Terdahulu, beliau diminta mengulas dakwaan Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan mengenai kegagalan kerajaan negeri mengotakan janji memberikan sumbangan di atas kejayaan atlet Kelantan membawa pulang pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) XII di Terengganu dua tahun lalu.
"Pegawai saya ada hantar surat kepada pihak MSN Kelantan untuk berbincang hal ini, namun tidak ada sebarang jawapan yang diberikan.
"Kita juga pernah minta senarai nama pemenang tetapi keadaannya sama... tiada maklum balas. Jadi saya minta pihak berkenaan janganlah menjadikan sukan sebagai medan untuk berpolitik," katanya ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.
Abdul Fattah berkata, kerajaan negeri telah mengadakan majlis penyampaian anugerah kepada atlet cemerlang Kelantan, namun ia tidak mendapat sambutan daripada MSN Kelantan.
"Malangnya hanya beberapa atlet sahaja yang berani menghadiri majlis tersebut kerana mereka bimbang akan dipulaukan.
"Orang yang banyak memberikan komen, se- benarnya tidak tahu menjalankan tugas dan amanah yang diberikan serta mahu mencari populariti sahaja," jelasnya.
Abdul Fattah berkata, pihaknya akan memberi sokongan penuh kepada atlet Kelantan yang akan beraksi pada Sukma XIII di Melaka bulan depan.
"Kerajaan negeri akan memberikan sokong an dalam bentuk yang diminta oleh pihak persatuan, baik dari segi kewangan mahupun sebaliknya.
"Kita akan berusaha bagi yang terbaik, jadi mana-mana pasukan yang berminat, bolehlah mengemukakan permohonan mereka sekarang," katanya.
Kosmo! 28 Mei 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..