Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Khamis, Mei 20, 2010

Jadikan iktibar tragedi 13 Mei


Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid memotong kek ulang tahun keputeraan Raja Perlis sambil diperhatikan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada Majlis Jamuan Teh Rakyat di Dewan 2020, Kangar, semalam.


KANGAR 19 Mei - Rakyat negeri ini terutama golongan muda perlu memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan kaum dan menjadikan Tragedi 13 Mei 1969 sebagai iktibar dalam menjaga keharmonian negara.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah, walaupun ramai yang mahu tarikh itu dilupakan, tetapi hakikatnya ia adalah satu sejarah yang mesti diingati untuk dijadikan pengajaran kepada semua pihak.

"Beta fikir tragedi itu perlu diingati kerana ia telah memberi kesan buruk kepada harta benda dan ekonomi sehingga kerajaan terpaksa bersusah payah untuk memulihkan semula keamanan dan ekonomi negara," titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian semasa Jamuan Teh Rakyat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-67 di Dewan 2020 di sini hari ini.

Turut berangkat ke jamuan tersebut ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda juga mengingatkan rakyat pelbagai kaum di negeri ini supaya terus mengukuhkan perasaan tolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain agar keamanan negara terus dikekalkan.

Dalam pada itu baginda turut mengingatkan para pemimpin negeri agar tidak berpuas hati dengan pembangunan pesat yang sedang berlaku di negeri ini.

"Walaupun beta sendiri berpuas hati namun ada banyak ruang yang boleh diperbaiki sekali gus membangunkan negeri ini dengan lebih pantas," titah baginda.

Namun titah baginda, rakyat negeri ini harus membantu kerajaan dan wakil rakyat termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu untuk membangunkan negeri ini terutama dalam mencapai matlamat Malaysia Maju 2020.

Sementara itu, pada majlis tersebut baginda berkenan untuk menganugerahkan pingat cemerlang Yayasan Tuanku Syed Putra kepada Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail dan Zaini Bahari serta Chiang Jin Choon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..