Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Sabtu, Januari 21, 2012

Cerita bola 2012: Kelantan 3 - 0 Kedah

Cukup dramatik dan mengembirakan apabila Kedah dijinakan di laman sendiri dengan jaringan 3 tanpa balas. Misi Kedah malam semalam adalah memecah rekod sendiri dengan sekurang-kurangnya satu gol untuk musim ini. Dengan rekod tanpa sebarang gol sepanjang  tiga perlawanan Kedah menanti Kelantan dengan penuh tekanan. Tapi segalanya tampak tidak menjadi apabila dinafikan Kelantan.

Lebih memeritkan gol ketiga Kelantan hadir setelah satu tindakan pantas Antwie memperdayakan Helmi Heliza. "Pada masa kecederaan, kesilapan ‘bodoh’ Helmi Eliza yang cuba menggelecek Antwi dihukum pemain import dari Ghana itu yang mudah menolak bola ke gawang terbuka untuk gol ketiga Kelantan", www.bharian.com.my. Lebih malang menimpa Kedah apabila ada sekumpulan menyokong bertindak agak agresif supaya sesetengah individi dalam KFA meletak jawatan kerana gagal membantu Kedah pada awal musim ini.

Penyerang Kelantan, M.Ghaddar yang kurang disenangi oleh sebahagian penyokong Kelantan menjadi pembakar semangat pasukan apabila menjaringan gol menerusi sepakan penalti. Untuk rekod, Ghaddar telah menjaringkan gol pertama ketika pertemuan dengan Lions, juga menerusi sepakan penalti. Dan jaringan ini jaringan kedua buat dirinya. Persoalannya, adakah Ghaddar hanya boleh menjaringkan gol menerusi penalti saja? Ini kerana Ghaddar telah mensia-siakan banyak peluang yang terhidang. Namun ada perubahan pada persembahan Ghaddar pada perlawanan ini. Tiga perlawanan sebelum ini Ghaddar dilihar gagal menyerlah.

Setelah terdengar desas desus kemungkinan import Kelantan akan digugurkan kerana aksi hambar, Dennis Atwi dan Ghaddar dilihat berhempas pulas untuk mempamerkan aksi terbaik. Dan malam semalam adalah aksi terbaik setelah mengharungi empat perlawanan.

Gol pertama hadir setelah MatYo dijatuhkan oleh Fauzie Nan dalam kota penalti. Ghaddar menyempurnakan sepakan penalti. Pujian juga buat Piya yang membuat hantaran kepada Mat Yo.

Giliran MatYo menjaringkan gol kedua Kelantan, dan ketiga peribadi MatYo dalam empat perlawanan. Antwi yang bijak membuat hantaran memerangkap pertahanan Kedah termasuk Helmi Eliza.

Giliran Antwi mencatat nama sebagai penjaring gol ketiga. Ini gol pertama Antwi musim ini. Kesungguhannya mengejar bola daripada ditendang Helmi akhirnya membuahkan hasil. Sebelum itu tandukan kebelakang oleh Farhan menjadi pencetus kepada jaringan menarik ini.

Gol ketiga Kelantan mengingatkan kita kepada Syed Adney Syed Hussien. Seakan sama benar. Jaringan Azlan Ismail ketika itu cukup mengecewakan penyokong Kelantan. Kini Azlan Ismail bersama Kelantan dan Adney bersama Sabah. Untuk bayangan lebih lanjut sila klik Jaringan mudah Azlan Ismail.

Tinggal kenangan. Gol "menarik" Azlan, 19 Januari 2010. Ini juga menjadi pencetus kepada media untuk terus menyerang penyokong Kelantan yang dilabelkan sebagai tidak bertamadun.

Ini juga satu tindakan bodoh dan tidak profesional seorang pemain. Melepaskan geram dan kecewa dengan memijak lawan. Ghaddar tidak membuat protes walaupun dipijak. Mungkin kerana masalah komunikasi, Ghaddar terpaksa berdiam diri. Pengadil perlawanan pula "membenarkan" tindakan V Thirumurugan itu.

Rangkuman ringkas Zainal dan Yusri
...............................................................
Di luar padang ...
Tindakan protes penyokong
............................................

Cerita bola: Rizal Hashim tegur Annuar Musa atau Sultan Muhammad V??


Surat buat FAM dan kawasan sekitarnya

Kepada tetuan di Wisma FAM,


Sebagai pengikut setia bola sepak tempatan lebih 30 tahun, 20 tahu daripadanya selaku wartawan, pengkritik dan penganalisis, saya terpanggil untuk memberi pendapat dua sen saya berhubung beberapa siri kontroversi yang melingkari FAM dan bola sepak tempatan secara amnya.

