Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Isnin, Februari 23, 2015

Cerita Bola 2015: PDRM punya semangat (mampu tewaskan Kelantan)

Azman puji semangat juang PDRM



AZMAN (kiri) lebh selesa skuad kendaliannya dilabel sebagai pasukan underdog.


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) tetap merendah diri biarpun berjaya melakukan kejutan terbesar dengan membelasah Kelantan 4-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.
Pengendalinya, Azman Adnan berkata, beliau terkejut dengan kemampuan The Cops mencatatkan kemenangan agak besar memandangkan Kelantan bukan calang-calang pasukan untuk dijinakkan, lebih-lebih lagi beraksi di gelanggang sendiri.
"Saya bangga dengan kesungguhan pemain yang menunjukkan semangat juang tinggi dan tidak mudah berputus asa sepanjang perlawanan tersebut.
"Kita tahu, beraksi di Kota Bharu bukanlah tugas mudah, ditambah dengan kehadiran ribuan penyokong setia Kelantan, namun mereka tidak gugup dan berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan baik," katanya.
Tambahnya, beliau amat menghormati barisan pemainnya yang berjuang bermati-matian untuk pasukan sehingga berjaya melakar kemenangan.
Azman memberitahu, beliau lebih selesa skuad kendaliannya itu diberikan gelaran underdog dalam saingan Liga Super musim ini.
Katanya, selepas ini beliau mahu memberikan tumpuan terhadap pertemuan seterusnya yang akan menjadi penentu masa depan pasukannya dalam saingan kali ini.
PDRM kini menghuni tangga ketiga dalam carta Liga Super selepas mengumpul enam mata hasil dua kemenangan dan hanya dipisahkan satu mata dengan dua pasukan teratas iaitu Felda United dan Perak.


Artikel Penuh:http://kosmo.com.my 
...................
Ini Hodak: Mengapa persoal "Fair Play" terhadap JDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..