Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Rabu, Mei 26, 2010

Annuar belum pasti bertanding






PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa masih memikirkan sama ada untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bagaimanapun, beliau tidak mahu membuat sebarang kenyataan awal berhubung pendiriannya kerana ia dikhuatiri boleh menimbulkan andaian atau kontroversi.

"Saya tidak mahu 'politiking' dalam bidang sukan seperti ini, biar badan-badan gabungan dalam FAM yang membuat keputusan untuk memilih pemimpin mereka," katanya di Kota Bharu semalam.

Sebelum ini, timbul desas-desus bahawa Timbalan Presiden FAM sekarang, Khairy Jamaluddin tidak akan mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan FAM bulan depan.

Satu lagi jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad.

Menurut sumber, bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berminat untuk mengisi satu daripada jawatan itu dan berharap dapat berganding dengan Annuar.

Annuar berkata bahawa pada kebiasaannya, sebulan sebelum kongres, pihak pengurusan akan menghantar surat pengesahan kepada seseorang calon yang akan bertanding jawatan dalam persatuan sama ada menerima atau sebaliknya.

"Setakat ini, saya belum ada apa- apa yang perlu dikomen. Saya juga tidak suka orang bercakap atas andaian semata-mata," katanya. - Bernama

Kosmo! 26 Mei 2010

Selasa, Mei 25, 2010

cerita bola; Sathia waspada ancaman Kedah

Oleh YATIMIN ABDULLAH
 

AZIZI (depan) akan tetap dipertanggungjawabkan mengemudi pertahanan Kelantan pada aksi menentang Kedah malam ini.



"JANGAN pandang mudah aksi menentang Kedah."

Demikian peringatan jurulatih Kelantan, B. Sathianathan kepada anak-anak buahnya menjelang pertemuan menentang skuad Hijau Kuning itu pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.

Menurut Sathianathan, Kedah pernah menewaskan Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Muhammed IV pada perlawanan pusingan pertama awal Januari lalu.

Begitupun, dengan nada bersemangat, bekas jurulatih kebangsaan itu tetap mengidamkan tiga mata penuh dalam usahanya untuk menghambat Selangor yang kini selesa menerajui persada liga.

"Perlawanan malam esok (malam ini) amat penting, saya harap mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya.

"Lupakan aksi lawan Perlis Sabtu lalu terutama aksi babak kedua. Pemain perlu sedar jika kesilapan lalu berulang ia pasti boleh mengundang padah buat pasukan," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, moral pemain sudah kembali ke tahap asal dan beliau berkemungkinan akan membuat sedikit rombakan bagi memperkemaskan lagi pasukannya.

Dalam pada itu jelasnya, beliau tetap akan menggunakan khidmat pertahanan kental, Azizi Mat Rose untuk perlawanan ini.

"Azizi akan bermain seperti biasa. Saya yakin dia mampu mempamerkan aksi yang terbaik pada perlawanan malam esok (malam ini).

"Khidmat Azizi sememangnya ditagih dan dia adalah salah seorang watak penting yang memperkuatkan barisan pertahanan," ujarnya.

Diminta mengulas mengenai seteru utamanya Selangor, Sathia menjejaskan, beliau tidak akan mengambil tahu perkembangan pasukan lawannya itu.

"Saya memberitahu pemain, mereka tidak perlu fikirkan pasal Selangor, main seperti biasa dan tumpukan pada perlawanan kita sahaja," katanya.

Isnin, Mei 24, 2010

Kelantan menang, tetapi Sathia kecewa

KOTA BHARU - Walaupun Kelantan berjaya menundukkan Perlis 2-1 dalam saingan Liga Super kelmarin, namun pretasi pasukan itu di Stadium Sultan Muhammed IV jauh daripada memuaskan jurulatihnya, B. Sathianathan.
 
Kata Sathia, pasukannya bernasib baik memenangi perlawanan tersebut, meskipun beraksi buruk, terutama pada babak kedua. 

Menurut Sathia, anak-anak buahnya bagaikan hilang punca pada separuh akhir apabila mudah terlepas bola setiap kali diasak lawan.

"Kalau macam nilah kita main (separuh masa kedua), lupakan sahaja hasrat mencabar kejuaraan musim ini. Bagi saya ia aksi yang cukup teruk.

