ATM kuasa baharu Liga M 2012?
TIRAI saingan bola sepak tempatan musim ini telah dilabuhkan sebaik Negeri Sembilan dinobatkan selaku juara Piala Malaysia edisi ke-85 minggu lalu.
Kini, beberapa pasukan dilihat telah pun memulakan langkah masing- masing memikat beberapa pemain ternama bagi memperkasa pasukan masing-masing bagi menghadapi saingan musim depan.
Keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang kembali membenarkan khidmat pemain import kali ini juga dilihat bakal mewarnai aksi Liga Malaysia (Liga M), sekali gus memberi kelebihan kepada mana- mana pasukan yang mempunyai dana kewangan yang lebih besar.
Tumpuan kini sudah pasti terarah kepada pasukan berstatus kelab - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - yang dikhabarkan mahu 'berjoli sakan' bagi membentuk pasukan yang mantap mengharungi saingan Liga Perdana musim depan.
Sebaik berjaya mendapatkan sentuhan bekas pengendali skuad kebangsaan, B. Sathianathan, ATM pastinya 'berselera besar' memikat pemain-pemain berstatus bintang, sekali gus memastikan impian kelab itu menjadi satu kuasa baharu dalam arena bola sepak tempatan bukan sekadar satu mimpi indah semata- mata.
Selain desas-desus 'merantai' dua tonggak Terengganu, Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Muhammad, ATM juga dikhabarkan mahu memancing kredibiliti tonggak kembar Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abdul Razak dan Aidil Zafuan.
Magis 'kuda tua', Hairuddin Omar yang berjaya menjaringkan gol dalam tiga pentas final berturut-turut bersama dua pasukan berbeza sejak 2009, juga dikhabarkan mahu dipikat ATM untuk sekurang-kurangnya 'menumpang tuah' bagi mengharungi cabaran musim depan.
Difahamkan, ATM kini memiliki kuasa wang yang cukup besar bagi memikat barisan pemain bintang.
Justeru, tidak mustahil mereka mampu menafikan hasrat beberapa pasukan lain seperti juara Liga Su- per, Kelantan yang difahamkan turut berminat mendapatkan khidmat Indra dan Norfarhan.
Cuma yang menjadi persoalannya, sejauh mana pasukan-pasukan 'mi segera' ini mampu bertahan dengan kejayaan?
Sejarah telah membuktikan betapa kejayaan beberapa pasukan yang melabur mendapatkan pemain bintang untuk kejayaan pada masa singkat sebelum ini hanyalah bersifat sementara.
Lihat sahaja beberapa pasukan seperti Kuala Muda Naza yang berjaya muncul juara Liga Perdana bagi musim 2008 apabila berjaya mengikat beberapa bintang ternama seperti Liew Kit Kong, Akmal Rizal Rakhli dan Farderin kadir.
Kini, pasukan itu hanya tinggal dalam lipatan kamus sejarah, selain beberapa lagi kelab seperti MK Land dan Selangor MPPJ yang pernah mendapat sentuhan pemain ternama tempatan dan antarabangsa seperti Nizaruddin Yusof, Shahrin Majid, K. Nanthakumar, Juan Manuel Aroste- gui dan Marlon Alex James juga telah 'terkubur' dek masalah kewangan beberapa tahun lalu.
Nasib yang lebih kurang sama juga menimpa Pahang yang pernah digelar 'Real Madrid Malaysia' sekitar 2006 apabila mengikat nama-nama besar seperti Rosdi Talib, Indra dan Nor Hafiz Zamani Misbah ketika itu.
Hanya sekadar muncul juara Piala FA pada tahun itu, tiada lagi penca- paian yang boleh dibanggakan skuad Tok Gajah yang terpaksa bersaing dalam kempen Liga Perdana musim depan.
Harus diingat, pemain-pemain lain terutamanya yang masih muda juga mampu memberikan pulangan yang lebih lumayan berbanding pemain yang sudah ada nama dalam saingan domestik.
Contoh terbaik, lihat sahaja kemampuan pengendali finalis Piala Malaysia musim ini, Azraai Khor Abdullah (Negeri Sembilan) dan Irfan Bakti Abu Salim (Terengganu) yang menyinar dengan kehebatan pemain- pemain muda seperti Mohd. Fakri Saaraini, Mohd. Fiqri Adwan, Mohd. Khairul Ridzuan, Muszaki Abu Bakar, Zubir Azmi dan Izzaq Farris Ramlan.
Ternyata, Azraai dan Irfan lebih mementingkan pemain yang mempunyai kehebatan 'tersembunyi' berbanding mereka yang sudah ada nama di persada bola sepak tempa- tan.
Justeru, ada baiknya ATM berfikir masak-masak untuk memikat pemain bintang, dikhuatiri kelak memakan diri sendiri. Tepuk dada tanya selera!
.............................................daripada: http://www.kosmo.com.my
..............................................
Cerita dari Terengganu: "Saya ingin jelaskan bahawa PBSNT telah memberi RM500 seorang berserta empat tiket kepada lima pemain itu untuk mereka datang ke Shah Alam. Jadi, tidak timbul soal mereka dianaktirikan," ujarnya.
Menjawab persoalan mengenai dakwaan PBSNT tidak mengagihkan ganjaran RM10,000 kepada pemain setelah memena- ngi Piala FA pada Jun lalu, Che Mat menjelaskan, wang itu diserahkan terus kepada pemain menerusi cek yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri.
"Bukan PBSNT yang bahagikan duit itu tetapi semuanya telah diuruskan oleh kerajaan negeri. Soal, ada pemain dapat sikit dan ada yang banyak, ia sebenarnya bergan- tung kepada kategori pemain itu sendiri," jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Rozi Mamat mengarahkan PBSNT membuat satu laporan lengkap berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam persatuan tersebut.
"Buat masa ini, kita tidak menerima apa- apa maklumat mengenai perkara ini, namun kita minta PBSNT buat laporan dan siasa- tan akan dilakukan jika benar berlaku penyelewengan," jelasnya. Laporan penuh daripada: http://www.kosmo.com.my
Beautiful piece of work. Go ahead. Thanks.
BalasPadamNice work. Deserving of appreciation. Thanks.
BalasPadamAdmirable post. Wants more. Thank you
BalasPadam