Lupakan seketika mengenai bola mahupun PRK DUN Galas, Gua Musang dan Parlimen Batu Sapi, Sabah. Lihat artikel di bawah seketika.
Ini pandanganku. Adakalanya apa yang terpendam di hati tidak terucap dengan kata-kata. Adakalanya yang terucap dengan kata-kata tidak sama dengan yang terbuku di hati. Dan adakalanya apa yang di hati itulah yang dikata. Melalui alam siber ini akan aku jadikan ini sebagai wadah untuk aku sampaikan apa yang tersimpan, terbuku dan terpendam dalam diri.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com
Isnin, Oktober 18, 2010
Ahad, Oktober 17, 2010
Cerita Bola: Jangan biarkan Kenari terbang bebas
Mukadimah bicara ada baiknya kita saksikan ini sekali lagi;
19 Januari 2010
Sebelum itu cuba renungkan sedetik kecuaian Syed Adney. Adney telah menerima "hukuman" akibat kesilapan yang dilakukan 19 Januari lepas. Kesilapan mudahnya sedikit sebanyak menggugat statusnya sebagai bekas penjaga gol kebangsaan. Kesannya juga terasa apabila dia menjadi pilihan kedua B.Sathianathan. Halim Napi yang masih disenaraikan dalam skuad Kelantan mengambil alih seketika posisi terbabit. Halim Napi dipanggil untuk memperkuatkan kembali Red Warriors. Sathia pernah menyatakan Syed Adney diketepikan seketika kerana mengalami kecederaan. Bagi peminat, mereka merasakan Adney direhatkan kerana "hukuman" akibat kesilapannya. Ketika ini Khairul Fahmi Che Mat @ Apex belum menonjol. Namun Sathia punya perancangan dan keyakinan; membolehkan Syed Adney kembali mengisi kesebelasan utama.
Syed Adney cuba melupakan kesilapannya tetapi sebahagian besar penyokong terus "menghukumnya". Setiap kali memasuki padang akan ada sorakan bbooo.. Ketika permainan berlangsung pula mata akan tetumpu padanya jika dia melakukan kesilapan. Itu cerita Syed Adney. Cerita permulaan bagaimana dia "dihukum" akibat kecuaiannya. Sekarang lupakan kesilapan Adney. Musim hampir tamat. Usahlah "dihukum" lagi. Kenanglah jasanya walaupun secalit. Salah satunya ketika menghalang sepakan penalti pemain PKNS ketika saingan Piala Malaysia pada peringkat kumpulan. Tumpuan kini adalah separuh akhir; menentang Kedah. Kedah lagi.
Tumpuan kini terarah kepada ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat @ Apex untuk menghalang Kenari terbang bebas. Prestasinya yang kosisten ketika menggalas tugas menjaga gawang menjadi taruhan Sathia dan jua penyokong setia. Statusnya sebagai penjaga gol kebangsaan tepat dengan persembahannya. Jangan biarkan kesilapan mudah mengewakan kita. Biarkan kekalahan 19 Januari lepas berlalu. Dan "kekalahan" Kelantan pada saingan Piala FA kepada Kedah harus ditebus. Kini (jika ditugaskan) Fahmi harus mempersiap diri dengan ancaman Kedah terutamanya rakannya di skuad kebangsaan, Badro Baktiar dan juga beberapa pemain lain. Badrol telah beberapa kali menjinakan beberapa penjaga gol dengan sepakan percumannya. Malah Halim Napi pernah ditewaskan olehnya ketika pusingan kedua Piala FA 2010 di Kota Bharu.
Menentang Kedah bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Walaupun prestasinya bagaikan yo-yo, barisan Ahmad Yusof ini mampu mengejutkan kita. Kemenangan Kedah ke atas Terengganu sesuatu di luar jangkaan. Keupayaan Kedah ketepikan Terengganu, pasukan tempat ketiga Liga Super musim ini, sedikit sebanyak membangkit semangat perjuangan mereka.
Helmi Heliza yang pernah menjadi taruhan Malaysia sebagai penjaga gol kebangsaan mampu mengecewakan kita. Idlan, Akmal, Hai-O mahupun Chanturu pasti berdepan cabaran getir untuk jinakkan Helmi. Tapi kita masih ada Indra, Farhan, Piya, dan Azizi yang akan membantu menundukkan bekas penjaga gol Malaysia itu.
