Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Sabtu, Januari 21, 2012

Cerita bola: Rizal Hashim tegur Annuar Musa atau Sultan Muhammad V??


Surat buat FAM dan kawasan sekitarnya

Kepada tetuan di Wisma FAM,


Sebagai pengikut setia bola sepak tempatan lebih 30 tahun, 20 tahu daripadanya selaku wartawan, pengkritik dan penganalisis, saya terpanggil untuk memberi pendapat dua sen saya berhubung beberapa siri kontroversi yang melingkari FAM dan bola sepak tempatan secara amnya.

Sejak kebelakangan ini, kontroversi di FAM seolah-olah tidak bertepi. Yang terbaru, isu Terengganu dan surat pekeliling bertarikh 23 Disember 2011 berhubung tarikh tamat pendaftaran pemain import sehingga membawa kepada ugutan saman daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT). Ini belum sentuh premium insurans yang lewat dibayar tahun lalu.

Ini membawa kepada persoalan - wajar atau tidak jika perjalanan Liga M dikendalikan sepenuhnya satu badan bebas dianggotai ahli profesional dalam mengatur jadual perlawanan dan mengurus liga?

Atau kalau ikut perlembagaan FAM sekarang, jawatankuasa pertandingan kekal diberi kuasa menganjur dan menentukan hala tuju Liga M tetapi pengerusinya bukan seorang pemegang jawatan yang aktif di peringkat negeri?

Opsyen pertama menuntut kehadiran petugas sepenuh masa yang mencanai idea dan melaksana dasar agar liga berjalan lancar. Opsyen kedua merelakan sukarelawan untuk menentukan hidup mati liga.

Datuk Hamidin Mohd Amin (yang sudi menjemput saya secara peribadi ke majlis ramah mesra dan hari keluarga di FAM Ahad lalu) setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), sekali gus mencetus satu persepsi ada konflik kepentingan dalam merangka dasar dan membuat keputusan. Betul dan cekap macam manapun dia dalam mempengerusi mesyuarat yang menentukan peraturan Liga M, puak pembangkang luar kelompok mesyuarat mesti mahu pertikai keputusan dan sentiasa mencari kelemahan atau konflik kepentingan membabitkan Selangor.

Masih teringat zaman Datuk Redzuan Sheikh Ahmad dan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar jadi pengerusi jawatankuasa pertandingan. Memanglah timbul pelbagai isu tetapi tiada masalah typo error. Yang penting, mereka tidak pegang jawatan di peringkat negeri! Apapun, baca artikel ini. Mungkin FAM juga perlu perkasakan jabatan pertandingan agar sekretariat tidak terus-terusan menanggung persepsi negatif!

Ugutan Terengganu untuk menarik diri daripada Liga Super dan menyaman FAM pula sekadar menampakkan ada lagi puak yang kurang arif. Ketika jawatankuasa pertandingan diterajui Che Mat Jusoh, pun banyak isu timbul.

Politikus macam Ahmad Said nyata tidak faham senario bola sepak dunia, apalagi tidak diberi nasihat yang betul oleh Che Mat Jusoh dan pegawai lain. Apa mahu takut, ini bola sepak, bukan gelanggang politik. Kalau salah tolong tunjukkan! Kalau politik, sudah kena cantas. Baca ahli bersekutu boleh saman

Dalam peraturan FIFA (walaupun FIFA pun tunggang-langgang dari segi moral), proses aduan satu ahli gabungan terhadap persekutuan memakan masa panjang dan mengikut prosedur tertentu, termasuk timbang tara. Apapun, baca artikel ini

Dalam pada itu, Tan Sri Annuar Musa, pengerusi MSL Sdn Bhd, berdegar-degar mahu perubahan tetapi perkara asas seperti sepak mula perlawanan membabitkan Kelantan dengan Selangor PKNS ditangguh sehingga 9.18 malam semata-mata menunggu kehadiran Sultan Kelantan. Eh mana punya undang-undang ini? Takkan Tan Sri tengok saja dan relakan?

Dengar khabar pula Annuar dan KAFA dipulau media di Kelantan. Kasihan kawan-kawan media di Kota Bharu. Khabarnya mereka diberi layanan acuh tidak acuh. Mereka sekadar "happy" buat liputan Peter Butler dan skuad TRW saja.

Tiada siapa dapat nafikan Kelantan antara punca bola sepak Malaysia kembali meriah tetapi kejayaan itu harus diurus dengan baik dan profesional agar satu lonjakan besar dapat dilakukan.

Berbalik kepada isu FAM-Terengganu, sebenarnya, FAM silap, PBSNT pun silap. Kalau FAM tersilap tulis, mana-mana ahli gabungan tak pasti atau yakin, apa salahnya kirim SMS, telefon, hantar private message menerusi media sosial, betulkah ini tarikhnya? Bila tarikh tutup pendaftaran? Adakah dilanjutkan? Piala AFC atau Liga Super?

Untuk golongan yang menjerit mahu perubahan, kita harus jadi contoh pembawa transformasi dan bukan penghasut yang mengamalkan pendekatan populist!

