Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Selasa, September 13, 2011

Angkara bas Shamisha Holiday & Travels Sdn. Bhd.

-Gambar bas Shamisha, dari google
Ini kisah dan cerita benar mengenai syarikat pengangkutan (bas) Shamisha Holiday & Travels Sdn.Bhd. Bukan bertujuan untuk mengaibkan atau menjatuhkan syarikat pengangkutan ini. Kisahnya begini;

Pada 09 September 2011, Jumaat, adik kawe dan dua rakannya akan bertolak ke Kedah. Jadual asal yang tercatit pada tiket bas Shamisha adalah pukul 09:30 malam. Perjalanan dari Kota Bharu (terminal Tesco) ke Changlung,Kedah (untuk ke UUM).

Tunggu punya tunggu bas yang ditunggu-tunggu tak muncul-muncul. Lebih kurang pukul 10:00 malam mereka bertiga bertanya kerani kaunter Shamisha. Itupun kerani dah tutup kaunter dan bersiap untuk balik. Dipendekkan cerita kerani kata bas untuk ke Changlung bertolak di Pasir Mas, bukan di Tesco. Pertukaran tempat naik bas tanpa notis kepada pelanggan!!

Sebelum itu kerani bagi tahu penumpang perlu naik bas di terminal, bila tiba di Pasir Mas penumpang yang hendak ke Changlung perlu bertukar / berpindah bas.

Dua pilihan; sama ada untuk kejar bas di Pasir Mas yang jarak setengah jam perjalanan atau ambil tiket ganti pada keesokan harinya. Tapi, tiket yang kosong hanya dua tempat duduk sahaja! Mereka memilih untuk mengejar bas di Pasir Mas. Dengan cepat kawe memecut kancil tua ke Pasir Mas.

Bila tiba, bas memang tidak kelihatan. Lebih kurang 15 minit menanti, kami mengambil keputusan untuk pulang.

Esoknya (10 September) sekali lagi mereka ke kaunter Shamisha di Tesco. Dua pilihan juga: sama ada ganti tiket atau ambil balik duit, RM46.00 (harga biasa RM45.00). Mereka ambil tiket ganti. Tapi perjalanan kali ini hanya setakat Alor Star. Alor Star ke UUM lebih kurang satu jam perjalanan. Ini bermakna mereka perlu naik bas atau teksi pula.

Tiket ganti untuk ke Alor Star pada 10 September, tepat pukul 09:30 malam. Tiket kosong untuk tiga orang, bukan dua.

Malangnya...

Pada awalnya bas tunggu di luar terminal, lebih kurang 200 meter. Juga tanpa notis. Kerani kata perlu naik di luar terminal. Bila kami cari bas itu tidak juga kelihatan. Berpatah balik ke kaunter. Disuruh pula tunggu di terminal. Ke hulu hilir galas beg besar nak cari bas.

Sama seperti sebelumnya, penumpang yang ingin ke Alor Star perlu berpindah bas, kali ini sama ada di Pasir Mas atau Tanah Merah. Lebih kurang 09:40 malam bas bergerak.

Lebih kurang pukul 11:00 lebih bas Shamisha Holiday & Travels Sdn.Bhd., bertanda T4, bernombor pendaftaran KBS 7359, tiba di Tanah Merah.

Adik kawe dan dua rakannya turun di stesen bas Tanah Merah menanti bas Shamisha untuk ke Alor Star. Setelah sejam menanti bas tak muncul-muncul. Kerani Shamisha Tanah Merah maklumkan lebih kurang pukul 12:00 tengah malam bas akan tiba. Tapi nampaknya hampa.

Akhirnya kaunter ditutup lebih kurang pukul 2:00 pagi. Mereka disuruh terus menanti.

Agen kaunter syarikat lain cuba membantu. Agen menelefon Shamisha. Hasilnnya, bas ke Alor Star dah lama bertolak. Katanya, staf Shamisha Kota Bharu (sama ada kerani atau pemandu) tak bagi tahu staf Tanah Merah (sama ada kerani atau pemandu) tentang tiga penumpang malang ini. Jadi pemandu tak menunggu.

Katanya lagi, tiga penumpang malang ini boleh menunggu bas Shamisha dari Kedah yang dalam perjalanan ke Tanah Merah. Bas itu baru menuruni bukit Grik, menuju ke Jeli. Bila bas itu tiba, pemandu akan membawa tiga penumpang ini terus ke Kedah. Itu gambaran dan bayangan awal.