Tumpuan kini terarah kepada Akmal. Kecemerlangannya ketika membenam Selangor Jumaat lepas mesti diteruskan. Jika sebelum ini aku sentiasa melihat Akmal sebagai "penumpang" dalam skuad Kelantan, tapi kini tidak lagi. Kehadirannya sebagai bekas penggempur kebangsaan mampu mengucar-kacirkan barisan pertahanan Kedah.
Sekali lagi dinyatakan Akmal berdepan tugas getir untuk menewaskan Helmi. Sebagai anak Kedah sudah pasti ada secalit perasaan terhadap pasukan negeri kelahiran. Akmal juga akan berdepan dengan puluhan penyokong Kedah yang sudah pasti tertumpu padanya. Namun sebagai profesional Akmal mahu buktikan bahawa dia masih lagi berbisa. Dan saat itu nanti semangat kenegerian mesti dilupakan. 2010 Akmal adalah milik rakyat Kelantan, bukan lagi milik Kedah.
Pemain bola sepak profesional adalah "milik" persatuan negeri dan sekali gus menjadi milik rakyat negeri yang diwakilinya. Pemain juga adalah "pekerja" kepada majikan, persatuan negeri. Oleh itu kesetiaan kepada majikan mesti dipamerkan. Sekali lagi diingatkan kepada penyokong Kedah, kini Akmal adalah "milik" penyokong Kelantan.
Seperti juga Azlan Ismail yang mewakili Kedah musim ini, juga mempunyai situasi yang sama dengan Akmal. Azlan Ismail, kelahiran Kelantan menunjukan kesetiaan kepada pasukan yang diwakilinya. Azlan pernah mengewakan penyokong Kelantan pada 19 Januari lalu. Walaupun kali ini Azlan tidak beraksi kerana kecederaan, aku percaya dia tetap menyokong kebangkitan Kedah, majikannya.
Nyata Sathia terkejut Kelantan menang besar pada pertembungan dengan Gergasi merah. Tapi kali ini penyokong terus mengharap skuad Sathia mengejutkan Kedah pula. Perlawanan pertama mesti dimanfaatkan. Sokongan peminat usah dirisaukan.
Tengok ni..
Sejenak sekitar piala FA
Tengok ni..
Sejenak sekitar piala FA
Cerita Bola: KAFA tahu tak?
Kemenangan selesa Pahlawan Merah ke atas Gergasi Merah sudah pasti menjadi bualan hangat di kalangan peminat bola sepak tempatan. Kemenangan ini mengembirakan seluruh rakyat Kelantan dan peminat pasukan Kelantan. Tapi kali ini ingin sekali lagi aku perkatakan mengenai tiket perlawanan. Bukannya tidak menyokong, bukannya untuk menentang, bukannya untuk memboikot dan bukannya memburuk-burukan KAFA, tapi sekadar ingin meluahkan pandangan dan pendapat.
Semua orang tahu KAFA amat gembira dengan kehadiran penyokong yang memenuhi setiap ruang stadium. Dalam kegembiraan KAFA menerima kehadiran penyokong ini, adakah KAFA tahu tentang beberapa perkara?
Agaknya KAFA tahu atau tidak suasana pagi Jumaat di perkarangan Stadium Sultan Muhammed IV? Orang ramai telah berhimpun sejak awal pagi untuk mendapatkan tiket perlawanan. Dua kaunter yang dibuka tidak dapat menampung jumlah beribu-ribu orang ramai yang mengkerumun kaunter. Pukul 10:00 pagi, penyokong beratur dari kaunter sampailah ke tepi jalan (berhadapan padang hoki). Di salah satu kaunter lagi barisannya tidak teratur, terlalu sesak. Agaknya kenapa tidak dibuka beberapa lagi kaunter untuk atasi kesesakan?
Suasana ketika mendapatkan tiket (sebelah pagi)
Agaknya KAFA tahu atau tidak, dalam kesibukan orang ramai untuk mendapatkan tiket di kaunter ada berapa orang di perkarangan stadium kita ini yang turut menjual tiket? Ya, inilah ulat jadian. Ulat-ulat jadian yang sibuk duk menjaja tiket bukan ejen KAFA kan? Harga stardart dengan ulat pada permulaannya adalah RM17, kemudian RM18-20.