Sejak kebelakangan ini, kontroversi di FAM seolah-olah tidak bertepi. Yang terbaru, isu Terengganu dan surat pekeliling bertarikh 23 Disember 2011 berhubung tarikh tamat pendaftaran pemain import sehingga membawa kepada ugutan saman daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT). Ini belum sentuh premium insurans yang lewat dibayar tahun lalu.

Ini membawa kepada persoalan - wajar atau tidak jika perjalanan Liga M dikendalikan sepenuhnya satu badan bebas dianggotai ahli profesional dalam mengatur jadual perlawanan dan mengurus liga?

Atau kalau ikut perlembagaan FAM sekarang, jawatankuasa pertandingan kekal diberi kuasa menganjur dan menentukan hala tuju Liga M tetapi pengerusinya bukan seorang pemegang jawatan yang aktif di peringkat negeri?

Opsyen pertama menuntut kehadiran petugas sepenuh masa yang mencanai idea dan melaksana dasar agar liga berjalan lancar. Opsyen kedua merelakan sukarelawan untuk menentukan hidup mati liga.

Datuk Hamidin Mohd Amin (yang sudi menjemput saya secara peribadi ke majlis ramah mesra dan hari keluarga di FAM Ahad lalu) setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), sekali gus mencetus satu persepsi ada konflik kepentingan dalam merangka dasar dan membuat keputusan. Betul dan cekap macam manapun dia dalam mempengerusi mesyuarat yang menentukan peraturan Liga M, puak pembangkang luar kelompok mesyuarat mesti mahu pertikai keputusan dan sentiasa mencari kelemahan atau konflik kepentingan membabitkan Selangor.

Masih teringat zaman Datuk Redzuan Sheikh Ahmad dan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar jadi pengerusi jawatankuasa pertandingan. Memanglah timbul pelbagai isu tetapi tiada masalah typo error. Yang penting, mereka tidak pegang jawatan di peringkat negeri! Apapun, baca artikel ini. Mungkin FAM juga perlu perkasakan jabatan pertandingan agar sekretariat tidak terus-terusan menanggung persepsi negatif!

Ugutan Terengganu untuk menarik diri daripada Liga Super dan menyaman FAM pula sekadar menampakkan ada lagi puak yang kurang arif. Ketika jawatankuasa pertandingan diterajui Che Mat Jusoh, pun banyak isu timbul.

Politikus macam Ahmad Said nyata tidak faham senario bola sepak dunia, apalagi tidak diberi nasihat yang betul oleh Che Mat Jusoh dan pegawai lain. Apa mahu takut, ini bola sepak, bukan gelanggang politik. Kalau salah tolong tunjukkan! Kalau politik, sudah kena cantas. Baca ahli bersekutu boleh saman

Dalam peraturan FIFA (walaupun FIFA pun tunggang-langgang dari segi moral), proses aduan satu ahli gabungan terhadap persekutuan memakan masa panjang dan mengikut prosedur tertentu, termasuk timbang tara. Apapun, baca artikel ini

Dalam pada itu, Tan Sri Annuar Musa, pengerusi MSL Sdn Bhd, berdegar-degar mahu perubahan tetapi perkara asas seperti sepak mula perlawanan membabitkan Kelantan dengan Selangor PKNS ditangguh sehingga 9.18 malam semata-mata menunggu kehadiran Sultan Kelantan. Eh mana punya undang-undang ini? Takkan Tan Sri tengok saja dan relakan?

Dengar khabar pula Annuar dan KAFA dipulau media di Kelantan. Kasihan kawan-kawan media di Kota Bharu. Khabarnya mereka diberi layanan acuh tidak acuh. Mereka sekadar "happy" buat liputan Peter Butler dan skuad TRW saja.

Tiada siapa dapat nafikan Kelantan antara punca bola sepak Malaysia kembali meriah tetapi kejayaan itu harus diurus dengan baik dan profesional agar satu lonjakan besar dapat dilakukan.

Berbalik kepada isu FAM-Terengganu, sebenarnya, FAM silap, PBSNT pun silap. Kalau FAM tersilap tulis, mana-mana ahli gabungan tak pasti atau yakin, apa salahnya kirim SMS, telefon, hantar private message menerusi media sosial, betulkah ini tarikhnya? Bila tarikh tutup pendaftaran? Adakah dilanjutkan? Piala AFC atau Liga Super?

Untuk golongan yang menjerit mahu perubahan, kita harus jadi contoh pembawa transformasi dan bukan penghasut yang mengamalkan pendekatan populist!

