Hari ini 24 Ramadhan 1431H. Pejam celik pejam celik Ramadhan makin meninggalkan kita. Itu yang pejam celik, yang pejam tak celik-celikpun ada juga. Pejam tahkala Ramadhan masih lagi berbaki. Namun pejam di saat Ramadhan ini suatu yang amat mengembirakan kerana dipanggil dalam suasana yang amat indah. Tetapi bagi yang masih lagi celik seperti kita juga patut bersyukur kerana bakal menamatkan Ramadhan dengan sempurna (insyaAllah).
Jika tiada aral melintang, insyaAllah, Jumaat minggu depan bersamaan 10 September 2010, kita akan meraikan 1 Syawal 1431H. Rasanya sekejap sahaja Ramadhan tahun ini. Mudah-mudahan Ramadhan yang bakal berakhir ini membawa kesempurnaan untuk kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..