Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Jumaat, Januari 20, 2012

Cerita bola: Sebelum sepak mula Kedah vs Kelantan, 2012


Hapus badi di Stadium Darul Aman





Mohd. Badhri Radzhi (kanan) tidak mahu pemain Kelantan alpa apabila berdepan Kedah pada pertembungan Liga Super hari ini.



KOTA BHARU - Ketua pasukan Red Warriors, Mohd. Badhri Radzhi atau Piya menuntut rakan sepasukan mempamerkan semangat juang yang tinggi bagi memastikan tiga mata apabila berdepan Kedah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman hari ini.

Menurutnya, sebagai penyandang juara Liga Super, Red Warriors tidak boleh tercicir mata sebaliknya perlu konsisten jika mahu mengatasi pendahulu liga, T-Team.

"Kita bertandang ke sana dengan misi yang cukup jelas. Bukan untuk seri, tetapi kemenangan yang kita mahukan. Tidak kira siapa yang diturunkan oleh jurulatih, semua pemain perlu bermain mati-matian bagi memburu tiga mata penuh.

"Saya percaya semua pemain berada dalam situasi yang cukup baik ketika ini, selepas menewaskan Johor FC 2-1 tempoh hari.

"Gandingan Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha), Mohammed Ghaddar dan Indra Putra Mahyuddin yang semakin berbisa menjadi taruhan kami esok (hari ini)," katanya di sini, semalam.

Tambahnya, selain tiga mata, dia mahu rakan-rakan sepasukannya menghapuskan badi kegagalan untuk mencipta kemenangan di stadium berkenaan.

"Rekod pertemuan kami dengan Kedah di Stadium Darul Aman sejak dua musim lalu sentiasa memihak kepada pasukan tuan rumah.

"Jadi saya fikir pertemuan ini merupakan kesempatan terbaik bagi kami untuk menamatkan badi kesukaran mencipta kemenangan di sana," ujarnya.

Bagaimanapun, perancang tengah Kelantan itu mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak memandang rendah perlawanan hari ini, biarpun Kedah tidak begitu konsisten dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.

"Kita tahu semangat pemain Kedah sedikit terjejas setelah gagal mencipta kemenangan dan menjaringkan gol dalam tiga perlawanan lalu. Tapi itu masalah mereka dan saya percaya kita harus lebih waspada dengan kebangkitan pemain Kedah.

"Mereka masih ada Baddrol Bakhtiar, Mohd. Khyril Muhymeen dan Amar (Rohidan) yang masih boleh mengimbangi kekuatan pasukan meskipun aksi dua pemain import Brazil, Danilo Rafael Dos Santos dan Daniel Soares Neves nyata kurang menjadi setakat ini," ujarnya.
...........................................................
Dari: http://www.utusan.com.my (20 Januari 2012)
............................................................

Tiada tekanan di tempat lawan: Daudsu
Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
bhsukan@bharian.com.my
2012/01/20

AKSI Daudsu (kiri) ketika menentang Johor FC.

AKSI Daudsu (kiri) ketika menentang Johor FC.
Sedia bawa pulang tiga mata 

PERTAHANAN Kelantan, Daudsu Jamaluddin mahu memastikan benteng The Red Warriors tidak bolos apabila berdepan cabaran Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, di Alor Setar, malam ini.

Pemain 29 tahun dari Kampung Air Puteh, Kota Bharu itu mengajak rakan sepasukan memastikan tiga mata dibawa pulang dari gelanggang lawan bagi mengukuhkan cengkaman selepas berkongsi tujuh mata dengan T-Team di puncak liga.
“Kami akui gawang Kelantan bolos dalam setiap perlawanan tetapi malam esok (malam ini), kami akan cuba menangkis serangan lawan dan mengelakkan daripada dibolosi, selain mahu menang di tempat lawan,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Daudsu berkata, dia tidak menghadapi masalah beraksi di gelanggang lawan, malah menganggap situasi itu satu cabaran yang perlu ditempuhi. 

“Kita sudah biasa beraksi di tempat lawan dan ia tidak memberi tekanan, sebaliknya membuatkan kami lebih fokus. 

“Yang penting, kami perlu melaksanakan arahan jurulatih (Steve Butler) dan saling bekerjasama untuk bertahan dan mencipta peluang mengasak kubu lawan,” katanya.

.........................................................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..