Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Khamis, Mei 20, 2010

“Abuya tidak mati, kini di Gua Ashabul Kahfi”

SHAH ALAM - Seorang bekas pengikut yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Ubaidah mendedahkan, beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang yang paling rapat dengan Abuya mengatakan bekas pemimpin al-Arqam itu kini berada di Gua Ashabul Kahfi.

SMS yang dihantar tertera: “Abuya tak mati. Kalau kuburnya dibongkar sekarang mayat abuya tak ada. Abuya sekarang ada di gua ashabul kahfi. Dia akan bangun berjuang bila nak daulah nnti. Tunggulah arahan2 abuya..yg akan disampaikan kpd ummu dari masa ke masa. Abuya...dikatakan tak mengembuskan nafas terakhir. Dia masih hidup.....”

Beliau yakin, pengikut yang taksub dengan Abuya yang menerima SMS itu pasti percaya bahawa pemimpin yang mereka agungkan itu tidak meninggal dunia dan masih hidup untuk meneruskan perjuangan Al-Arqam.

“Orang yang paling rapat dengan Abuya memainkan peranan bagi memastikan pengikut yang ada tidak lari dan menyatakan Ashaari sebagai Pemuda Bani Tamim (pembantu Imam Mahadi).

Beliau berkata, pengikut Al-Arqam juga mengadakan konsert di Rawang dengan tema, Pulanglah Abuya dengan mempersembahkan satu pentomin roh Abuya datang membantu mereka dan berada di alam ghaib.

“Ketaksuban pengikut Al-Arqam, menunjukkan mereka hilang pertimbangan agama sedangkan Khatijah Am hanya berjuang untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Seorang lagi bekas pengikut yang tidak mahu identiti dikenali berkata, mereka terlalu taksub menganggap Ashaari tidak mati dan berada di ‘dunia ghaib’.

“Berpijak di bumi yang nyata untuk menerima hakikat Allahyarham Ashaari telah meninggal dunia pada 13 Mei lalu," katanya. 
Sinar Harian.

Pengikut taksub 
Abuya kembali 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..