Sarawak tekad benam Kelantan
SARAWAK akan memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri dalam aksi Piala FA 2015 menentang Kelantan malam ini.
Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts berkata, biarpun sedar reputasi Kelantan antara pasukan disegani dalam Liga Malaysia, namun beliau optimis mampu menewaskan Kelantan untuk ke pusingan seterusnya.
Menurutnya, ini peluang terbaik untuk mereka menunjukkan kehebatan dan para pemain juga berada dalam motivasi terbaik.
“Tidak banyak perubahan dilakukan untuk aksi malam esok (malam ini). Namun, perancangan sedikit terganggu selepas pertahanan kanan, Dzulazlan Ibrahim kurang cergas akibat kecederaan hamstring semasa menentang Pahang minggu lalu dan pemain tengah, Shahrol Saperi juga masih belum pulih daripada kecederaan.
“Kami ada beberapa calon untuk mengisi kekosongan itu. Berita baik apabila Hairol Mokhtar (pertahanan) sudah pulih dan dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama malam esok (malam ini),” katanya ketika dihubungi di Kuching semalam.
Mengulas lanjut, Alberts berkata, dalam sesi latihan beberapa hari sebelum ini mereka memberi tumpuan kepada aspek sepakan bebas kerana perkara itu dilihat belum mencapai tahap terbaik.
Katanya, beliau juga sudah memperkemaskan jentera serangan bagi menyudahkan setiap peluang terhidang kerana dalam aksi terdahulu beberapa peluang terbaik gagal dimanfaatkan pemainnya.
“Selain itu, benteng pertahanan juga dituntut untuk fokus sepanjang perlawanan kerana saya tidak mahu dibolosi dengan kesilapan mudah,” katanya.
Artikel Penuh:www.kosmo.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..