Gambar hiasan dari google |
24 Ogos 2012, 6 Syawal 1433H: Hari ini sesuatu peristiwa yang agak dahsyat telah berlaku. Sesuatu kejadian yang tidak kawe sangkakan. Sebelum pergi solat Jumaat tengah hari ini, kawe secara tidak sengaja telah memijak kucing belaan sehingga mati.
Enjin kancil tua dihidup lebih kurang lima minit sebelum melangkah keluar. Memandangkan masa yang suntuk untuk ke masjid kawe cepat-cepat mengundurkan kancil tua tanpa memeriksa terlebih dahulu di bawah kereta. Ketika kereta tua ini diundurkan kawe terasa terpijak sesuatu, persis memijak pelepah kelapa atau selipar jepun yang berlapik dua-tiga pasang.
Sebaik kereta keluar garagh kawe melihat seekor kucing melompat-lompat separas betis. Pada mulannya kawe sangkakan kucing itu hanya bermain-main. Secara tiba-tiba kawe tersedar bahawa kucing itu melompat-lompat seperti ayam disembelih kerana pijakan tayar kereta. Lebih kurang dua minit akhirnya kucing kawe itu menghembuskan nafas yang terakhir. Keadaannya ketika itu seperti orang yang tengah nazak, tercungap-cungap untuk bernafas.
Lalu kawe letakan bangkai di tepi pintu pagar dan terus ke masjid. Ketika sampai iqamah hampir berkumandang.
Tidak disangkan kucing yang dibelai dan didukung setiap hari mati di kaki tuannya sendiri. Ketika itu kawe teringat peristiwa Nasi goreng RM250.00 dua tahun lalu. Peristiwa di mana satu bencana yang berlaku selepas kawe melanggar seekor kucing di jalan raya.
Bukan untuk mempercayai sesuatu yang tahyul (mengikut kata orang tua kalau melanggar kucing, ada sesuatu bencana yang akan menimpa kita), tapi kawe segera mengingatkan diri agar sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu.
Kini kucing tiga beradik ini tinggal dua saja. Seperti juga yang mati hari ini, dua ekor ini juga tidak takut mati. Sebelum inipun "mereka" tidak akan lari walaupun bunyi enjin dihidupkan. "Mereka" akan terus berada di bawah perut kereta tanpa rasa takut. Sebelum ini juga kawe telah terlanggar salah seekor daripadanya. Tapi waktu itu tiada kemalangan jiwa berlaku. Hanya jeritan kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..