.
“Malah mereka tidak langsung membenarkan kita kembali menyusun pergerakan dengan melancarkan asakan dari segenap penjuru padang,” katanya.
Apapun Kim Swee percaya bahawa perlawanan pembukaan kebiasaannya tidak menjadi seperti yang diharapkan.
Jepun memang berhajat meraih kemenangan besar tetapi cuma menjaringkan satu gol pada setiap babak.
“Bagi kami pula, perlawanan ini yang semestinya cukup penting untuk kita mengutip mata, mungkin memberi sedikit tekanan untuk pemain memberikan yang terbaik.
“Terus terang saya memuji komitmen ditunjukkan setiap pemain. Memang bukan mudah menentang Jepun dan keputusan malam ini tidak begitu melukakan,” katanya.
---------dari http://www.hmetro.com.my
----------------------------####--------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..