Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Rabu, Jun 02, 2010

Jais kumpul maklumat Al-Arqam semakin aktif

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengumpul maklumat berhubung dakwaan kononnya pengaruh Al-Arqam yang diharamkan kini semakin aktif selepas kematian pengasasnya, Asaari Muhammad atau Abuya.
 
Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata pihaknya mendapat aduan berhubung perkara itu, namun setakat ini belum ada tangkapan dibuat selain beberapa acara yang cuba dibuat mereka dibatalkan, mungkin mengesyaki pegawai Jais mengumpul bukti berhubung kejadian itu.

“Setakat ini, Jais belum membuat tangkapan berhubung perkara ini dan akan bertindak tegas jika dakwaan itu terbukti benar dan disokong bukti kukuh.

“Buat masa ini kami masih menyiasat dan tidak menolak kemungkinan kegiatan mereka ini masih aktif cuma ia gagal dikesan kerana dipercayai berselindung di sebalik perniagaan,” katanya di sini, semalam.

Beliau pada masa sama tidak menolak ramai bekas pengikut kumpulan itu masih aktif berdasarkan laporan akhbar baru-baru ini mengenai konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat. “Kami harap lebih ramai saksi tampil memberi keterangan bagi membolehkan kami menyiasat perkara ini,” katanya.

Ditanya mengenai isu ‘minum air ludah’ oleh seorang penceramah baru-baru ini, Khusrin, memberitahu, Jais kini membuat rumusan dakwaan itu.

Menurutnya, Jais masih menyiasat dan mendapati wujud acara meminum air zam-zam oleh seorang penceramah di sebuah masjid, tetapi setakat ini kami mendapat maklumat pada acara itu, cuma gelas berisi air zam-zam diminum jemaah secara bergilir-gilir.

“Amalan seperti ini juga dilakukan sahabat yang berkongsi minum susu di dalam gelas sama ketika zaman Nabi Muhammad SAW.

“Jika tidak benar dakwaannya, kami akan panggil untuk mendapat penjelasan dan tindakan boleh dibuat mengikut Enakmen Tata Cara Jenayah Syariah 2003 mengikut Seksyen 211 kerana menyebarkan dakwaan palsu,” katanya.

Pada April lalu, Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin Mohd Asri mendakwa berlaku upacara telan air ludah ustaz seorang tokoh agama di negeri itu di sebuah masjid di Selangor menerusi kenyataannya dalam portal berita, Malaysiakini.

Berikutan kenyataan itu, bekas mufti terbabit dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaannya di pejabat Jais di sini. 

Harian Metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..