Betul ke orang yang kerja (yang berkhidmat dalam) kerajaan ni sombong? Nak kata betulpun susah, nak kata tak betulpun susah. Kadang-kadang ada betul juga. Tak kisahlah dia tu cikgu ke, kerani ke, pensyarah ke, doktor ke, apa ke, yang penting mereka tu kakitangan kerajaan. Opss.. doktor dan pensyarah lagilah banyak sombongnya. Golongan profesionallah katakan.
Pada tanggapan umum kakitangan kerajaan ni cerah masa depan. Itu kata oranglah.
Pada tanggapan umum kakitangan kerajaan ni cerah masa depan. Itu kata oranglah.
Kakitangan awam ni selalu dipandang tinggi terutama di kalangan orang kampung. Maklumlah, nak dapat kerja dalam perkhidmatan / sekor awam ni bukan senang. Isi punya isi borang belum tentu dapat. Bila dah dapat banyak kelebihan pula yang ada. Yang selalu orang nampak adalah kakitangan kerajaan ni ada pencen, ada elaun rumah, dan ada pinjaman. Itu secara kasarlah.
Orang kampung kalau dengar kita ni kerja kerajaan mulalah pasang angan-angan nak jadikan menantu. Walaupun tak semua macam tu, tapi ramai juga yang macam tu. Bukannya apa, kakitangan kerajaan ni sedikit sebanyak menjanjikan "kebahagiaan" pada anak mereka. Itu kata oranglah.
Di sebalik kelebihan inilah yang kadang-kadang kala menguatkan lagi dakwaan kakitangan kerajaan ni ada sedikit rasa besar diri. Kalau bercakap semuanya serius, skima, sivik, dan meninggi diri. Nak keluar kedai kopi, jangan harap. Kedai kopi bukan tempat stardart bagi mereka. Paling-paling kurang restoran yang ada pendingin hawa. Itu kata oranglah.
Kalau berkawan bukan sebarangan. Paling-paling kurang rakan mereka adalah daripada kakitangan kerajaan jugalah. Bukannya apa, bila sama-sama kakitangan kerajaan ni topik pertuturan, perbincangan tu senang sikit. Kalau berkawan dengan orang biasa cerita apalah sangat nak dibincangkan? Paling-paling kurang cakap pasal lembu berak atas jalan, banjir musnah sawah. Itupun cakap-cakap orang juga.
Kalau berkawan dengan orang biasa, semuanya mereka boleh "masuk" (mesra). Nak masuk kedai kopi takdelah segan. Nak cakap pasal politik, pasal harga barang naik, cerita bola, semuanya ada di kedai kopi. Tapi setakat manalah isi cerita orang biasa dengan isi cerita kakitangan kerajaan.
Ini ada satu cerita; Kawe (aku) pernah bekerja di pasar raya. Waktu tu kawe kena jaga bahagian kasut / selipar. Macam-macam pelanggan kawe jumpa. Waktu tu kawe jaga kasut yang dah nak habis stok. Jadi kita juallah murah-murah. Suatu hari datang sekumpulan pelajar universiti (berdekatan pasar raya) perempuan dalam empat - lima orang. Waktu ni kawe sorang je yang jaga, jadi sibuklah nak cari kasut, nak layan pelanggan. Dipendekan cerita seorang pelajar ni nak kasut size sekian, warna sekian. Bila kawe tengok sampel kasut tu kawe terus cakap takde. Sepantas kila dia menyambut "ada tu, saje je malas cari kan..". Kawe tak tau itu ucapan pertanyaan atau menyindir. Tapi tengokkan gaya dan riak wajah macam menyindir. Kawe kata takde sebab ini jualan penghabisan stok, memanglah takde barang. Tapi dia macam tak puas hati. Sampai sekarang kawe masih lagi terbayang wajah pelanggan yang agak sombong tu. Dalam tempoh sebulan (jualan penghabisan stok) dua kali dia datang. Dua kali jugalah lagaknya sama. Itu baru pelajar universiti awam, belum lagi jadi kakitangan awam.
Dalam tempoh itu juga ada pelanggan yang cukup mesra (juga wanita - umur dalam 30 - 40-an). Bila dia tanya kasut dan selipar yang size sekian, warna sekian, kawe akan terus cari. Kalau ada kawe cakap ada, kalau takde kawe cakap takde. Apa yang kawe cakap akak ni takde nak merungut. Kalau kawe sibuk, dia pula yang cari kasut yang dia nak tu. Dan kawe siap bagi tahu lagi macam mana nak cari kasut / selipar yang tersusun bawah rak. Apa yang penting, akak ni memang ok la, takde banyak songeh. Sampai sekarang kawe masih ingat akak ni. Kebetulan akak ni ada kedai makan. Bila kawe ke kedai dia selalu tegur dan bertanya khabar.
Sebelum itu kawe pernah juga ditempatkan di bahagian pakaian dalam pasar raya yang sama. Suatu hari kawe tolong jaga bahagian beg juga. Ada seorang pelanggan ni datang beli beg galas. Seorang pemandu lori. Sambil-sambil cari beg tu kawe bersembang dengan dia. Dia bawa lori untuk hantar barang ke luar Kelantan. Maknanya dalam seminggu dua - tiga kali ke luar. Itu cerita abang tu. Siap boleh cerita lagi pasal kerja dia. Bila jumpa, dia selalu tegur walaupun kawe tak lagi jaga bahagian tu. Sampai sekarang kawe ingat abang tu.
Itu cerita dan kisah, beza dan persamaan kakitangan kerajaan dengan orang biasa. Tapi tak semua kakitangan kerajaan tu sombong. Ada juga yang baik hati. Cuma kawe cakap ni segelintir saja.
Paling kakitangan kerajaan tak suka adalah golongan kat bawah ni.. Betul???

Sudirman: Aku penganggur
kat lkim ada sorg..baru pen. peg tp belagak lebih dari pengarah.
BalasPadam