Apek
Khairul Fahmi Che Mat
Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek berkata, kekalahan kepada kepada PDRM tempoh hari wajar dijadikan pengajaran dalam usaha memper­kasakan se­mu­­­la pa­sukan untuk berdepan skuad Bujang Senang.

Kata Khairul Fah­mi, semangat dia an rakan-rakan sepasukan tidak pernah luntur untuk meneruskan perjuangan dalam saingan Piala FA.
“Saya dan rakan-rakan berjanji akan memberikan aksi terbaik ketika berdepan Sarawak walaupun itu bukanlah satu tugas yang mudah, tambahan pula beraksi di tempat lawan.
“Sarawak cukup kebal digelanggang sendiri, jadi kita perlu waspa­da dengan keupayaan mereka pada pertemuan itu nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
Menurut Khairul Fahmi, Sara­wak bukan sahaja memiliki pemain tempatan yang hebat, malah tonggak import mereka cukup bahaya jika diberikan banyak ruang.

“Kita perlu mengurangkan kesilapan pada perlawanan tersebut dan bermain penuh bersemangat kerana ini merupakan pertemuan hidup ma­ti bagi saingan Piala FA 2015,” ujarnya.

Katanya lagi, The Red Warriors perlu menang pada pertemuan itu sekiranya mahu merebut kejuaraan Piala FA musim ini.

Katanya, dia optimis rakan-ra­kan sepasukan mampu bangkit berdepan dengan Sarawak dan men­catat keputusan positif dalam perlawanan itu nanti.

“Setiap peluang yang ada perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dan kita tidak boleh sia-siakan jika mahu me­langkah lebih jauh,” ujarnya.