Agaknya KAFA tahu atau tidak ketika jam hampir pukul 11:00 pagi kaunter telahpun ditutup? Dalam penantian dan riuh rendah untuk mendapatkan tiket kami dihampiri oleh seseorang. Lelaki dalam lingkungan 50-an; berkemeja lengan panjang, berbelang-belang biru dan putih; berseluar slad hitam; dan berkasut kulit. Dia bersuara "kaunter ditutup. Kaunter akan dibuka selepas (solat) Jumaat", lebih kurang begitulah kata-katanya. Tiba-tiba seorang penyokong bersuara keras "Kau janji apa tadi?!". Dalam fikiran aku tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh pemuda terbabit. Kemudian, lelaki berkemeja tadi terus berlalu menuju ke belakang (ke astaka). Beberapa minit kemudiannya aku terus pulang hampa. Sebelah petangnya, mengikut beberapa orang penyokong yang berada di situ (mungkin tidak ke masjid) kaunter memang tidak dibuka-buka walaupun selepas solat Jumaat. Dan tidak ada seorangpun yang datang memberi tahu "tiket dah habis". Kita hanya tahu dengan sendiri bila kaunter tidak dibuka-buka.
Kaunter ditutup pada pukul 11:00 pagi dan terus tertutup sampailah perlawanan bermula pada malamnya. Kalau tiket telah pun habis kenapa tidak ada pihak KAFA datang memberi tahu tiket habis. Sekali lagi dinyatakan kaunter ditutup pada pukul 11:00 pagi. Dibuka beberapa jam sahaja, dan semuanya habis? Setiap pembeli HANYA boleh menapatkan ENAM keping tiket sahaja. Ehmm..agaknya ulat-ulat yang ada berapa keping yang mereka dapat? Adakah enam juga, kemudian mereka beratur (tak beraturpun, potong Q) lagi dan dapat enam lagi dan begitulah seterusnya. Dalam kesibukan dan kekalutan untuk dapatkan tiket di kaunter, tiket di tangan ulat telah pun mencecah RM25.
Agaknya KAFA tahu atau tidak ketika permainan hendak dimulakan masih ada lagi yang menjual tiket di luar stadium? Ulat-ulat tiket berkeliaran di luar stadium. Kali ini harganya RM10 dan ada yang RM5. Apa yang aku nampak masih banyak tiket di tangan makhluk jahanam ni. Cuba bayangkan; ruang stadium telahpun penuh sebelum perlawanan bermula tapi tiket masih berbaki di tangan ulat. Ini bermakna tiket telah terjual dan telahpun habis. Tapi bagaimana masih ada lebihan tiket? Adakah cetakan palsu? Adakah lebihan cetakan? Adakah berlaku helah yang kita tidak ketahui?
Agaknya KAFA tahu atau tidak skrin besar yang dipasang di luar stadium tu hanya SATU sahaja? Sebelum ini dalam laman portal https://www.theredwarriors.com KAFA menyatakan sebab-sebab harga tiket dinaikan kerana (salah satu sebabya) untuk memasang DUA skrin besar. Mungkin duit belum cukup untuk pasang DUA skrin seperti yang "dijanjikan". KAFA tahu tak skrin yang terpasang tak clear? Skrin tu juga seakan skrin lama sebab ada kesan gulungan dan lipatan di bahagian bawah, sebelah kanan (mungkin juga kerana baru dibeli kut). Skrin yang memancarkan siaran Astro Arena, tapi tidak diletakan pembesar suara. Mungkin kerana beranggapan berdekatan stadium, tidak perlulah pembesar suara; tidak perlu dengar ulasan. Tapi kalau letak pembesar suara boleh juga dengar-dengar Hj. Zainal Rawop dan Azlan Johar buat ulasan.
KAFA tahu atau tidak ramai yang menyaksikan skrin besar di Medan Selera? Di sini kemeriahan dan keriuhan tetap bergema. Di sini juga boleh duduk-duduk, minum-minum sambil menyaksikan Kijang kita menendang keluar Gergasi bola dari Piala Malaysia 2010. Yang lebih penting lagi, boleh dengar Zainal dan Azlan bersembang dan buat analisis.
Menyaksikan perlawanan di Medan Selera
KAFA oh KAFA, janganlah berkecil hati, terasa hati, ambil hati dan sakit hati dengan catatan ini. Ini hanya luahan kecil daripada Semut Merah KECIL yang tetap menyokong Pahlawan Merah yang besar.