Selagi FAM dikendalikan secara cacamarba sebegini, kurangnya budi bicara dan kurangnya lelaki budiman sezaman Kwok Kin Keng, Lim Kee Siong, Koe Ewe Teik dan Teoh Chye Hin (generasi facebook tak kenal empat nama ini), selagi itulah drama bola sepak Malaysia berkisar sekitar skrip yang sama. Pelakonnya dari 70-an memang berbeza tetapi perwatakan sesetengah pelakon baru kekal bersifat memperjuang kepentingan  peribadi. Selagi keputusan dibuat jawatankuasa tanpa mendapat nasihat yang profesional daripada kakitangan sepenuh masa, skrip yang sama akan berulang 20 tahun dari sekarang.

Tidak lama selepas Malaysia menjulang Piala AFF, saya tulis dalam akhbar Rembat Kosmo!, akhbar yang masih berhutang dengan saya berpuluh ribu ringgit dengan jutaan alasan (harap bosnya tolong settle, tak settle adalah caranya), mengurus kejayaan. Usahlah kejayaan di peringkat serantau menyembunyikan pelbagai kelemahan dalam FAM.

Saya, seperti biasa dan tanpa jemu tetapi sekadar tersenyum sinis, menjadi penonton setia!

Yang tak pernah bosan,

(Juri antarabangsa FIFA Ballon d'Or)
................................................................
Kelantan 1 - 1 PKNS

Kawe nok ghoyat sikit:
Tidak semena-mena pengamal media yang juga wartawan dan blogger sukan yang diberi nama Rizal Hashim menjadi popular di kalangan penyokong Kelantan.

Ini ekoran kenyataan dalam entri blognya yang dipetik sebagai "Dalam pada itu, Tan Sri Annuar Musa, pengerusi MSL Sdn Bhd, berdegar-degar mahu perubahan tetapi perkara asas seperti sepak mula perlawanan membabitkan Kelantan dengan Selangor PKNS ditangguh sehingga 9.18 malam semata-mata menunggu kehadiran Sultan Kelantan. Eh mana punya undang-undang ini? Takkan Tan Sri tengok saja dan relakan?"

Lantas tuan punya badan menjawab seperti berikut, "Rizalhashim dlm blognya mengkritik saya tentang kelewatan sepakmula kel vs pkns kerana menunggu keberangkatan tiba DYMM AL SULTAN..bg saya keberangkatan DYMM SULTAN ADALAH SATU PENGHORMATAN AMAT TINGGI..ALSULTAN ADALAH TIMBALAN YG DIPERTUAN AGONG..SAYA BANGGA DGN SULTAN SAYA..DYMM ALSULTAN BYK BERI DORONGAN KPD SAYA DAN KAFA.MALAH DYMM PERKENAN USAHA KAFA BINA STADIUM DI KB DAN DYTM TG MAHKOTA MENAUNGI ARMY DAN KAFA..KELEWATAN ITU WALAU ADA NEGATIVENYA NAMUN KEBERANGKATAN TUANKU LEBIH BESAR DAN BERERTI BUAT BOLASEPAK..HIDUP BIAR BERADAT..ALSULTAN RAJA KITA!!", dalam laman facebooknya (klik Tan Sri Annuar Musa).
Tan Sri Annuar dan Sultan Muhammad V
Kemudian disusuli dengan (klikkenyataan kedua, Tan Sri Annuar Musa berkata, "Kalau ada yg salah atas kelewatan sepakmula ADALAH SALAH SAYA kerana TUANKU tidak titahkan supaya dilambatkan..namun saya diberitau TUANKU mau solat dulu..MAKA ANTARA ALSULTAN,SOLAT DAN PROTOKOL BOLA,yg mana nak didulukan?SAYA MEMILIH UTK MENGHORMATI SULTAN SAYA DAN SOLATNYA..lagi pun kalau ALSULTAN boleh memberi penghormatan pd bola dgn mencemar duli tanpa PROTOKOL(yg jarang di buat mana2 sultan)TAK BOLEHKAH PENGANJUR BOLA BERI PENGHORMATAN PD SULTAN???"

Di sini timbul persoalan kepada siapa saudara Rizal tujukan? Adakah kepada Annuar Musa? Atau kepada Tuanku Sultan Muhammad V? Adakah kerana terlewat mencemar duli menyebabkan program sepak mula tergendala sampai ke tengah malam?

Walau apapun kawe pasti saudara Rizal ada alasannya. Tapi sebagai rakyat Tuanku Sultan Muhammad V, kawe benar-benar 'tabik spring" kepada tuanku. Pertama kerana tuanku sanggup datang. Kedua, tuanku  tiba lewat kerana terlebih dulu menunaikan solat Isyak.