"Kalau mahu menang dengan Kedah, kita kena lupakan aksi ini dan kembali fokus barulah kita ada peluang di Darul Aman," katanya.

Ditanya kenapa dia mengeluarkan pemain pertahanan kental, Azizi Mat Rose, Sathia menjelaskan keputusan tersebut wajar terutama ketika pemain-pemainnya seakan-akan hilang fokus terutama babak kedua.

"Saya tahu ramai yang tidak setuju dengan tindakan tersebut. Sebagai jurulatih saya tahu apa yang patut dilakukan demi untuk kebaikan pasukan.

"Kalau seseorang pemain itu tidak mampu beraksi dengan baik kita perlu keluarkan untuk memberi peluang kepada pemain lain,'' ujarnya.

Tambahnya lagi, keputusan mengeluarkan Azizi dibuat selepas mendapati pemain tersebut keletihan serta tidak beraksi seperti biasa ketika ditugaskan menjaga pemain pelawat.

"Protes yang ditunjukkan mungkin suatu yang baik kerana ia menunjukkan seseorang pemain itu sentiasa ingin bermain.

"Tetapi semalam saya nampak dia (Azizi), tak main seperti biasa, mungkin keletihan kerana sudah beraksi dalam 16 perlawanan.

"Dia juga sudah menemui saya dan meminta maaf selepas perlawanan dan saya harap ia tidak akan menjejaskan persiapan kita untuk menentang Kedah Selasa ini (esok)," ujarnya.

Pada perlawanan itu, Kelantan yang dibantu sorakan hampir 25,000 penyokong mempamer aksi bertenaga apabila memperoleh gol pertama pada minit ke-29 menerusi peledak sensasi kebangsaan, Nor Shahrul Idlan Talha selepas berjaya menyempurnakan sepakan penalti.

Pada minit ke S. Chanturu kembali menggamatkan suasana Stadium Sultan Muhammad IV apabila menjaringkan gol ke dua tuan rumah pada minit ke-34.

Gol sagu hati pelawat diperoleh melalui Wan Khairul Faiz Kamaruddin minit ke-49.

Dengan kemenangan ini, Kelantan terus menghambat Selangor yang dibezakan dengan enam mata saja.

Utusan Malaysia 24 Mei 2010

Kelantan makin ganas


KELANTAN meneruskan aksi cemerlang apabila terus mengejar pendahulu Liga Super, Selangor selepas membenam cabaran Perlis 2-1 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Di sebalik gegak gempita teriakan penyokong yang meraikan kejayaan tersebut, sedikit kontro- versi berlaku apabila segelintir penyokong berang dengan tindakan jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengeluarkan pertahanan kental, Azizi Mat Rose.

Pemain berkenaan dikeluarkan ketika perlawanan berbaki 20 minit dan dia ternyata berang apabila memprotes keputusan tersebut dengan membaling baju yang dipakainya sambil menjerit tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

Dia kemudian digantikan dengan Rizal Fahmi Rosid.

Sathiantahan ketika dihubungi semalam mempertahankan tindakan tersebut dan menyifatkan keputusan mengeluarkan Azizi sebagai keputusan terbaik untuk pasukan terutama ketika pemain- pemain Kelantan seperti hilang fokus pada babak kedua permainan.

"Sebagai jurulatih saya perlu adil. Kalau seseorang pemain itu tidak mampu beraksi dengan baik, kita perlu keluarkan untuk memberi peluang kepada pemain lain. Saya jurulatih, saya perlu buat keputusan. Kalau saya nak ikut kehendak penyokong, susahlah.

"Dalam pasukan Kelantan, tiada pemain yang boleh cakap dia akan diturunkan dalam semua perlawanan dan akan bermain sepenuh masa. Jika mereka tidak bekerja di atas padang, dia akan dikeluarkan, itu adalah suatu yang pasti," katanya.

Tambahnya, keputusannya mengeluarkan Azizi dibuat selepas mendapati pemain tersebut tidak beraksi seperti biasa dan keletihan serta tidak konsisten ketika ditugaskan menjaga pemain Perlis.

