Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Sabtu, Mac 13, 2010

Cerita Bola: Yang lama berbisa, yang baru terkena bisa.

Pasukan Kelantan seri lagi. Pada kali ini Kelantan menentang Selangor pada aksi Liga Super, di stadium keramat Kelantan. Kehadiran penonton sememangnya sudah dijangka dari awal. Dan aksi dua pasukan yang menjadi sebutan akhir-akhir ini mengundang beberapa cerita. Antarannya mengenai tiket, kehadiran penyokong, dan juga corak persembahan kedua-dua pasukan.

Pertama sekali kawe ingin memperkatakan mengenai tiket perlawanan. Sememangna perlawanan 12 Mac malam tadi menjadi tumpuan bagi kebanyakkan peminat sukan bola sepak Malaysia amnya, dan Kelantan khususnya. Apa yang menyakitkan adalah kehabisan tiket perlawanan yang dibolot oleh ulat tiket. Harga RM12.00 di kaunter menjadi RM20.00 di tangan ulat tiruan ini. Mana silapnya? Siapa silap? Adakan pihak pengurusan pertandingan, atau silap penonton? Perkara ini telah lama berlaku, namun timbul persoalan adakah pihak pengurusan tidak mengambil iniasitif uktuk mengatasinya? Atau adakah secara sengaja pihak pengurusan mencari untung dengan bekerjasama dengan ulat-ulat ini? Hah...! Biarkanlah, jika dengan cara ini mereka mendapat rezeki. Hanya Allah yang menentukan.

Kehadiran penyokong bagi kawe tidak perlu diulas dengan panjang lebar. Memadai dengan mengatakan Stadium Sultan Muhammad iv menerima kunjungan yang amat membanggakan.

Apa yang ingin kawe suarakan adalah mengenai kemampuan pasukan yang kononnya digelar pahlawan. Sebenarnya kawe tidak suka menggunakan Red Warior atau Pahalawan Merah. Kawe lebih suka menggunakan Sang Kijang. Siapa sebenarna yang memperkenalkan istilah ini? Kadang kalanya ia mencemarkan imej pahlawan, jika terus-menerus pasukan Kelantan tidak berjaya dalam perlawanan. Namun jadikan gelaran ini sebagai perangsang untuk menjadikan pasukan Kijang ini betul-betul pahlawan.

Tahun sebelumnya pasukan Kelantan tidak pernah menghampakan setiap penyokongnya, lebih-lebih lagi di tempat sendiri. Namun tahun ini menyaksikan pasukan Kelantan sering menghampakan peminat. Tahun ini juga menyaksikan keriakkan pihak pengurusan untuk membolok semua piala yang dipertandingkan, namun itu hanyalah angan-angan. Kehilangan Kelantan pada saingan Piala FA memungkinkan Kelantan bukan lagi pasukan pilihan.

Perlawanan malam tadi berlangsung agak menarik. Pasukan tuan rumah menguasai perlawanan, namun penyudahnya hambar. Apa lagi yang pihak pengurusan ingin nyatakan alasan dengan keputusan seri malam tadi? Apa agaknya alasan pemain pada kali ini? Sokongan peminat tidak pernah berbelah bagi, namun penyudah keputusan seringkali membelah-belah hati peminat.

Jika hendak dibandingkan dengan skuad terdahulu jauh bezanya. Kini walaupun Kelantan dibarisan pemain berstatus bintang (kononnyalah), ia tidak memaidai dan tidak mengerunkan lawan. Sama seperti pasukan Real Madrid, yang mempunyai pemain-pemain berkaliber, berbakat, dan mempunyai kemahiran yang tinggi, namun ia tidak menjamin kepuasan dan kemenangan yang hakiki.

Wahai pihak pengurusan, wahai pemain, tunjukkanlah kesungguhan anda sebagai mana penyokong yang terus menerus menunjukkan kesungguhan. Buktikan bahawa andalah pahlawan. Bukan pahlawan hanya pada nama, namun di padang, pada keputusan perlawanan.

Penyokong akan terus bersama anda selagi anda menghargai penyokong.. Kawe sayangkan pasukan Red Wariors...

Semoga perlawanan akan datang akan mendatangkan hasil yang mengembirakan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..