Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Khamis, Mei 26, 2011

Satu cerita gembira, satu cerita geram

SELASA, 24 Mei '11: Hari ini satu perkhabaran gembira dan ada satu cerita yang mencetus kegeraman. Aku mula cerita pertama;

Gembira
Setelah lima bulan lebih emak menerima rawatan susulan ekoran kecederaan yang dialaminya awal tahun 2011. 5 Januari 2011 emak terpijak paku menyebabkan emak mengalami kesakitan yang agak memeritkan. Pada awalnya emak ke klinik berdekatan, tapi tiada perubahan. Selang sehari emak dibawa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa. Namun masih tiada perubahan. Kakinya mula membengkak. Akhirnya pada 9 Januari kami membawa emak ke HRPZ II.

Malam itu emak terpaksa ditahan di wad kecemasan seketika. Menurut kata doktor kalau takde apa-apa masalah emak boleh pulang. Esoknya (10 Januari) emak terpaksa masuk wad untuk rawatan lanjut. Setelah 17 hari di hospital emak dibenarkan pulang.

Bermula 30 Januari sehingga hari ini (24 Mei) emak berulang-alik (kami adik-beradik bergilir-gilir membawa emak ke klinik) ke Klinik Othopedik HRPZ II untuk rawatan lanjut. Pada mulanya emak dikehendaki ke klinik tiga kali seminggu (Ahad, Selasa dan Khamis). Hari demi hari lukanya makin baik. Rawatannya dikurangkan dua kali seminggu, dan akhirnya sekali seminggu. Alhamdulillah, hari ini hari terakhir ibu dirawat. Walaupun lukanya belum sembuh tapi ia semakin baik.

Dalam tempoh lima bulan ini juga emak tidak boleh berjalan. Kami yang membantu emak untuk bergerak sama ada dengan kerusi roda mahupun terpaksa mendokongnya. Tapi apa yang kami lakukan ini bukan "terpaksa".

Ketika di wad lalu doktor ada mengesyaki emak menghidap begok di lehernya. Alhamdulillah ini tidak terjadi.

Kini emak makin sihat walaupun berat badannya makin turun. Untuk ketika ini emak tidak perlu lagi ke klinik untuk rawatan susulan. Untuk masa akan datang hanya Allah yang mengetahuinya.

1 Jun 2006
Waktu ni emak berisi. Sekarang makin "mengecil"
Geram
Ini cerita yang membuat betul-betul geram. Lihat gambar di bawah;

Tarikh: 24 Mei 2011
Masa: 1526
Lokasi: Lot parking HRPZ II (Berhadapan Dewan Bersalin. Di antara Makmal Alat Tulis dan Kolej Kejururawatan.

Perkara begini memang acapkali berlaku. Pemandu yang meletak kenderaan tidak ikut peraturan. Memang ruang parking di sini tidak mengcukupi, tapi ramai pemandu yang suka hati letak kenderaan. Perhatikan kenderaan yang ditandai nombor "2" dan "3".  Kereta nombor "1" (dan tiga buah kereta di depannya @ sebelah kanan) memang dalam petak.

Aku dengan kancil tua cuba cari parking di kawasan tersebut. Sampai saja di kawasan di atas, laluan terhalang di antara kereta "1" dan "2". Sepatutnya di sini aku boleh jalan terus jika takde parking kerana ini laluan sehala. Akhirnya aku terpaksa undur balik kancil tua aku di laluan yang sempit.

Gambar seterusnya adalah kereta yang menghalang laluan:
Nombor pendaftaran kereta "2" aku terpaksa "tampal". Bayangannya DAN 4** (3 Abjad, 3 nombor).
Pemandu yang sebegini mengambil jalan mudah. Mereka tidak menghiraukan orang lain. Mereka beranggapan orang lain memahami situasi mereka (yang tidak mempunyai ruang parking).