KAFA oh KAFA..tiket separuh akhir harganya berapa RM? Agaknya kali ini bolehlah beli satu lagi skrin layar besar. Ehmm.. Separuh akhir nanti agaknya berapa jam kaunter dibuka? Agak-agaknya ada lebihan tiket lagi? Manalah tahu stadium penuh tapi tiket belum habis sekali lagi. Kali ini lawan Kijang adalah Kenari. Kijang berlari pantas, Kenari terbang bebas; mudah-mudahan kisah Syed Adney yang cuai tidak berulang.
Apa-apapun terima kasih dan tahniah kepada KAFA kerana dapat membentuk pasukan Kelantan yang mantap. Kesungguhan dan kebijaksanaan pengurusan mampu membuka lembaran baru bola sepak Kelantan.
Ini..
Sabtu, Oktober 16, 2010
Cerita Bola: Red Giants tumbang, Red Warriors terbang
Fuhh.. Entah daripada mana hendak ku mulakan. Segalanya bagaikan mimpi. Mimpi yang penuh makna. Segalanya bersarang dalam kepala; yang mana dulu hendak dilafazkan. Rasanya elok kita mulakan daripada sambutan penonton. Kehadiran penonton yang memenuhi setiap inci ruang stadium bagaikan kita melupakan seketika kerakusan KAFA "memeras" penyokong.
Sebelum perlawanan bermula keadaan di perkarangan stadium telahpun sesak dengan orang ramai yang ingin mendapatkan tiket. Dipendekan cerita; tiket habis sebelum pukul 11:00 tengah hari. Dan aku hanya menjadi penonton di luar stadium. Untuk tidak ketinggalan merasai kenikmatan dan kemeriahan, aku turut ke stadium pada malamnya. Aku menyaksikan melalui skrin layar besar di sebuah lot kedai makan di medan selera berdekatan stadium. Tidak perlu ulas panjang kerana aku yakin seluruh rakyat Malaysia yang menjadi peminat bola sepak tempatan turut menyaksikan perlawanan malam tadi melalui Astro Arena 801.
Sebelum perlawanan bermula keadaan di perkarangan stadium telahpun sesak dengan orang ramai yang ingin mendapatkan tiket. Dipendekan cerita; tiket habis sebelum pukul 11:00 tengah hari. Dan aku hanya menjadi penonton di luar stadium. Untuk tidak ketinggalan merasai kenikmatan dan kemeriahan, aku turut ke stadium pada malamnya. Aku menyaksikan melalui skrin layar besar di sebuah lot kedai makan di medan selera berdekatan stadium. Tidak perlu ulas panjang kerana aku yakin seluruh rakyat Malaysia yang menjadi peminat bola sepak tempatan turut menyaksikan perlawanan malam tadi melalui Astro Arena 801.
Ketika perlawaan sedang berlangsung; Medan Selera, Stadium Sultan Muhammad IV
Suasana sebelah pagi. Penyokong yang memenuhi perkarangan stadium untuk mendapatkan tiket.
Rasanya tidaklah perlu untuk ulasan panjang lebar mengenai perlawanan ini; pasti ramai yang boleh memberi gambaran ketika menonton sama ada di stadium mahupun di Astro Arena. Cuma apa yang hebatnya kemeriahan ini adalah sambutan penonton. Penyokong berdiri teguh di belakang pemain. Lebih 25 ribu orang memenuhi setiap inci ruang stadium. Kebanjiran penonton Kelantan ini jelas menggugat keyakinan Selangor untuk mencipta kejutan. Jika sebelum ini K.Devan penuh yakin mengatakan Selangor tetap memiliki kelebihan walaupun beraksi di laman Kelantan. Namun segalanya bagai tidak menjadi bagi skuad Red Giant untuk menumbangkan Red Warriors.
Dari Sinar Harian (Edisi Kelantan):
Kelantan layak ke separuh akhir
KOTA BHARU – Naib juara Piala Malaysia musim lalu, Kelantan berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir setelah menyingkirkan juara sebanyak 32 kali, Selangor dengan kemenangan 3-0 dalam perlawanan suku akhir kedua TM Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.
Dengan kemenangan malam tadi, Kelantan mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir menerusi kiraan agregat 3-0 setelah perlawanan pertama di Shah Alam pada Selasa lalu terikat seri tanpa jaringan.
