..........................................................................
Jaringan tunggal Ghaddar menjulang Kelantan sebagai juara baru Piala FA
Buru Liga Super
SELEPAS berjaya menjulang Piala FA, Kelantan kini berhajat memburu gelaran Liga Super pula.
Demikian tegas kapten The Red Warriors, Mohd. Badhri Radzi selepas membantu pasukannya meraih ge laran juara Piala FA malam kelmarin.
Menurutnya, untuk mempertahankan gelaran juara Liga Super, dia mahu rakan-rakan sepasukan memberikan tumpuan penuh pada aksi liga selepas ini.
Pada final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, Kelantan menewaskan Sime Darby 1-0 menerusi sepakan penalti penyerang importnya, Muhamad Ghaddar pada minit ke-58.
Badhri mahu kemenangan tersebut akan menjadi motivasi terbaik buat mereka untuk meneruskan aksi cemerlang dalam saingan Liga Super.
“Kami puas apabila berjaya menjulang Piala FA pada edisi tahun ini. Ia merupakan sasaran utama kami terutama selepas gagal dalam dua percubaan sebelum ini.
“Kami mahu menghadiahkan kemenangan ini kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang begitu banyak memberikan sokongan kepada kami.
“Namun, kami tidak boleh leka selepas muncul juara Piala FA, sebaliknya kami harus meneruskan kerja keras bagi mengekalkan momentum ini untuk mempertahankan status sebagai juara Liga Super,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.
Pada dua penampilan di pentas akhir Piala FA sebelum ini, Kelantan dikecewakan Selangor pada 2009 yang menyaksikan mereka tewas selepas penentuan sepakan penalti.
Pada musim lalu pula, mereka dikecewakan oleh Terengganu pada perlawanan akhir.
“Ini sejarah baharu buat pasukan Kelantan. Memang puas selepas impian menjulang Piala FA sudah tercapai dan ia cukup bermakna kepada semua pemain,” katanya.
................................................
Lagi berita ...
“Pemain saya telah memberikan komitmen penuh, memang ada yang kata hambar, ada yang kata membosankan, saya sendiri kata bosan, tapi pada aksi final ini selalunya terjadi. Yang penting satu sasaran kita sudah tercapai, ada ketika saya pening melihat beberapa percaturan saya terjejas dek kecederaan dialami Subra dan Daudsu, yang penting ini kejayaan berpasukan, semua telah menunjukkan kesungguhan..” Berita lanjut Kelantan catat sejarah baru bola sepak tanah air.
"KELANTAN muncul juara Piala FA selepas menewaskan Sime Darby 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Penyerang import, Muhamad Ghaddar muncul watak utama di sebalik kejayaan manis Kelantan itu apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-59 menerusi sepakan penalti.
Sepakan penalti itu berpunca selepas tonggak pertahanan Sime Darby, menolak pemain Kelantan, Obinna Nwaneri dalam kotak penalti." Lagi berita Piala FA akhirnya milik Kelantan.
"KUALA LUMPUR - Setelah dua kali kecewa, penyokong The Red Warriors pulang dengan kegembiraan dari Stadium Nasional Bukit Jalil apabila Kelantan seperti diramal muncul juara Piala FA 2012 menewaskan Sime Darby 1-0, semalam.
Kelantan mengesahkan trofi yang tidak pernah mereka miliki hasil sepakan penalti penyerang import dari Lebanon, Mohammed Ghaddar pada minit ke-58." Lagi berita Kelantan juara
"KUALA LUMPUR - Penyokong Kelantan menawan Stadium Nasional apabila lebih separuh daripada 85,000 tempat duduk pada perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby semalam dikuasai penyokong Red Warriors.
Daripada jumlah tersebut, di anggarkan lebih 65,000 adalah penyokong Kelantan, manakala selebihnya penyokong Sime Darby." Lagi berita Dominasi penyokong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..