Selepas ini apa agaknya yang akan dilakukan oleh saudara Rizal terhadap respon Presiden KAFA yang juga merupakan rakyat tuanku Muhammad V? Adakah dia akan mempertahankan kenyataannya? Adakah dia akan memohon maaf? Adakah? Sama-samalah kita nantikan ...
.......................................................
Sultan Muhammad V, baginda raja, baginda imam
........................................
Baca ini juga: Sultan Muhammad Kelima

Jumaat, Januari 20, 2012

Cerita bola: Sebelum sepak mula Kedah vs Kelantan, 2012


Hapus badi di Stadium Darul Aman





Mohd. Badhri Radzhi (kanan) tidak mahu pemain Kelantan alpa apabila berdepan Kedah pada pertembungan Liga Super hari ini.



KOTA BHARU - Ketua pasukan Red Warriors, Mohd. Badhri Radzhi atau Piya menuntut rakan sepasukan mempamerkan semangat juang yang tinggi bagi memastikan tiga mata apabila berdepan Kedah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman hari ini.

Menurutnya, sebagai penyandang juara Liga Super, Red Warriors tidak boleh tercicir mata sebaliknya perlu konsisten jika mahu mengatasi pendahulu liga, T-Team.

"Kita bertandang ke sana dengan misi yang cukup jelas. Bukan untuk seri, tetapi kemenangan yang kita mahukan. Tidak kira siapa yang diturunkan oleh jurulatih, semua pemain perlu bermain mati-matian bagi memburu tiga mata penuh.

"Saya percaya semua pemain berada dalam situasi yang cukup baik ketika ini, selepas menewaskan Johor FC 2-1 tempoh hari.

"Gandingan Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha), Mohammed Ghaddar dan Indra Putra Mahyuddin yang semakin berbisa menjadi taruhan kami esok (hari ini)," katanya di sini, semalam.

Tambahnya, selain tiga mata, dia mahu rakan-rakan sepasukannya menghapuskan badi kegagalan untuk mencipta kemenangan di stadium berkenaan.

"Rekod pertemuan kami dengan Kedah di Stadium Darul Aman sejak dua musim lalu sentiasa memihak kepada pasukan tuan rumah.

"Jadi saya fikir pertemuan ini merupakan kesempatan terbaik bagi kami untuk menamatkan badi kesukaran mencipta kemenangan di sana," ujarnya.

Bagaimanapun, perancang tengah Kelantan itu mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak memandang rendah perlawanan hari ini, biarpun Kedah tidak begitu konsisten dalam beberapa perlawanan terakhir mereka.

"Kita tahu semangat pemain Kedah sedikit terjejas setelah gagal mencipta kemenangan dan menjaringkan gol dalam tiga perlawanan lalu. Tapi itu masalah mereka dan saya percaya kita harus lebih waspada dengan kebangkitan pemain Kedah.

"Mereka masih ada Baddrol Bakhtiar, Mohd. Khyril Muhymeen dan Amar (Rohidan) yang masih boleh mengimbangi kekuatan pasukan meskipun aksi dua pemain import Brazil, Danilo Rafael Dos Santos dan Daniel Soares Neves nyata kurang menjadi setakat ini," ujarnya.
...........................................................
Dari: http://www.utusan.com.my (20 Januari 2012)
............................................................

Tiada tekanan di tempat lawan: Daudsu
Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
bhsukan@bharian.com.my
2012/01/20

AKSI Daudsu (kiri) ketika menentang Johor FC.

AKSI Daudsu (kiri) ketika menentang Johor FC.
Sedia bawa pulang tiga mata 

PERTAHANAN Kelantan, Daudsu Jamaluddin mahu memastikan benteng The Red Warriors tidak bolos apabila berdepan cabaran Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, di Alor Setar, malam ini.

Pemain 29 tahun dari Kampung Air Puteh, Kota Bharu itu mengajak rakan sepasukan memastikan tiga mata dibawa pulang dari gelanggang lawan bagi mengukuhkan cengkaman selepas berkongsi tujuh mata dengan T-Team di puncak liga.
“Kami akui gawang Kelantan bolos dalam setiap perlawanan tetapi malam esok (malam ini), kami akan cuba menangkis serangan lawan dan mengelakkan daripada dibolosi, selain mahu menang di tempat lawan,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Daudsu berkata, dia tidak menghadapi masalah beraksi di gelanggang lawan, malah menganggap situasi itu satu cabaran yang perlu ditempuhi. 

