SYUKUR kepada ALLAH sedar tak sedar kita telah melangkah ke angka baru iaitu 2014. Teringat zaman muda remaja dulu ketika tahun 2000, pernah terfikir sempatkah angka 1 dan ke atas dikecapi. Ooo..kini 13 tahun berlalu. Ahh bukan itu isunya sekarang. Ceritanya bagaimana akhir tahun 2013 ditinggalkan dan bagaimana awal Januari yang masih kita (sebenarnya kawe) lalui.
Untuk akhir 2013 kawe dan keluarga melalui sesuatu yang sama seperti tahun-tahun yang lalu dan ada sedikit perubahan. Pertamanya ibu kami masih lagi bergelut dengan masalah kesihatannya. Kedua bagaimana kami mula melangkah keluar dari jajahan Kota Bharu. Ketiga bagaimana ujian ALLAH mendampingi kami. Keempat cerita kawe yang baru menapak dalam kerjaya baru. Kelima dan keenam tak lain tak bukan mengenai bertambahnya angka umur...dan jodoh.. Opps..
Derita ibu belum berakhir apabila Allah menguji lagi. Kesihatannya adakalanya baik adakalanya menurun. Demam tiba-tiba, baik tiba-tiba. Kandungan gula dalam badan tidak stabil. Biasa juga terjadi sekiranya paras gula tinggi dia makin sihat. Yang pasti kandungan gula normal baginya adalah dalam angka belasan. Kawe tak tahu laras bahasa macam mana untuk menerangkan, bagi yang faham (golongan yang terlibat dalam bidang perubatan) mereka ada bahasanya sendiri.
Akhir 2013 juga melangkahnya kami keluar dari jajahan Kota Bharu ke jajahan Tanah Merah. Masih lagi dalam Kelantan. Sebenarnya rumah yang kami duduki sebelum ini milik makcik kami, adik ayah. Bila anak-anak makcik dan besar dewasa makcik perlu rumah yang besar. Kebetulan pula ayah ada duit sikit hasil jual rumah maka dapatlah buat rumah baru. (jual rumah kedai di kota, buat rumah baru di desa. Tak boleh cerita panjang) Di Tanah Merah ada ruang untuk mendirikan sebuah rumah; tanah milik nenek sebelah ibu. Desa baru kami Kampung Air Merbo, Jedok. Bedekatan dengan Bukit Bunga (kawasan bebas cukai), Jeli.
Perubahan tempat baru tiada masalah kerana itu juga kampung halaman kami. Cuma kenangan "mendewasa" di Kota Bharu (lebih tepat Kampung Landak, Pengkalan Chepa) selama 15 tahun sukar dilupakan. Bila diingat balik kami telah laluinya sebelum ini. Berhijrah dari Chuchoh Puteri dalam jajahan Kuala Krai ke Pengkalan Chepa, pada penghujung tahun 1997.
Ujian ALLAH sentiasa ada buat semua hamba-NYA. Itu yang kita tak boleh elak. Ibu masuk wad, berdepan masalah kesihatan, ayah yang semakin tua, itulah lumrah. Tidak terkecuali untuk ibu saja, abang juga menghadapi masalah kesihatan. Hati bernanah. Dari Putrajya, abang dan isteri serta anak-anak pulang ke kampung apabila kesihatannya tidak stabil. Kebetulan isterinya dalam pantang anak keempat. Menerima rawatan di Hospital Tanah Merah dalam seminggu lebih. Semasa cerita ini ditulis abang masih belum sihat sepenuhnya. Sekarang sudah ke perantauan. Anak sekolah, isteripun kerja, jadi mereka terpaksa "pulang" ke ibu kota.
Cerita baru kawe; bermulanya kerja dalam bidang kontraktor. Ooo bunyinya macam best je. Hahaha.. Berada dalam bidang Penyelia Keselamatan Tapak atau dalam bahasa Inggeris (yang lebih tepat) Site Safety Supervisor (SSS). Tapi tak boleh cerita banyak sebab ini baru permulaan. Entah bertahan lama atau tidak. Sebabnya...
Sebabnya banyak benda yang kawe keliru dan kelu. Banyak kerja yang tertangguh. Pihak pengurusapun dah merungut. Entahlah. Setakat hari ini kerjanya mengikut hati bukan mengikut prosidur. Hahaha.. InsyaALLAH, akan ada penambahbaikan.
Yang menjadi mencabar adalah jarak perjalanan yang kawe lalui setiap hari. Jarak dari Pengkalan Chepa (rumah lama) ke Kandis, Bachok (tempat kerja) lebih kurang 38 kilometer. Antara Kandis ke Jedok (rumah baru) 78 kilometer, atau lebih kurang 1 jam setengah perjalanan, lebih kurang dari Pengkalan Chepa ke Jedok. Dalam seminggu kawe akan bergilir merentas tiga jajahan (di Kelantan "jajahan" digunapakai untuk ganti "daerah) iaitu Pengkalan Chepa - Tanah Merah - Bachok.
Di Pengkalan Chepa kawe masih ada abang-abang dan adik yang menetap di sana. Bekerja dan sekolah di sini. Jadi perlulah menyewa rumah baru. Di Tanah Merah tinggalah ibu, ayah, dan seorang abang (ada masalah kesihatan sejak kecil - bukan yang hati bernanah tu). Tiga beranak di situ. Jadi perlulah kawe berulang alik atau lebih tepat menetap di samping ibu dan ayah. Sebabnya senang untuk menghadapi apa-apa kesulitan atau kecemasan yang mendatang. Di sini juga taklah bimbang sangat kerana makcik kami bersebelah rumah baru kami. Makcik-makcik boleh tengok-tengok ibu.
Cerita utama dan berulang setiap tahun adalah bertambahnya angka umur. InsyaALLAH esok adalah tahun ke 29 kawe diberi nafas oleh ALLAH. 7 Januari kembali lagi dalam hidup kawe. Banyak perkara yang lompang. Perlu masa untuk menutupnya. InsyaALLAH perancangan ALLAH sentiasa terbaik untuk hamba-NYA ;-).
Bila Disember bertemu Januari suatu perkara lagi dalam fikiran adalah perihal jodoh. Ooo tersenyum sendirian. Dulunya mimpi seakan benar. Senyum sendirian. Kini antara mimpi dan jodoh adalah suatu yang sukar untuk kita realisasikan. Biarkan. Urusan peneman hidup itu rahsia ALLAH sebagaimana kematian yang tiada jawapan pasti melainkan ketentuan ALLAH. Tapi alhamdulillah sunyi itu diisi dengan kehadiran sahabat-sahabat dan yang lebih penting adalah keluarga tercinta.
Baiklah.. Tirai 2014 telah dibuka. Satu kemestian (itupun dalam tiga - empat tahun sebelum ini) adalah "berjemaah" di Stadium Sultan Muhammad. Bola oh bola. Tahun ini rasanya kesempatan itu terbatas. Dengan jarak Kota Bharu dari tempat kerja kawe rasanya sukar untuk sama-sama bersorak. Biarkan. Itu masih dalam pertimbangan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..