4 Mei 2010 Kelantan menerima kunjungan Pahang untuk aksi terakhir pusingan pertama Liga Super. Walaupun pasukan yang ditentang adalah pasukan dari bawah namun ia tetap mendapat sambutan daripada penyokong. Seperti biasa kehadiran penyokong tidak pernah mengecewakan pemain. Namun di sebalik itu ada sedikit kehampaan yang terpancar dalam diri penyokong.
Awal permainan Akmal mencemaskan skuad Pahang untuk seketika apabila berjaya membuat sepakan lambung tetapi palang gol menjadi penghalang. Serangan bertali arus Kelantan akhirnya berjaya menembus kebuntuan. Jaringan pertama Idzlan yang berpunca dari hantaran Akmal menggamatkan stadium untuk seketika. Memasuki separuh masa kedua Pahang berjaya menyamakan kedudukan apabila pemain Pahang berjaya melepasi pertahanan Kelantan dan membuat penyudah yang agak menarik. Minit-minit akhir menyaksikan Hairuddin membuat tandukan bebas untuk menewaskan penjaga gol Pahang. Hantaran yang dilakukan oleh Piya itu disudahi oleh Hairuddin untuk meninggalkan Pahang dengan jaringan 2-1.
Dalam kemenangan itu tercalit sedikit kealpaan dan kecacatan dalam skuad Kelantan. Ketiadaan Daudsu di bahagian pertahanan membuatkan Pahang lebih bernafsu untuk menembusi benteng pertahanan. Dua pemain pertahanan (jersi 6 dan 24) tidak beraksi dengan baik apabila sering melakukan kesilapan. Namun Azizi berjaya mengawal keadaan dengan baik untuk mengimbangi kesilapan rakan pasukannya. Walaupun begitu Azizi melakukan satu kesilapan yang membolehkan pemain Pahang berjaya menghampiri gawang Kelantan tetapi berjaya dihalang oleh Apex (Khairul Fahmi - Penjaga gol). Bagi aku kesilapan yang dilakukan oleh Azizi tidaklah mencacatkan persembahan Azizi untuk meneruskan baki perlawanan pada malam itu. Tetapi pemain berjersey 6 dan 24 sering kali mengundang resah.
Kelibat Indra pada separuh masa pertama agak memberangsangkan. Kehadirannya di setiap sudut mencemaskan pihak lawan. Separuh masa kedua Indra dilihat hanya sebagai pembantu untuk membuat hantaran kepada rakan. Canturu dan Piya kadang kala agak gopoh di pintu gol lawan.
Secara keseluruhannya permainan Kelantan agak menarik tetapi masih ada lagi kelekaan. Ini mungkin kerana menganggap pasukan lawan adalah pasukan bawahan yang tidak mungkin akan memberi saingan yang sengit.
Pusingan kedua Liga Super (8 Mei) menyaksikan Kelantan tidak berjaya mengulangi kejayaan di Kota Bharu. Walaupun Farhan berjaya mendapat gol awal di tempat lawan ia tidak lama. Pahang berjaya mengatasi Kelantan untuk seketika dengan jaringan 3-1. Kelantan bernasib baik apabila Canturu dan Nizab Ayub berjay menyamakan kedudukan dengan jaringan 3-3. Kembalinya Syed Adni untuk menjaga gawang sedikit mengundang kekecewaan apabila melepaskan tiga gol akibat kelekaan pertahanan.
Satu liga (Liga Super), dua pertarungan (4 & 8 Mei), dua pasukan (Kelantan - Pahang), dua tempat (Kota Bharu & Kuantan), dua keputusan; Kelantan (2) vs (1) Pahang; Pahang (3) vs (3) Kelantan.
Tengok ni
Tengok ni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..