“Kita sudah biasa beraksi di tempat lawan dan ia tidak memberi tekanan, sebaliknya membuatkan kami lebih fokus. 

“Yang penting, kami perlu melaksanakan arahan jurulatih (Steve Butler) dan saling bekerjasama untuk bertahan dan mencipta peluang mengasak kubu lawan,” katanya.

.........................................................

Rabu, Januari 18, 2012

Cerita bola: Kelantan vs Johor FC, MSL-2012.


Kelantan mencatat kemenangan walaupun persembahan hambar
KELANTAN 2
Indra Putra Mahayuddin (m-55)
Norshahrul Idlan Talaha (m-72)
JOHOR FC 1
Mohamad Khairul Ismail (m-63)
KOTA BHARU – Jaringan penyerang terbilang, Norshahrul Idlan Talaha pada pada m-72 perlawanan memastikan The Red Warriors kembali bangkit mencatatkan kemenangan pertama mereka di hadapan penyokong sendiri dalam aksi perlawanan ketiga Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Dalam aksi perlawanan malam tadi, impian pasukan Johor FC untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata di Kota Bharu lebur setelah tewas 1-2 meskipun memberikan tentang sengit kepada Kelantan sepanjang 90 minit perlawanan.
Seawal m-13 perlawanan, Kelantan mempunyai peluang terbaik untuk berada di depan menerusi gerakan menarik Indra Putra Mahayuddin namun rembatannya sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Johor FC.
Selang empat minit kemudian, Indra Putra sekali lagi terlepas untuk menjelmakan gol pendahuluan bagi Kelantan apabila sepakan lambung Mohd Badhri Radzi gagal ditampan oleh beliau meskipun berjaya melepasi pertahanan pasukan lawan.
Di sebalik asakan bertali arus pasukan tuan rumah, Johor FC pula mengejutkan Kelantan apabila pemain sayapnya, Mohd Syazwan Zainon menanduk masuk hantaran lintang Ahmad Fauzi Shaari pada m-27 perlawanan.
Namun pengadil perlawanan membatalkan jaringan tersebut apabila hantaran Ahmad Fauzi terlebih dahulu keluar daripada kawasan permainan.
Gandingan penyerang Norshahrul Idlan Talaha dan Mohammed Ghaddar terbukti berjaya mengkucar-kacirkan benteng pertahanan pasukan pelawat dalam perlawanan malam tadi.
Gerakan solo menarik Mohammed Ghaddar pada m-31 perlawanan berjaya memperdayakan Ketua Pasukan Johor FC, Mohamad Khairul Ismail di penjuru sebelah kanan padang namun rembatan kencangnya hanya tersasar beberapa meter di atas pintu gol pasukan pelawat.
Seminit babak kedua bermula menyaksikan Kelantan kembali bertindak agresif apabila hantaran lintang Mohamad Ab Aziz ke dalam kotak penalti ditampan kemas Norshahrul Idlan namun rembatan rendahnya sempat dihalang dua pemain pertahanan Johor FC.
Pasukan pelawat yang masih mengekalkan kesebelasannya turut mempunyai peluang pada m-50 menerusi Mohd Syazwan Zainon namun rembatannya tinggi melepasi pintu gol Kelantan.
Lima minit kemudian, stadium bergema dengan sorakan hampir 17,000 penyokong setia The Red Warriors apabila Indra Putra menjaringkan gol pertama untuk Kelantan. Kesilapan penjaga gol Johor FC, Muhammad Zamir Selamat yang gagal menangkap kemas hantaran lintang Norshahrul Idlan pantas dihukum menerusi tolakan mudah Indra Putra untuk gol pertama dalam perlawanan malam tadi.
Tersentak dengan jaringan tersebut pasukan pelawat kembali melancarkan serangan dan tiga minit kemudian mereka hampir berjaya menyamakan kedudukan. Hantaran lintang Eddy Helmi Abdul Manan ke dalam kotak penalti gawang Kelantan mencetuskan situasi kelam-kabut namun Mohd Daudsu Jamaluddin pantas menguis keluar bola untuk menyelamatkan gawang gol Kelantan.
Usaha Johor FC untuk menyamakan kedudukan akhirnya berhasil pada m-63 perlawanan. Berpunca sepakan penjuru yang diambil Eddy Helmi menyaksikan Mohamad Khairul bijak melonjak tinggi untuk menanduk masuk bagi gol penyamaan pasukannya.
Malah pasukan pelawat hampir menambahkan jaringan dua minit kemudian apabila bola hantaran Mohd Haris Safwan Mohd Kamal ke dalam kotak penalti memerangkap Khairul Fahmi Che Mat di posisinya namun Mohd Shahrizal Saad pula gagal menolak masuk ke dalam gawang gol Kelantan.
Aksi agresif pasukan pelawat memburu jaringan memaksa Ketua Jurulatih Kelantan, Peter Butler mengeluarkan Mohd Norfarhan Muhammad dan digantikan dengan seorang lagi pemain import, Denny Antwi bagi menghidupkan jentera tengah pasukannya.
Begitu pun Norshahrul Idlan memastikan The Red Warriors unggul mencatatkan kemenangan pertama di hadapan penyokong sendiri apabila meledakkan jaringan pada m-72 perlawanan.
Penyerang yang terkenal dengan jolokan ‘The Linesman’ itu bijak memanfaatkan tandukan pendek Indra Putra di dalam kotak penalti dengan menewaskan seorang pemain pertahanan Johor FC sebelum merembat kencang ke penjuru sebelah kiri untuk memastikan Kelantan meraih tiga mata dalam perlawanan malam tadi.
Kesebelasan utama pemain :
KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Farisham Ismail, S Subramaniam, Mohamad Ab Aziz Ismail, Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Radzi (KP), Mohd Norfarhan Muhammad (Denny Antwi), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohammed Ghaddar (Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid).
FORMASI : 4-4-2
JOHOR FC : Muhammad Zamir Selamat, Ahmad Fauzi Saari, Muhamad Khaironnisam Sahabudin Hussain, Mohd Riduwan Ma’on, Mohamad Khairul Ismail (KP), Mohd Syazwan Zainon (Hasni Zaidi Jamian), Azi Shahril Azmi, Khairi Kiman, Eddy Helmi Abdul Manan (Muhammad Zamri Chin), Mohd Shahrizal Saad dan Mohd Haris Safwan Mohd Kamal (Jasazrin Jamaluddin).
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Kelantan (3) Johor FC (1)
Percubaan tersasar : Kelantan (8) Johor FC (1)
Sepakan penjuru : Kelantan (4) Johor FC (2)
Sepakan percuma : Kelantan (11) Johor FC (20)
Ofsaid : Kelantan (1) Johor FC (5)
Kekasaran : Kelantan (18) Johor FC (6)
Kad kuning : Kelantan (Mohammed Ghaddar) Johor FC (Mohd Shahrizal Saad)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan :   Enam minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Johor FC (45%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Suhaimi Mat Hassan
Penolong Pengadil 1: Ismadi Ibrahim
Penolong Pengadil 2: Mohd Faiz Che Mud
Pegawai Keempat : Mohd Ezani Said
Kommissioner Perlawanan : Muhd Mukhtar Daud
General Koordinator : Arif Hassan
Sinar Harian (Edisi Kelantan), 18 Januari 2012.
..................................................
Apa kata kawe..
Perlawanan ketiga untuk saingan MSL 2012. Walaupun mencatat kemenangan pasukan dilihat masih lagi tidak mengembirakan ramai peminat. Permainan kadang kala terlalu perlahan dan berhati-hati. Apa yang pasti ada yang menonjol, meningkat dan yang lemah.


