Lakaran sejarah bola sepak Kelantan tercipta lagi semalam setelah Sang Kijang menanduk sang Gergasi di laman lawan. Kemelut yang melanda Kelantan pada awal musim tidak sedikitpun menjejaskan persembahan Kelantan.
Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan digantung tugas oleh FAM selama enam bulan kerana dikatakan mengkritik badan induk. Sathia akhirnya terpaksa digugurkan daripada barisan kejurulatihan. Kemudian, Datuk M.Karathu dipilih untuk mengantikan Sathia. Sebelum ini "Tiga Abdul" terlebih dahalu meresahkan team Kelantan kerana didakwa keluar tanpa kebenaran KAFA. Azizi, Indra dan Norfarhan sepakat berhijrah ke T-Team. Ketiadaan mereka sedikit terubat dengan kehadiran beberapa muka baru dan lama dalam skuad Kelantan. Antaranya, Nurul Azwan Roya, Wan Rohaimi, Aziz Ismail, K.Soley dan beberapa orang lagi.
Malam tadi adalah detik manis buat Kelantan setelah berjaya menewaskan Selangor sekali lagi. Lebih manis kemenangan ini dilakar di laman lawan.
Jaringan penalti Sharul Idlan pada separuh pertama menjadi pemangkin keghairahan Kelantan untuk memburu Piala Sumbangsih (PS) buat kali pertama. Kejayaan semakin hampir setelah Badri menyempurnakan sepakan percuma. Dua gol hasil "bola mati" telah menewaskan Iqbal, penjaga gol baru Selangor.
Ini adalah trofi buat Sathia setelah Sathia diperlakukan sesuka hati oleh pihak FAM. M.Karathu hanya sempat menjalani dua atau tiga sesi latihan bersama Kelantan. Tidak keterlaluan jika aku katakan M.Karathu membiarkan pemain-pemain bermain seperti biasa diajar oleh bekas guru mereka, Sathia.
Kegembiraan berganda buat pasukan apabila Khairul Fahmi dinobat pemain terbaik perlawanan kerana kecemerlangannya di pintu gawang. Selangor yang dibarisan enam pemain kebangsaan gagal membolosi gawang Apex walaupun hanya sekali. Turun dengan misi mencipta hatrik memenangi PS, tapi akhirnya Selangor tumbang juga.
2009 dan 2010 Kelantan mula mengganas dalam arena bola sepak tempatan. Tahun 2011 keazaman dan keingini sama pasti tertanam dalam setiap pemain dan penyokong Kelantan. Fenomena ini tidak mustahir bagi Kelantan untuk menjadi kuasa baru yang akan meresahkan mana-mana pasukan dalam liga.
Ralat di sebalik kemenangan
Seperti yang diketahui umum, PS kali ini ada cerita sampingannya. Yang pertama mengenai perubahan sistem. Sebelum ini PS akan direbut oleh Juara PM dan Juara Piala FA. Tapi kali ini PS menemukan Juara PM dengan Juara Liga Super. Kalau nak diikutkan Kelantan sebagai Juara PM akan bertemu NS, Juara Piala FA. Tapi inilah "permainan" FAM.
Sathia digantung kerana menjawab soalan wartawan mengenai perubahan gelanggang perlawanan di antara Terengganu dan Perlis pada tahun lalu. Kata-kata Sathia dilihat seakan kutukan kepada FAM. Dan, kesannya, Sathia dihukum.
"Tiga Abdul" telah lari keluar dari KAFA tanpa sebarang notis. Namun Jawatankuasa Status Pemain FAM memutuskan "tiga Abdul" ini tidak bersalah.
Perlawanan malam tadi sekali lagi dicemari oleh insiden buruk penyokong. Masih ada lagi yang babil dan tolol. Membaling objek, membakar mercun seakan sudah menjadi perkara wajib ketika menonton perlawanan. Segelintir penyokong yang tidak bertemadun ini telah mencemarkan nama baik Kelantan.
___________________________________
Perlawanan terhenti tujuh minitKECOH seketika apabila Perlawanan Piala Sumbangsih antara pasukan Kelantan dan Selangor terpaksa dihentikan tujuh minit pada separuh masa kedua, selepas penyokong Kelantan bertindak agresif dengan membaling objek ke tengah padang.
Segelintir penyokong Kelantan dilihat membakar mercun dan membaling ke tengah laluan trek bersama botol serta cawan minuman kerana tidak berpuas hati dengan pengadil permainan.
Perlawanan babak kedua itu bagaimanapun terpaksa dihentikan pada minit ke 62, selepas penyokong Kelantan berdegil untuk menghentikan perbuatan mereka.
Pihak pengurusan stadium juga terpaksa mengeluarkan arahan di papan markah meminta penyokong bersabar dan berhenti membaling objek ke tengah padang, namun tidak diendahkan.
Keadaan bagaimanapun kembali pulih sebelum perlawanan disambung kembali pada minit ke 71. (www.sinarharian.com.my)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..