Hari ini 1 Januari 2011 Masihi, bersamaan 26 Muharram 1432 Hijriah. Ini bermakna kita baru saja melangkah ke tahun yang ke 2011 dalam kalendar al-masih. Dan, baru 1432 tahun kita melangkah ke tahun Islam. Tahun ini, lebih kurang 579 tahun perbezaan al-masih dan Hijriah. Yang lebih penting tahun baru masihi mengingatkan kita umur Nabi Isa serta tahun hijriah mengingatkan kita kepada "umur" penghijrahan Rasulullah dan sahabat dari Kota Mekah ke Kota Yatrid (Madinah).
Peralihan tahun ini juga membawa kepada peralihan umur kita. Tapi kebiasaannya kita mengira peralihan umur dengan taqwin Masihi, bukannya dengan taqwin Hijriah. Tapi itu bukan persoalan dan permasalahannya. Yang utama adalah bagaimana kita ingin mengisi ruang dan peluang pada setiap tahun.
Peralihan tahun membawa kepada peralihan umur atau biasa disebut dengan pertambahan umur. Tapi aku ingin memanggilnya sebagai "pengurangan umur". Ya, umur kita makin berkurang, bukannya bertambah. Kalau bertambah bermakna kita akan hidup lebih lama. Tapi sekarang umur kita makin berkurang. Bila makin kurang maknanya umur kita makin habis; dan kita makin menuju ke alam baru. Alam barzahk, yang kita tidak tahu bila akan datang. Hahaha...aku sengaja mengguna istilah sendiri (atau mungkin telah dinyatakan oleh orang lain sebelum ini. Apa yang pasti "pengurangan umur" ini aku tidak pernah dengar daripada mana-mana).
Adakah 2011 bakal menjanjikan sesuatu yang berharga? Hahaha..2011 sudah pasti tidak menjanjikan apa-apa kerana "ia" hanyalah "masa". Yang menjanji, yang mengisi, yang tercicir adalah kita. Ya, kita yang akan mengisi ruang dan peluang 2011 dengan daya sendiri.
Kini buku baru 2011 telah mula dibuka. Buku 2010 baru sahaja ditutup dan disimpan. Tapi buku lama itu jangan dibuang kerana mungkin di dalamnya tersimpan sesuatu yang boleh dijadikan panduan dan manfaat untuk catatan buku baru. Buku lama sama ada terconteng dengan warna hitam (buruk) mahupun warna putih (baik), harus dijadikan rujukan. Mudah-mudahan 2011 tersisi dengan sesuatu yang amat berharga walaupun tanpa kita duga. Selamat Tahun baru 2011..
Baca ni; Muharram bukan bulan nabi berhijrah
Baca ni; Muharram bukan bulan nabi berhijrah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..