Yang menonjol tidak lain tidak bukan, penyerang sensasi negara, Nor Shharul Idlan Talaha. Permainannya kosisten. Namun dengan pasangan yang agak "malu-malu" dan malas, Matyo dilihat sukar untuk bergerak dan meningkatkan prestasi.


Penyerang import yang ada belum mampu menyaingi Matyo. Bukan memuji tapi inilah kenyataan. Ghaddar dan Atwie mungkin belum serasi dan selesa dengan rakan yang lain.


Kehadiran semula Indra dan Norfarhan kadang kala tidaklah melonjakan semaksima mungkin prestasi bahagian tengah. Ini kerana Badri, Shakir, Nurul Azwan dan Chanturu sememangnya masih lagi boleh diharap. Tapi dengan adanya Indra dan Farhan sekurang-kurangnya kita tidak bimbang dengan posisi ini. Sememangnya mereka (semua pemain bahagian tengah) mempunyai kelebihan tersendiri.


Dalam perlawanan ini juga Indra tidak menghampakan kita setelah berjaya menjaringkan gol semangant buat pasukan dan penyokong.


Awal saingan nampaknya pertahanan agak longlai. Bermula dengan kekalahan dengan Negeri Sembilan (Piala Sumbangsih, 7 Januari 2012), membawa kepada perlawanan pertama MSL dengan Lions, kemudian dengan PKNS, dan Johor FC, pasukan dibolosi. Cuma yang mengembirakan Kelantan belum lagi tewas buat masa ini.