"Protes yang ditunjukkan mungkin suatu yang baik kerana ia menunjukkan seseorang pemain itu sentiasa ingin bermain. Tetapi semalam saya nampak dia (Azizi) tak bermain seperti biasa, mungkin keletihan kerana sudah beraksi dalam 16 perlawanan.

"Dia juga sudah menemui saya dan meminta maaf selepas perlawanan dan saya harap ia tidak akan menjejaskan persiapan kita untuk menentang Kedah, Selasa ini (esok)," ujarnya.

Dalam pada itu, Sathia jelas tidak berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan anak-anak buahnya terutama pada separuh masa kedua apabila mereka seperti hilang punca dan sering diasak pemain Perlis.

"Kalau kita main macam separuh masa kedua semalam (malam kelmarin), lupakan sahaja hasrat untuk mencabar Selangor atau menang Liga Super. Ia adalah suatu aksi yang sangat teruk.

"Saya harap para pemain dapat melupakan segera aksi tersebut dan fokus kini adalah untuk menang ketika menentang Kedah dan saya yakin kita masih mempunyai peluang tersebut," jelasnya.

Sedikit hal Piala Thomas
Salahkan media pandangan cetek
Masa gilap pemain pelapis badminton
Barisan kedua Selangor dipuji
Pafa ibarat telur di hujung tanduk 

Khamis, Mei 20, 2010

Cerita politik tidak pernah sunyi

Mana-mana negara tidak pernah sunyi dengan cerita politik. Begitu juga dengan Malaysia. Dalam tahun ini sahaja pelbagai cerita wujud dan hangat diperkatakan. Dan dalam cerita politik ini juga terselit cerita-cerita sampingan yang turut menghiasi cerita utama.

Antara cerita sampinagn hebat yang diperkatakan adalah mengenai kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - Saiful Bukhari, kes tajaan haji Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, isu penggunaan nama "Allah", dan macam-macam lagi. Yang terbaru adalah isu lesen judi dan penyerahan kawasan minyak Blok L dan M kepada Brunei.

Dalam proses dua Pilihan Raya Kecil yang terkini pula tercetus pelbagai isu yang dijadikan modal kempen bagi parti bertanding.

Walauapun situasi atau cerita yang terkandung kita seharusnya tidak menjadikan ia sebagai pencetus perpecahan masyarakat.

Tengok ni;

“Abuya tidak mati, kini di Gua Ashabul Kahfi”

SHAH ALAM - Seorang bekas pengikut yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Ubaidah mendedahkan, beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang yang paling rapat dengan Abuya mengatakan bekas pemimpin al-Arqam itu kini berada di Gua Ashabul Kahfi.

SMS yang dihantar tertera: “Abuya tak mati. Kalau kuburnya dibongkar sekarang mayat abuya tak ada. Abuya sekarang ada di gua ashabul kahfi. Dia akan bangun berjuang bila nak daulah nnti. Tunggulah arahan2 abuya..yg akan disampaikan kpd ummu dari masa ke masa. Abuya...dikatakan tak mengembuskan nafas terakhir. Dia masih hidup.....”

Beliau yakin, pengikut yang taksub dengan Abuya yang menerima SMS itu pasti percaya bahawa pemimpin yang mereka agungkan itu tidak meninggal dunia dan masih hidup untuk meneruskan perjuangan Al-Arqam.

“Orang yang paling rapat dengan Abuya memainkan peranan bagi memastikan pengikut yang ada tidak lari dan menyatakan Ashaari sebagai Pemuda Bani Tamim (pembantu Imam Mahadi).

Beliau berkata, pengikut Al-Arqam juga mengadakan konsert di Rawang dengan tema, Pulanglah Abuya dengan mempersembahkan satu pentomin roh Abuya datang membantu mereka dan berada di alam ghaib.

“Ketaksuban pengikut Al-Arqam, menunjukkan mereka hilang pertimbangan agama sedangkan Khatijah Am hanya berjuang untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Seorang lagi bekas pengikut yang tidak mahu identiti dikenali berkata, mereka terlalu taksub menganggap Ashaari tidak mati dan berada di ‘dunia ghaib’.

“Berpijak di bumi yang nyata untuk menerima hakikat Allahyarham Ashaari telah meninggal dunia pada 13 Mei lalu," katanya. 
Sinar Harian.

Pengikut taksub 
Abuya kembali