Pada pagi Jumaat yang hening ini tiba-tiba aku rasa ingin merakam cerita yang belum berkesudahan. Ya! Memang tidak akan berkesudahan selagi nafas masih ada, tetapi sekurang-kurangnya cerita dahulu (Penghujung 2009) biarlah meniti titian yang menyenangkan. Namun setakat ini ia belum menampakan hasil.
Tatkala terdengar azan Subuh berkumandang, aku sedar tahun 2010 telah berusia enam bulan. Ini bermakna 2010 telah berada di pertengahan. Ini juga bermakna usia aku juga telah bertambah setengah tahun (7 Januari).
Apa sebenarnya aku nak bagi tahu ni? Aku pun tak tahu. Cuma aku rasa ada kekurangan dalam diri. Ada kelemahan dalam diri. Ada "rahsia" dalam diri. Ya "RAHSIA". Dan yang paling besar, "rahsia" itu mengundang dosa yang tidak mungkin aku nyatakan di sini. Ya! Rahsia ini yang menyebabkabkan kekurangan dalam diri.
Rahsia! Bagaimana ingin aku atasi ini semua. Cerita "Penghujung 2009" dek kerana "rahsia". Mengapa "rahsia" penyebabnya? Kerana kesilapan diri, aku terpaksa menanggung ini semua. Dan kesilapan diri telah mengundang "rahsia" yang entah bila akan berakhir dan entah bila akan terbongkar.
Walau apa pun, sehingga ke saat ini aku masih berharap dan berdoa agar Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada ku dalam menghadapi ujian-Nya. Dan Dan pengharapan aku juga agar Allah memberi sesuatu kepada ku agar "rahsia" itu tidak lagi membebani aku.
Aku juga percaya perjalanan hidup kita ini ada ceritanya tersendiri. Begitu juga dengan aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..