Peningkatan yang baik daripada Aziz Ismail apabila sering menjadi pilihan Butler untuk mengawal pertahanan kiri. Dengan ini Aziz menjadi saingan buat Zairul Fitri.


Dari dulu hingga kini, Daudsu Jamaluddin, menjadi pilihan kawe untuk kesebelasan utama. Tindakan agresif dan pantasnya mengawal pertahanan kanan menjadi duri dalam daging buat pasukan lawan.


Secara kasarnya kawe melihat, Matyo sebagai pemain yang menonjol, Aziz pemain yang meningkat naik, dan dua import masih lagi lemah. Mudah-mudahan lemah itu bukan lembik.


Dari segi sokongan peminat, Kelantan tidak perlu risau dan gusar. Walaupun tiket meningkat naik harganya, sokongan tidak luntur. Dengan kehadiran ribuan penyokong sudah pasti menaikan lagi semangat pasukan dan pemain. Tapi jika ada siaran langsung penyokong lebih selesa berada di depan kaca TV. Jika lawannya pasukan yang kuat, mereka tidak peduli sama ada ada siaran langsung atau tidak, stadium mesti diisi sepenuh yang boleh.


Cuma yang kurang enaknya mengenai penyokong ini, masih ada lagi segelintir penyokong yang babil dan tolol. Dua gol jaringan Matyo dan Indra semalam diiringin hujan jadian penyokong; balingan bekas minuman ke padang. Bodoh.


Perubahan positif penyokong pula terhadap "sambutan kepada penyokong wanita". Sebelum ini kalau saja wanita melintas, atau ada yang membawa wanita ke dalam stadium sudah pasti mereka akan dicaci dan dibaling dengan plastik yang berisi keropok (tak sedap), dan bekas minuman. Ini menampakan perubahan. Kini tabiat itu semakin hilang dan tengelam.


Siapa tak kenal Ultras Malaysia Kelantan. Masuk saja mereka nyanyian (lagi tak sedap) akan bergema. Dicaci, dikeji dan dihina, mereka tidak peduli. Terus menyanyi. Tapi kawe sendiripun tidak suka melihat geng ultras. Dua perlawanan, lawan PKNS dan Johor FC, Ultras tetap menyokong. Cuma ada yang kurang enaknya. Mereka membuat sampah (tabiat sama dengan penyokong yang lain). Sebaik saja wisel dimulakan mereka membaling satu gulungan kertas seakan reset / bil pasar raya (penyokong bukan ultras tidak ada rest / bil untuk dibaling). Bertaburan, dan memutih di depan Pintu H, belakang tiang gol. Mereka buat sampah.


Tiket oh tiket. RM15 untuk tempat terbuka. Naik RM3. Untuk semalam, kawe yakin jika harga tiket seperti dulu, RM12, atau sebelumnya RM10, dan sebelumnya lagi, stadium akan penuh dan melimpah. Harga tiket naik atas alasan ingin menampung kos pengurusan dan pemain import. Juga untuk bonus luar biasa kepada pemain sekiranya mencapai target tertentu.


Atau kerana KAFA ingin menampung kos sewaan stadium yang membebankan KAFA? Bukankan sebelum ini Kelantan hapus cukai bola sepak kelantan? Atau kerajaan menghapusan cukai itu hanya untuk tahun sebelumnya sahaja.
............................................
Imbas balik..KAFA tahu tak?
...............................
Sebelum berakhir lihat balik detik kemenangan Kelantan vs Johor FC, 17 Januari 2012.
Visual 1, dengan ulasan

Visual 2, tanpa ulasan.
Gol pertama jaringan Indra yang menyudahkan hantaran Matyo. Gol kedua jaringan Matyo yang menyudahkan hantaran Indra.

Selasa, Januari 17, 2012

Rangkuman awal Januari

Untuk ke sekian kalinya Januari bertamu lagi. Disebabkan kekangan tertentu, catatan kali ini akan merangkumkan kesemua kategori. Ini juga kerana kekeringan idea serta ada sembilu kemalasan dalam diri.

Cerita pertama adalah bertambahnya angka umur. Januari kembali lagi dalam hidup kawe. Untuk kesekian kalinya Allah masih mengizinkan kawe bernafas di bumi-Nya. Tubuh badan masih lagi sihat walafiat seperti sedia kala walaupun dahi kelihatan semakin luas.

Seperti sebelumnya, tiada yang istimewa dalam pertambahan angka ini. Tapi kesyukuran kehadrat Ilahi mesti dipohon. Kenikmatan umur dan kesihatan adalah termaksud dalam hal istimewa. Buat keluarga, saudara mara, serta sahabat, terima kasih diatas segalanya.