Beraksi di hadapan hampir [lebih] 25,000 penyokong setia Kelantan, skuad kendalian B Sathianathan jelas menggunakan kelebihan beraksi di halaman sendiri di samping sokongan ‘pemain ke-12’ iaitu penyokong jelas menjadi tonggak kemenangan Kelantan malam tadi
Seawal minit keempat, Selangor mula mengacah ke pintu gol Kelantan. Pemain tengah, Shafiq Rahim yang berjaya merebut bola daripada salah seorang pertahanan Kelantan, sempat melorongkan bola kepada Ketua Pasukan, Mohd Amri Yahyah namun rembatan terus ke dakapan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Selang seminit kemudian, giliran Kelantan pula menguji pintu gol Selangor menerusi rembatan Akmal Rizal Ahmad Rakhli namun sedikit tersasar beberapa inci di sebelah kanan pintu gol.
Stadium Sultan Muhammed Ke-IV bergema dengan sorakan penyokong setia Kelantan apabila Mohd Norfarhan Muhammad menjaringkan gol pertama Kelantan pada m-13. Hantaran lintang Akmal Rizal dari sebelah kanan pintu gol Selangor ditampan kemas Mohd Norfarhan yang terus merembat kencang ke penjuru sebelah kiri menewaskan Mohd Hamsani Ahmad.
Farhan menyudahkan hantaran Akmal.
Pada m-15, benteng pertahanan pasukan pelawat sekali lagi kelam-kabut apabila hantaran lintang merbahaya Hairuddin Omar terpaksa disepak keluar Mohd Nasriq Baharom. Manakala sepakan percuma Muhd Badhri Radzi seminit selepas itu sempat ditumbuk keluar Mohd Hamsani dalam usahanya mempertahankan pintu golnya daripada dibolosi.
Bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal kembali menggamatkan suasana di stadium pada m-24 apabila berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan cantik setelah menerima umpanan rendah Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin.
Giliran Akmal mencatat nama sebagai penjaring setelah menyudahkan hantaran Indra
Selang seminit selepas itu, Kelantan terlepas menambahkan jaringan apabila rembatan Indra Putra ditepis Mohd Hamsani yang menyaksikan bola terkena tiang gol selepas itu.
Selangor turut berpeluang merapatkan jurang pada m-35 apabila hantaran lintang D Surendran ditampan Shafiq Rahim namun rembatan beliau tersasar melangkaui pintu gol Kelantan.
Awal babak kedua, pasukan pelawat dilihat kembali menguasai corak permainan menerusi rangkaian bahagian tengah diketuai Mohd Amri sementara aksi pemain Kelantan sedikit tenggelam seakan berpuas hati dengan defisit dua gol itu.
Namun, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi wajar diberi pujian kerana menyelamat sekurang-kurangnya lima percubaan merbahaya pemain Selangor pada separuh masa kedua.
Tertekan untuk mendapatkan gol, jurulatih Selangor, K E Devan memasukkan serentak dua pemain penyerang iaitu Farderin Kadir dan Rudie Ramli bagi memperkuatkan jentera serangan mereka.
Pada m-59, penyerang Selangor, R Surendran menggigit jari apabila rembatan jarak dekatnya ditepis Khairul Fahmi manakala selang dua minit kemudian, percubaan pemain gantian, Farderin Kadir juga turut diselamatkan Khairul Fahmi.
Kem pasukan Selangor sekali lagi hampa apabila rembatan pemain tengah, Mohd Hardi Jaafar pada m-61 dinafikan oleh Khairul Fahmi sekali lagi.
Dua percubaan pasukan Selangor masing-masing pada m-69 dan 78 menerusi Mohd Amri dan R Surendran juga mudah dipatahkan oleh Khairul Fahmi.
Pada ketika pasukan pelawat rancak melancarkan serangan bertali arus, pemain tengah Kelantan, Muhd Badhri akhirnya menghukum kelalaian benteng pertahanan Selangor menerusi gol ketiga pada m-79 yang akhirnya membunuh semangat juang pemain Selangor.
Segalanya terhasil apabila Akmal Rizal bijak melakukan hantaran jauh dari sebelah kanan padang dan Muhd Badhri yang tanpa dikawal mudah melepasi kawalan Khairul Anuar Baharum dan merembat kencang menewaskan Mohd Hamsani buat kali ketiga.
