(malam ini biarkan aku “berjiwang” sikit)
Dingin sungguh malam ini,
Dan sukar mata ku lelapkan,
Lalu ku cuba coretkan secebis lambaran buat mu..
Intro lagu Ukay’s, berjudul “Kekasihku di menara” seakan menggambarkan situasi aku pada malam ini. Tapi ini bukan mengenai kekasih hati, buah hati atau teman istimewa seperti mana bait-bait puitis yang dilontarkan oleh Amir itu. Ini menggambarkan kedingini malam yang ku lalui malam ini. Tambahan pula hujan yang turun agak lebat. Mata yang belum rasa penat dan masih lagi segar untuk melihat kepekatan malam. Tapi tak pekatpun sebab rumah aku berdekatan jalan raya; lampu terang benderang. Suasana malam ini juga menjemput aku untuk menulis catatan yang tak seberapa ini.
Rindu itu adalah anugerah dari Allah,
Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu...
Ini pula “Rindu” daripada Hijjaz. Kerinduan yang wujud dalam diri adalah pemberian Allah. Ya, pemberian Allah. Dalam kedingini malam ini juga aku kerinduan. Kerinduan pada masa yang lalu. Apa yang aku rindu sebenarnya . . . Dalam kerinduan ini juga terselit di fikiran mengenai teman. Ya, peneman hidup..
Biarkanlah... Biarkan lagu Ukay’s dan Hijjaz ini bergemar di halwa telinga aku untuk hiburkan hati seketika. Dan dua lagu ini adalah tema untuk coretan aku malam ini.
Sunyi dan sepi.. Ya..itu yang aku rasa kini. Tapi taklah sampai lupa dunia. Aku bersyukur dalam kesepian, dalam kesunyian aku masih lagi tersenyum. Dalam dunia teknologi yang semakin canggih ni aku manfaatkan ia untuk mengatasi kesunyian, mengatasi kesepian.
Facebook, Tagged, Blog, Scribd, YM dan macam-macam lagi permainan dunia moden yang menemani aku. Tidak seperti dahulu benda ni semua memang tak terfikir boleh mangatasi keboringan. Malah memang tak terfikirpun benda sebegini ada di dunia.
..Dulu; Pulang dari sekolah hanya siaran radio dan tv yang menjadi peneman. Bila petang pelbagai acara akan berlangsung untuk mengisi masa lapang. Membesar dalam suasana desa - di Chuchoh Puteri - telah menghidangkan aku dengan pelbagai jenis permainan rakyat.
Sorok-sorok, baling tin (macam bowling; tin susu FNN disusun beringkat-tingkat kemudian bola lisut @ tenis akan dibaling atau dipekon ke arah tin) bola wa, sembunyi lidi, police entry, ronda kampung dengan basikal, memancing, mandi sungai, panjat pokok, lompat getah dan macam-macam lagi. Dalam setiap acara ini ada yang beregu, solo, berkumpulan dan juga regu campuran. Walaupun begitu adat dan agama masih lagi terpelihara; walaupun kami masih tidak mengerti dengan jelas. Venue pula pelbagai; jika hari ini venuenya di laman Liza, esok di laman Siti. Jika hari ini di rumah Abe, esok di laman Sufian. Dan adakalanya venue ini akan kekal buat seminggu sebelum beralih ke venue yang lain.
Ini semua ada di kampung, bila tiba di bandar semuanya telah ditinggalkan. Semetelahan lagi aku pun dah meningkat usia. Kini aku tertanya-tanya masih wujudkah lagi kanak-kanak seperti kami dahulu? Apakah mereka seperti kami dahulu? Masih adakah lagi venue-venue itu? Adakah ibu bapa mereka masih membenarkan laman mereka dijadikan venue oleh kawan-kawan?
Ini semua ada di kampung, bila tiba di bandar semuanya telah ditinggalkan. Semetelahan lagi aku pun dah meningkat usia. Kini aku tertanya-tanya masih wujudkah lagi kanak-kanak seperti kami dahulu? Apakah mereka seperti kami dahulu? Masih adakah lagi venue-venue itu? Adakah ibu bapa mereka masih membenarkan laman mereka dijadikan venue oleh kawan-kawan?
Abang-abang @ senior kampung pula sibuk dengan aktiviti memikat burung, bermain bola, takraw, wau dan macam-macam lagilah. Bila tiba Ramadhan mercun menjadi bahan utama mengisi diari harian kami; dan aktiviti mercun dan bola tidak pernah hilang sama ada di kampung atau bandar sehingga kini.
Kini zaman telah beralih, zaman telah beredar sejajar dengan perkembangan semasa. Di saat ini aku (dan mungkin juga rakan-rakan seusia) telah menerima suasana baru untuk mengisi kesunyian.
Kalau dulu senior memikat burung, sekarang kami memikat orang; Dulu panjat pokok, sekarang panjat bangunan pasar raya (bukan jadi buruh tapi melepak); dulu lompat getah, sekarang ramai yang lompat pagar sekolah, lompat jendela rumah mengikut buah hati; kalau dulu main masak-masak, sekarang ada yang jadi ibu yang betul-betul memasak.
Peneman. Peneman. Peneman hidup. Sedar atau tidak selain ibu dan ayah serta keluarga; dari kecil sampailah usia sebegini semua yang aku ceritakan itu adalah peneman hidup kita. Peneman hidup yang sentiasa mendampingi kita. Cuma, peneman hidup yang sejati, yang hakiki belum lagi menjadi realiti. Belum lagi mendampingi..
Dan biarkan aku meneruskan kesunyian, kesepian dengan cara hidup baru.
Biarkan aku seketika dengan “Suasana malam” ini, dendangan Anuar Zain.
Anuar Zain - Suasana Malam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..