Menanti terus menanti. Menunggu terus menunggu. Akhirnya tiba masanya mereka bertolak ke Kedah. Hampir pukul 5:00 pagi, baru mereka bertolak dari Tanah Merah, Kelantan ke Kedah. Agen di Tanah Merah (kawe tak pasti agen Shamisha atau agen lain) menyuruh pemandu membawa terus mereka ke UUM.

Begitulah ceritanyaaaaaaaa...
______________________________

Dalam perkembangan lain; kawe pernah naik bas Shamisha pada 12 Julai 2011 dari Shah Alam ke Pengkalan Chepa, Kelantan. Perjalanan yang biasa. Bas yang selesa dengan tempat duduk emput. Tapi malangnya, tiba di Machang, kami berpindah bas. Penumpang yang hendak ke Kota Bharu / Pengkalan Chepa dikehendaki turun dan bertukar bas. Penumpang yang hendak ke Tanah Merah atau Jeli tak perlu turun.

Pindah bas kawe tak heran, cuma bas ganti ni memang menyeksakan telinga. Dalamannya baik tapi ada bunyi yang kurang enak. Tempat barang di bawah bumbung (atas kepala) berbunyi "knyit-kyit" tanpa henti. Dari Machang ke KB, selama sejam kami dihidangkan dengan bunyi "kyit kyit kyit kyit kyit...."

Satu cerita daripada sahabat kawe; kalau naik Shamisha penumpang selalu diarah bertukar-tukar, berpindah-pindah bas sebelum sampai ke destinasi.

Harap-harap apa yang terjadi pada adik kawe dan rakan-rakannya, kawe dan sahabat kawe, tidak terjadi pada penumpang Shamisha lain. Harap-harap ini hanya sekelumit kecil kesilapan Shamisha. Harap-harap ini hanya ralat yang tidak disengajakan Shamisha.


Pada cik kak kerani Shamisha Terminal Bas Kota Bharu, berhampiran Tesco, selalu-selalulah memberi info yang betul.


Kawepun kena minta maaf juga kat cik kak tu, kena marah-marah. Yelah, siapa tak marah bila dua kali kena macam tu. Malam tu pula hujan, basah jugalah kawe. Kawe pun memang kalut malam tu, nak bola Kelantan lawan Johor FC. Terlepas separuh masa pertama. Nasib baik Kelantan menang. Tapi akak tu bagus dan profesional. Kena marahpun boleh senyum lagi, sikitpun tak nampak tertekan. Atau mungkin muka kawe ni tak nampak bengkeng walaupun tengah marah.


Untuk masa akan datang, bas Shamisha (mungkin) tidak akan ada dalam senarai bas pilihan kawe. Biarlah sekali saja yang kena dan terkena.


Lawati website: Shamisha Holiday & Travels Sdn. Bhd. dan
facebook: Shamisha Holiday & Travels Sdn. Bhd.


Jom dengar retro. Tapi ini pasal kereta api, bukan bas..
KEMBARA - Ekspres rakyat
_________________________
Update, 17 September 2011. Ikuti cerita daripada salah seorang penumpang malang tebabit (rakan adik kawe), di laman ohhtiha ohhme.blogspot

3 ulasan:

  1. Sy pon pnh kena jugak. Naik bas shamisha ni, dr Butterworth ke kuala lumpur. Mmg dh biasa naik bas express tk pnh lg ade mslh nk turun dihentian sebelah rawang sbb sy tgl di rawang. Naik shamisha,dh la sampai lmbt. Lps tu sy mnx turun di hentian sebelah rawang, driver mntk bayaran pulak. shamisha mmg byr gaji ciput keee ape? Sy tgok mcm2 komplen ttg kompeni ni tp tkde perubhn. Pihk pgurusn tk ambil tindkkn diatas aduan. Tobat tkpilih bas ni lg...

    BalasPadam
  2. so, pihak pengurusan kena ambil tindakan seceptnya la.....
    apa2 pn thanks la sbb ada nya isu2 berbangkit mcm ni dpt la saya menyiapkan assingement HOSPITALITI dgn baik
    kpd bakal2 usahawan terutamanya dlm bidang hospitality blh la ambil pengajaran
    =smile=

    BalasPadam
  3. Shamisha ni x pernah ambik tau pasal aduan kot.
    stesen shamisha di Pengkalan Chepa (1.5 km ke airport) nampak mcm dh lama berlalang. rasanya dh tutup cawangan situ kot.

    BalasPadam

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..