Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Ahad, Julai 31, 2011

Perutusan Ramadhan

Insya-Allah, jika tidak ada aral melintang, hari Isnin 1 Ogos 2011 nanti, kita akan melangkah ke 1 Ramadhan 1432 Hijrah. Ramadhan bakal menjelma lagi untuk sekian kalinya dalam hidup kita. Ini juga bermakna umur kita belum lagi "mahu" berakhir. Roh dan jasad mahu lagi bersama kita merasai Ramadhan dalam hidup.

Setelah sebelas bulan kita hidup dengan makan dan minum, kita tiba masanya untuk perut kita berehat seketika. Selain perut ada bahagian lain yang turut sama berehat. Bahagian itu adalah "nafsu'. Tapi sejauh mana "nafsu" kita itu berehat ia bergantung kepada tuannya juga. Jika tuannya lemah, maka nafsu akan menguasai.

Syaitan akan dipenjara selama sebulan bermula malam pertama Ramadhan sehingga berakhirnya Ramadhan. Tapi mengapa nafsu jahat tidak pernah berakhir? Kata para alim (mereka juga berpandukan al-quran), walaupun syaitan terpenjara, bisikannya tetap ada. Oleh kita tidak pelik jika ada yang masih berperangai syaitan pada bulan puasa.
Mampukan kita melawan nafsu ketika syaitan terpenjara..
Tapi kita tidak boleh salahkan syaitan semata-mata diatas kejahilan kita. Mengapa harus salahkan syaitan jika kita melakukan kesalahan? Memang syaitan bersalah setiap tindak tanduk. Tapi jika kita berdaya melawan tidak kira pada bulan puasa atau tidak, syaitan juga akan tunduk, nafsu juga akan lemah.

Bulan yang penuh rahmat ini diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap yang bergelar Islam. Mudah-mudahan Ramadhan ini menjanjikan sesuatu yang amat bernilai buat kita semua.
RAIHAN & ANA MUSLIM - Sambut Ramadhan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..