Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Jumaat, November 04, 2011

Detik-detik akhir

-Berdiri dan berlari dikejar waktu
Tinggal sebulan lebih lagi untuk kita menghabiskan sisa-sisa yang berbaki. 2012 bakal menjelma. Sungguh cepat waktu berlalu dan berlari. Rasanya baru semalam kita berada dalam tahun 2011. Sungguh cepat. Dari Januari hingga Oktober. Kini November. Kemudian Disember. Lepas tu Januari balik. Begitu deras begitu laju.

Apa ada pada 2011? Kawe? Masih tidak berubah. Masih bernyawa. Masih bernafas. Kententuan Allah tiada siapa mengetahui. Tiada siapa menduga. Sabar menanti. Teguh menunggu.

Untuk tahun 2012 tiada apa yang terbayang dalam fikiran. Samar. Atau mungkin tidak sempat untuk merasai tahun masihi yang akan datang dalam waktu 40 hari lebih lagi. Tiada siapa mengetahui.

2011 akan ditinggalkan. Sama ada dengan jaya atau terkulai. Dan bermulanya 2012 maka satu lagi pengurangan umur kawe (umur kita makin berkurang, bukan bertambah. Jika bertambah maknanya kita makin panjang umur, lambat mati. Umur makin berkurang; maknanya umur kita makin habis. Bila semuanya (nafas) habis maka habislah kita di muka bumi Allah ini - boleh ke kawe buat perkiraan macam tu? Hehehe..). Andai Allah melanjutkan lagi pinjaman roh dan jasad ini maka Januari kembali dalam diari hidup. Bersediakah ...?

-Mengejar waktu atau dikejar waktu?
-Tiada siapa yang dapat menentukan waktu akan datang
RAIHAN - Demi masa
.......................................................................
Jenguk balik: Penghujung 2009

3 ulasan:

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..