Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Khamis, September 02, 2010

Indon mengganas!!

Malaysia menerima lebih dua juta rakyat Indonesia yang mencari nafkah hidup di sini. Itu angka yang dikira "halal", tetapi kalau dicampur dengan yang masuk secara haram angka ini akan bertambah. Apa yang ada di Malaysia sehingga begitu ramai rakyat Indon sanggup ke sini? Jawapan mudahnya adalah kerana.."apa yang ada di Malaysia adalah apa yang tiada di Indon".

Sebab utama Indon sanggup terbang, mahupun berenang ke Malaysia adalah untuk mencari sedikit kemewahan yang tiada di Indon. Dan setibanya mereka di sini rata-ratanya tidak lagi mahu pulang ke negara asal. Malaysia pula dengan "besar" hati menerima mereka untuk mencari rezeki di sini. Memang tidak dinafikan ada di antara mereka yang tidak bernasib baik di sini. Ada yang mendakwa ditipu, dianiaya dan macam-macam lagi.

Persoalannya, walaupun kita menerima mereka, tetapi segelintirnya tidak pernah rasa bersyukur. Ada juga mandakwa kita memperalatkan mereka. "Indon oh Indon.. Bersyukurlah kamu di sini ya".

Indon nampaknya mengganas dengan satu pertubuhan yang entah dihalalkan oleh kerajaan Indonesia atau tidak. Mutakhir ini kita dapat melihat satu pertubuhan yang dikenali Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera), cuba membuat onar memecahbelahkan hubungan Indonesia-Malaysia. Mereka bukan sahaja "memerangi" Malaysia, malah negara mereka sendiri.

Jika rakyat mereka dihantar pulang semuanya dari bumi Malaysia ini, apa agaknya mereka akan buat di negara mereka. Sumber alam yang ada tidak seimbang dengan kepadatan penduduk; itulah gambarannya negara INDONESIA. Jadi Bendera patut berfikir begitu sebelum memerangi Malaysia.

Link . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..