Selagi FAM dikendalikan secara cacamarba sebegini, kurangnya budi bicara dan kurangnya lelaki budiman sezaman Kwok Kin Keng, Lim Kee Siong, Koe Ewe Teik dan Teoh Chye Hin (generasi facebook tak kenal empat nama ini), selagi itulah drama bola sepak Malaysia berkisar sekitar skrip yang sama. Pelakonnya dari 70-an memang berbeza tetapi perwatakan sesetengah pelakon baru kekal bersifat memperjuang kepentingan  peribadi. Selagi keputusan dibuat jawatankuasa tanpa mendapat nasihat yang profesional daripada kakitangan sepenuh masa, skrip yang sama akan berulang 20 tahun dari sekarang.

Tidak lama selepas Malaysia menjulang Piala AFF, saya tulis dalam akhbar Rembat Kosmo!, akhbar yang masih berhutang dengan saya berpuluh ribu ringgit dengan jutaan alasan (harap bosnya tolong settle, tak settle adalah caranya), mengurus kejayaan. Usahlah kejayaan di peringkat serantau menyembunyikan pelbagai kelemahan dalam FAM.

Saya, seperti biasa dan tanpa jemu tetapi sekadar tersenyum sinis, menjadi penonton setia!

Yang tak pernah bosan,

(Juri antarabangsa FIFA Ballon d'Or)
................................................................
Kelantan 1 - 1 PKNS

Kawe nok ghoyat sikit:
Tidak semena-mena pengamal media yang juga wartawan dan blogger sukan yang diberi nama Rizal Hashim menjadi popular di kalangan penyokong Kelantan.

Ini ekoran kenyataan dalam entri blognya yang dipetik sebagai "Dalam pada itu, Tan Sri Annuar Musa, pengerusi MSL Sdn Bhd, berdegar-degar mahu perubahan tetapi perkara asas seperti sepak mula perlawanan membabitkan Kelantan dengan Selangor PKNS ditangguh sehingga 9.18 malam semata-mata menunggu kehadiran Sultan Kelantan. Eh mana punya undang-undang ini? Takkan Tan Sri tengok saja dan relakan?"

Lantas tuan punya badan menjawab seperti berikut, "Rizalhashim dlm blognya mengkritik saya tentang kelewatan sepakmula kel vs pkns kerana menunggu keberangkatan tiba DYMM AL SULTAN..bg saya keberangkatan DYMM SULTAN ADALAH SATU PENGHORMATAN AMAT TINGGI..ALSULTAN ADALAH TIMBALAN YG DIPERTUAN AGONG..SAYA BANGGA DGN SULTAN SAYA..DYMM ALSULTAN BYK BERI DORONGAN KPD SAYA DAN KAFA.MALAH DYMM PERKENAN USAHA KAFA BINA STADIUM DI KB DAN DYTM TG MAHKOTA MENAUNGI ARMY DAN KAFA..KELEWATAN ITU WALAU ADA NEGATIVENYA NAMUN KEBERANGKATAN TUANKU LEBIH BESAR DAN BERERTI BUAT BOLASEPAK..HIDUP BIAR BERADAT..ALSULTAN RAJA KITA!!", dalam laman facebooknya (klik Tan Sri Annuar Musa).
Tan Sri Annuar dan Sultan Muhammad V
Kemudian disusuli dengan (klikkenyataan kedua, Tan Sri Annuar Musa berkata, "Kalau ada yg salah atas kelewatan sepakmula ADALAH SALAH SAYA kerana TUANKU tidak titahkan supaya dilambatkan..namun saya diberitau TUANKU mau solat dulu..MAKA ANTARA ALSULTAN,SOLAT DAN PROTOKOL BOLA,yg mana nak didulukan?SAYA MEMILIH UTK MENGHORMATI SULTAN SAYA DAN SOLATNYA..lagi pun kalau ALSULTAN boleh memberi penghormatan pd bola dgn mencemar duli tanpa PROTOKOL(yg jarang di buat mana2 sultan)TAK BOLEHKAH PENGANJUR BOLA BERI PENGHORMATAN PD SULTAN???"

Di sini timbul persoalan kepada siapa saudara Rizal tujukan? Adakah kepada Annuar Musa? Atau kepada Tuanku Sultan Muhammad V? Adakah kerana terlewat mencemar duli menyebabkan program sepak mula tergendala sampai ke tengah malam?

Walau apapun kawe pasti saudara Rizal ada alasannya. Tapi sebagai rakyat Tuanku Sultan Muhammad V, kawe benar-benar 'tabik spring" kepada tuanku. Pertama kerana tuanku sanggup datang. Kedua, tuanku  tiba lewat kerana terlebih dulu menunaikan solat Isyak.

Selepas ini apa agaknya yang akan dilakukan oleh saudara Rizal terhadap respon Presiden KAFA yang juga merupakan rakyat tuanku Muhammad V? Adakah dia akan mempertahankan kenyataannya? Adakah dia akan memohon maaf? Adakah? Sama-samalah kita nantikan ...
.......................................................
Sultan Muhammad V, baginda raja, baginda imam
........................................
Baca ini juga: Sultan Muhammad Kelima

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..