Dalam pertambahan angka ini masih ada lagi yang tidak bertambah. Hanya Allah penentunya.

Januari ini juga mengingatkan kembali kawe kepada penderita ibu dalam menghadapi penyakit diabetisnya. Kini genap setahun Allah menguji ibu dengan kuasa yang ada pada-Nya. Alhamdulillah, sekarang semakin sihat. Tubuh makin berisi. Walaupun jalannya terhinjut-hinjut, ibu pantas melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri. Terima kasih ibu. (Baca selanjutnya)

Perkara kedua yang kawe terlintas dalam kepala adalah mengenai bola sepak Kelantan khususnya, Malaysia amnya. Dengan adanya aktiviti ini ia sebagai penghibur hati kawe. Sekurang-kurangnya hiburan ini yang akan membawa kawe lupa seketika dengan hal yang membebankan. Perkara yang menyesakkan fikiran. Allah huakhbar..

Ada beberapa perubahan yang terjadi dalam bola sepak Malaysia. Dengan "penghalallan" kembali pemain import diharap dapat memeriahkan arena bola sepak tempatan. Walaupun hanya dua orang sahaja dibenarkan dalam setiap pasukan ia dianggap baik sebagai permulaan.

Datuk M.Karathu akhirnya meninggalkan Kelantan setelah gagal mempertahankan Piala Malaysia. Indra, Farhan dan Azizie kembali ke pangkuan Kelantan. Begitu juga dengan James Butler, jurulatih kontroversi Kelantan pada 2009. Itu serba sedikit mengenai pasukan Kelantan sebelum memulakan langkah pada awal Januari 2012.

Pertembungan awal Kelantan dalam kancah bola sepak tahun 2012 adalah dalam mempertahankan Piala Sumbangsih. Tapi malangnya, piala ini terlepas ke Negeri Sembilan setelah tewas 1-2, pada 7 Januari lalu.

Ujian pertama Butler dilihat sebagai gagal. Namun ia masih awal untuk menilai kerana ini baru permulaan.

RTM kembalikan semangat bola sepak tempatan setelah bertindak sebagai rakan penyiar bersama Astro. Kali ini lebih serius. Jika sebelum ini RTM hanya mengambil satu slot secara langsung (Liga Super) pada hari Sabtu dan siaran tertunda pada Selasa, kini RTM mengambil dua slot siaran langsung pada kedua-dua hari tersebut.

Perkara ketiga yang mengisi awal Januari adalah beberapa perihal politik negara. Datuk Seri Anwar Ibrahim terlepas dari hukuman dalam kes liwat terhadap Saiful Bukhari. Hakim membebaskan Anwar pada 9 Januari lalu kerana kekurangan bukti untuk mensabitkan beliau dalam kes itu. Namun setakat catatan ini ditulis, peguam negara dan pihak Saiful boleh mengemukan rayuan terhadap keputusan ini. Penantian sejak 2008 akhirnya berakhir dengan pembebasan.

Sebelum Datuk Seri Anwar dilepaskan ada satu lagi berita yang menggegarkan arena politik negara. Datuk Dr. Hassan Ali, orang kuat PAS dipecat dari parti kerana kononya tidak sependapat dengan ahli parti. Dr. Hassan Ali yang tegas dalam mempertahankan Islam, Melayu dan raja. Namun disebabkan ada "sesuatu" dalam parti dan Pakatan Rakyat, Hassan Ali tidak lagi diperlukan.

Ironinya, sebaik sahaja Hassan Ali dikeluarkan daripada PAS ada pula ahli parti lawan yang memuji Hassan Ali adalah pejuang Islam sejati. Ketika berada dalam PAS tidak pula ahli parti lawan itu memuji Hassan.

Walaupun dipecat, Dr. Hassan masih lagi meletakan Datuk Seri Haji Hadi Awang; Presiden PAS, dan Datuk Pedang Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; Musyidul Am (Penasihat) PAS, sebagai pemimpin yang layak memimpin parti dan Pakatan Rakyat.

Inilah Datuk Dr. Hassan Ali, insan istimewa yang benar-benar berprinsip.

Sekian, untuk kali ini. Serba ringkas catatan awal Januari.
..................................................................

Sebelum berakhir apa kata kita lihat video di bawah. Nilaikan..

Kemudian lihat ini pula...

Kedua-duanya mengenai Hudud. Hudud itu luas. Selalu juga ada yang keliru dalam kes hudud ini. Salah satunya mengenai kekeliruan kes liwat isteri