Akmal sekali lagi menjadi pencetus gol
Kelebihan tiga gol sehingga penghujung perlawanan menyaksikan percaturan taktikal B Sathianathan menukar corak permainan secara bertahan dengan memasukkan Khairan Eroza Razali pada ketika K E Devan kian tertekan angkara aksi longlai Gergasi Merah Kuning yang mudah dimalukan di Kota Bharu.
Percubaan pemain gantian, Mohd Nizab Ayub pada minit-minit akhir perlawanan yang jauh tersasar menutup tirai aksi cemerlang Kelantan malam tadi mengesahkan tempat ke separuh akhir manakala Selangor sekali lagi kempunan untuk merasai nikmat menjulang piala paling berprestij di negara ini setelah ditunjukkan jalan keluar di peringkat suku akhir buat kali kedua berturut-turut.
Sementara itu, penyerang Kelantan, Akmal Rizal turut diumumkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan malam tadi.
Setiap posisi memainkan peranan yang berkesan. Bermula dari Apex hinggalah kepada gandingan Akmal - Hai-O, semuanya bermain dengan cemerlang. Namun yang menjadi tumpuan adalah Akmal Rizal. Jika sebelum ini Idlan cemerlang menjadi watak utama ketika menentang KL Plus, tetapi malam tadi adalah milik Akmal. Berbeza sebelum ini, Akmal dilihat pencetus kepada tiga gol terbabit. Hantarannya, kawalan bolanya, dan pergerakkannya cukup mengerunkan lawan. Begitu juga dengan Hairuddin Omar (Hai-O). Walaupun tidak menyumbang gol tetapi Hai-O bermain dengan baik.
Dengan keputusan ini maka berakhirlah riwayat Red Giants pada saingan Piala Malaysia. Red Warriors pula terbang tinggi untuk mencongak percaturan ketika menentang Terengganu atau Kedah. Pada perlawanan terdahulu Kedah berjaya mengikat Terengganu di laman Sang Penyu dengan keputusan 2-2. Di atas kertas nampaknya memihak kepada Sang Kenari.
Dengan keputusan ini maka berakhirlah riwayat Red Giants pada saingan Piala Malaysia. Red Warriors pula terbang tinggi untuk mencongak percaturan ketika menentang Terengganu atau Kedah. Pada perlawanan terdahulu Kedah berjaya mengikat Terengganu di laman Sang Penyu dengan keputusan 2-2. Di atas kertas nampaknya memihak kepada Sang Kenari.
Ayuh Kelantan! Semarakan semangat perjuangan untuk menjulang piala kebanggaan kita. Mudah-mudahan Final tahun ini sekali lagi terisi oleh kita.
Ini juga..
Rabu, Oktober 13, 2010
Cerita Bola: Isu tiket: Kita hanya semut Merah KECIL..
Nampaknya keinginan KAFA untuk mengumpul harta pada Jumaat ini hampir menjadi benar. Melalui portal berita https://www.theredwarriors.com berita ini seakan menghimpit sebahagian penyokong setia dan yang tidak setia.
Presiden KAFA YBHG. Tan Sri Annuar Musa ketika dihubungi untuk meminta penjelasan beliau berkaitan kenaikan harga tiket ini, beliau merayu para penyokong memahami situasi yang cuba dikongsikan KAFA bersama peminat ini. Berikut adalah sebab dan alasan utama diberikan Tan Sri Annuar Musa;
- KAFA telah memberi bonus RM80,000 kepada pasukan kerana berjaya layak ke suku akhir
- Sewa stadium dijangka naik kepada RM70,000 dan disahkan antara termahal di Malaysia.
- KAFA menambahkan kos untuk mendapatkan lebih 4 kali ganda daripada biasa khidmat anggota rela, polis dan pegawai bagi mengawal keadaan yang dijangka akan lebih tegang pada perlawanan di Kota Bharu nanti.
