Sebahagian penyokong dalam SSMIV |
Kelantan (1) vs (0) JDT
... Sementara itu di Kelantan ribuan penyokong tidak mahu ketinggalan merasai suasana gamat stadium. Empat skrin raksasa disediakan dalam Stadium Sultan Muhammad iv. Cuma yang pedihnya tengok skrin pun kena bayar tiket. Supo cis. HotLink mensyaratkan mesti membeli pas masuk berharga RM5.00, atau membeli kad prabayar RM10.00 (dapat 1 tiket masuk). Siap ada tukang check tiket lagi di pintu masuk. Setelah game bermula dalam 5 - 10 minit, penyokong yang masih berada di luar buleh pula masuk percuma. Emm..waktu ni tiket habis, untung dah dapat. Bulehlah lepas masuk. Cis. Ehh...pantang nampak duit mulalah nak buat untung. Kononnyo tiket cabutan bertuah. Masa Happy jadi penaja tahun lepas takde macam ni, bila PanasLink jadi penaja semuanya jadi perniagaan.. Huk aloh.. Agak-agaknya duit tiket tu untuk bayar sewa stadium ke? Atau untuk bayar kat abang, kakak, makcik, pakcik yang sapu, kutip sampah dalam stadium selepas tamat perlawanan? Heeee...!! Atau adakah ini juga suatu kerjasama di antara HotLink dengan KAFA?!!!
Dalam SSMIV |
Kaunter tiket di perkarangan SSMIV
Lagi gambar: Final FA Cup 2013 di Kota Bharu
|
.........................................................................
Kelantan pertahan kejuaraan
KUALA LUMPUR - Kelantan membuktikan masih merupakan gergasi bola sepak negara selepas berjaya mempertahankan Piala FA yang dimenangi tahun lalu dengan menumbangkan Johor Darul Takzim 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Jaringan tunggal Mohd. Nor Farhan Muhammad pada minit ke-16 kekal sehingga ke akhir perlawanan tanpa dapat dicabar Johor DT.
Kejuaraan itu adalah yang kedua berturut-turut buat Kelantan dalam saingan Piala FA yang mula diperkenalkan sejak tahun 1990.
Sementara impian Johor DT untuk mengulangi pencapaian Johor pada tahun 1998 tidak kesampaian di samping gagal muncul kelab pertama memenangi trofi berkenaan.
Di hadapan 90,000 penonton dengan kehadiran penyokong yang seimbang antara kedua-dua pasukan, kegagahan The Red Warriors jelas terlalu sukar dicabar oleh Harimau Selatan dengan penguasaan mutlak dipamerkan bahagian tengah diketuai Mohd. Badhri Mohd. Radzi.
Serangan-serangan pantas yang diterapkan jurulatih, Bojan Hodak membuatkan Johor DT bagaikan hilang punca untuk bangkit.
Badhri dan Nor Farhan jelas menjadi duri dalam daging kepada pertahanan Johor DT yang kehilangan Mohd. Aidil Zafuan, malah Kamarul Afiq Kamaruddin serta Ahmad Tharmini Saiban tidak senang duduk berdepan kesukaran mengawal pergerakan licik Dickson Nwakaeme.
Segalanya serba tidak menjadi buat Johor DT sejak awal permainan lagi, malah percaturan Fandi Ahmad mempertaruhkan Safiq Rahim di bahagian tengah sia-sia apabila ketua pasukan kebangsaan itu langsung tidak menghadirkan sebarang impak dan dikeluarkan sebaik sahaja bersambung babak kedua.
Tiada kelibat pemain import Argentina, Leonel Nunez dipertaruhkan pada permulaan perlawanan, sebaliknya Fandi Ahmad memilih Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha menerajui barisan hadapan.
Penguasaan penuh The Red Warriors pada 45 minit pertama dengan sekurang-kurangnya tujuh peluang diperoleh melalui gerakan oleh Ahmad Fakri Saarani, namun disia-siakan.
Gol yang dicari-cari oleh Kelantan akhirnya menjelma menerusi hantaran bijak Badhri yang menghidu ruang kosong kedudukan Mohd. Nor Farhan Muhammad sebelum rembatan leretnya gagal diselamatkan oleh Muhd. Al-Hafiz Hamzah pada minit ke-16.
Johor DT bagaikan seolah-olah tidak beraksi pada separuh masa pertama ketika Fandi sudah terpaksa mengeluarkan Safee pada minit ke-18 dan Andrezinho, 19 minit kemudian kerana mendapat kecederaan.
Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang banyak berehat akhirnya terpaksa bertungkus lumus pada 30 minit terakhir permainan melalui hantaran-hantaran silang yang dicipta oleh K. Thanaraj serta Nurul Azwan Roya ketika momentum The Red Warriors sedikit menurun.
Dua sepakan percuma yang diperolehi oleh Nunez pada minit ke-78 dan 82 juga gagal memberi impak apabila gagal menepati sasaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..