Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Rabu, Januari 19, 2011

Masih di hospital

Malam ini entah malam yang ke berapa ibu terlantar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II @ Hospital Besar Kota Bharu). Sakitnya mula berkurang tapi badannya lemah dan penat. Selera makan mula berkurang.

Tapak kakinya terpaksa dibuang sedikit; di antara tumit dengan hujung jari kaki ada lekukan di tengah-tengahnya, kesan pembendahan membuang isi kaki yang rosak @ buruk.

Entahlah... tiada kata, tiada bahasa yang dapat aku catatkan bagaimana keadaan ibu sekarang setelah dimasukan ke wad minggu lalu sampailah catatan ini ditulis. Kadang-kadang kala air mata jantan terasa juga ingin keluar (haha... Aku benar-benar tersentuh, lebih-lebih lagi ketika adik-beradik  ibu datang menziarah. Makcik-makcik aku akan menangis tatkala ingin pulang. Ibu dicium dan dikucup beserta air mata yang berguguran). Salahkah aku jika aku jua turut menangis?

Terasa benar ketiadaan ibu di rumah.


******Corat-coret sewaktu di hospital******

Aku taknak cerita yang sedih-sedih lagi. Kali ini cerita selingan sepanjang berada di HRPZ II. Cerita pertama mengenai tempat letak kereta. Di sini ruang untuk kereta memang tak cukup. Setiap pagi dan petang dan hampir setiap malam bersusun-susun kereta diletakkan di bahu jalan. Di depan wad bersalin misalnya, ada yang letak kereta di bahu jalan. Dan...waktu ini "abang-abang trafik" akan "bergembira" kerana "rezeki" akan masuk. Kertas-kertas saman akan diselit di cermin depan kenderaan.

Fuh...bayangkan kalau 50 buah kereta setiap pagi, dalam satu minggu; berapa agaknya surat saman yang dikeluarkan. Bayangkan berapa jumlah Ringgit Malaysia yang diperoleh PDRM?

Siapa yang harus dipersalahkan? Pihak hospital? PDRM? Atau pengguna jalan raya @ pelawat hospital? Jawapannya adalah pelawat @ pengguna jalan raya; kerana meletak kenderaan bukan di tempat yang betul. Tapi persoalannya kalau tak letak di bahu jalan, nak letak kat mana? Paling "selamat" (daripada disaman) letak di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV. Kalau letak di sana maknanya pelawat kena berjalan lebih kurang 500 meter untuk ke hospital.

Di depan wad @ dewan bersalin jalan sehala kecuali untuk ambulans. Kalau di sini memang patutlah saman dikeluarkan sebab menganggu laluan ambulan. Tapi bagaimana pula di bahu jalan berdekatan stadium - menuju ke hospital?

Ruang parking tak cukup, kalau salah letak kena saman. Tapi yang sebetulnya, bukan salah letak, tapi sengaja letak di tempat yang salah sebab takda ruang.

Saman saman saman... Tapi (berapa banyak tapi daa...) pengguna memang tak makan saman; jadi setiap hari ada saja tuan kereta yang disaman. Tapi aku bernasib baik kerana tak pernah disaman kerana aku suka pergi dengan kapcai je. Kalau berkereta aku rela berjalan jauh daripada disaman; aku letak di perkarangan stadium.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..