- KAFA akan memasang 2 skrin layar besar diluar stadium bagi memberi peluang pada penyokong yang tidak dapat masuk ke stadium
- Kos operasi KAFA juga meningkat kerana para pemain dan pegawai KAFA terpaksa berkampung di Kuala Lumpur sejak perlawanan KL Plus lalu, selain KAFA meletakkan lagi bonus sekiranya pemain berjaya ke separuh akhir dan akhir piala Malaysia
Oleh itu, Presiden KAFA berharap seluruh penyokong faham segala masalah yang dihadapi KAFA ini dan berharap dengan penjelasan ini akan meredakan kemarahan penyokong Kelantan yang marah dengan kenaikan ini. Ini bermakna setiap sen yang dibelanjakan adalah untuk meningkatkan mutu dan kualiti para pemain dan menjadikan bonus sebagai motivasi supaya mereka lebih cemerlang dalam pertarungan yang ditempuhi mereka nanti. Penjelasan ini mungkin tidak akan menyelesaikan kemusykilan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak yang sering memburukkan imej KAFA tetapi sekurang-kurangnya ada dikalangan penyokong memahami kenapa harga tiket dinaikkan.
Selasa, Oktober 12, 2010
“Saya bukan calon Galas”
Dalam kerancakkan rakyat Kelantan menyibukan diri dengan bola sepak, kita seakan terlupa dengan satu lagi kerancakan di Kelantan. Ya.. PRK DUN Galas, Gua Musang. Masing-masing parti dan penyokong telah mempersiapkan diri bagi menghasdapi lawan masing-masing. Entri di bawah dari Sinar Harian (Edisi Kelantan)
*******************************************************************
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan spekulasi beliau akan dicalonkan mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 November ini.
Sebaliknya, Tengku Razaleigh berkata, tiada keputusan dibuat untuk menentukan calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas pertemuan beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.
Pengarah Pilihan Raya Kecil BN bagi DUN Galas itu memaklumkan, keputusan siapa calon akan diumumkan oleh Najib yang juga Pengerusi BN selepas Perhimpunan Agung UMNO yang akan berakhir 23 Oktober ini.
“Tiada sebarang keputusan yang dibuat,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.
Ketika ditanya mengenai harapan BN di Galas, beliau berkata, setiap pertandi- ngan pasti ada pihak yang menang dan kalah, namun beliau berharap BN akan memperoleh kemenangan.
Turut serta dalam perbincangan tersebut ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Terdahulu, Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh untuk memaklumkan secara rasmi mengenai pelantikannya sebagai Pe- ngarah Pilihan Raya BN Galas tetapi tiada keputusan dibuat mengenai pemilihan calon.
Najib sementara itu berkata, berkaitan soal calon, ia akan dimaklumkan pada masa yang sesuai dan bukannya sekarang.
“Tengku Razaleigh telah menyatakan kesediaan untuk mengetuai jentera BN dan akan memobilisasikan jentera kami untuk memastikan kemenangan BN.
“Saya juga memberi jaminan bahawa jentera nasional akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada beliau,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.
Najib berkata, dalam pertemuan dengan Tengku Razaleigh itu, beliau meminta supaya jentera UMNO dan BN Pusat bekerjasama sepenuhnya bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.
Pilihan Raya Kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu daripada Pas, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober ini sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan hari mengu- ndi ialah pada 4 November.
Dari Sinar Harian (Edisi Kelantan)
Lihat ini..
*******************************************************************
Ini pula cerita PRK Parlimen Batu Sapi, Sabah. (Dari Sinar Harian juga)
Pilihan raya tidak mungkin serentak

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkata, adalah mustahil ia akan berlaku serentak kerana pihaknya masih belum melakukan sebarang perbincangan mengenai Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi.
"Selewat-lewatnya kita akan umumkan pada 19 Oktober depan tarikh pilihan raya iaitu dalam tempoh 10 hari daripada tarikh kekosongan kerusi itu.
"Pemilihan tarikh bukanlah keputusan saya seorang, panel perlu berbincang mengenainya dan meneliti pelbagai aspek sebelum mengeluarkan tarikh yang sesuai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Katanya, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya pilihan raya kecil diadakan serentak kerana pernah melakukannya sebelum ini di Bukit Gantang, Perak, Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai di Sarawak.
:"Mesyuarat akan dipengerusikan saya sendiri selepas kerana sebelum ini saya bertugas sebagai pemantau antarabangsa dalam Pilihan Raya Bosnia.
"Setakat ini, SPR juga tidak lagi dimaklumkan berhubung perkara ini oleh Speaker Dewan Rakyat, berikutan persidangan Parlimen baru bermula hari ini (semalam)," katanya.
Kerusi Parlimen Batu Sapi dikosongkan berikutan penyandangnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, terbunuh apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta 9 Oktober lalu.
Langgan:
Catatan (Atom)