Apa yang menggeramkan lagi adalah ada di kalangan mereka ini staf hospital sendiri. Kereta "3" milik (pemandu) seorang jururawat (melihat kepada unifom yang dipakainya). Adakah staf juga tidak ada ruang parking? Atau staf mengambil jalan mudah; staf Dewan Bersalin, letak kenderaan berdekatan jabatannya.

Tengok sekali lagi:
Ambil mudah

Selasa, Mei 24, 2011

Cerita bola: Final makin hampir, RTM masih membisu dan membatu

Perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2011 (Kelantan vs Terengganu) makin hampir tetapi RTM masih membisu dan membatu. Buat sekian kalinya RTM masih membatu terhadap tuntutan sebahagian peminat bola sepak tempatan supaya diadakan siaran langsung liga tempatan.

Jika RTM tidak berhasrat menyiarkan siaran langsung Final FA Cup 2011 yang bakal berlangsung pada 11 Jun ini, maka RTM telah mencipta satu rekod sejarah. Sejarahnya adalah buat pertama kali perlawanan akhir bola sepak tanpa kelibat RTM sebagai penyiar rasmi.

Rundingan. Perbincangan. Tawaran. Itulah di antara alasan yang diberikan oleh RTM untuk tidak menyiarkan siaran langsung sehingga kini. Sejauh mana perbincangan, rundingan dan tawaran yang dilakukan oleh RTM dengan penyiar rasmi bagi tahun 2011, Astro? Apakah perkembangan itu ada kembangnya? Atau telahpun mengucup dan mengecup?

Untuk mengekalkan slogan "'Sukan Terbaik Hanya Di RTM", diwujudkan pula rancangan "Stadium Angkasa". Bersiaran pada pukul 10:00 malam setiap Selasa. Aku tak tahulah rancangan ini yang diacarakan oleh Hafizal Hamad bersiar secara langsung atau rakaman. Sekarangpun tak tahu episod ke berapa. Yelah, aku tak pernah tengok. Macam mana nak tengok, setiap Selasa biasanya berlangsungnya perlawanan bola sepak, Liga Super. Kalau tak tengok di stadium, aku tengok di Astro Arena, 801. Jadi mana ada masa.

SA mengetengahkan pelbagai jenis sukan tanah air (mengikut laporan akhbar). Bersiaran pada pukul 10:00 hingga 11:00 malam (sekali lagi diulang). Liga Super biasanya betul-beul habis (kalau tak betulpun hampir-hampir betul) pukul 10:45 malam. Bagi yang ke stadium mungkin mereka ambil masa di antara 30 minit (sebaik wisil penamat) hingga satu jam untuk sampai ke rumah. Maknanya hasrat untuk tengok SA (kalau ada yang berminatlah) mereka akan terlepas peluang. Bagi yang memang duk kat rumah (tengok Liga Super melalui Astro Arena - sekali lagi diulang) mereka akan ada masa lebih kurang 15 minit untuk menjengah seketika TV1. Tapi kebiasaanya juga Liga Super yang dipancarkan siaran langsung oleh Astro mahupun RTM (dulu), akan selesai hampir-hampir pukul 11:00 malam. Berapa minit lagi yang tinggal sebelum SA habis?

Persoalan juga timbul, siapa golongan sasar yang diingini oleh SA? Golongan peminat sukan tanah air, atau golongan peminat sukan yang tak minat bola sepak tempatan? Bagi peminat sukan yang tak minat bola sepak tempatan mereka boleh tonton rancangan SA, sebabnya mereka tak ke stadium dan tak "ke" Astro Arena.

SA dihoskan oleh Pengulas Sukan Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2010 (baca). Ada ke orang nak tengok?

BERWIBAWA
Datuk Hj.Hasbullah Awang, Jasnie Safie, Hafizal Hamad, di antara pengulas sukan terbaik RTM. Begitu juga dengan beberapa bekas pengulas RTM seperti Hj.Zainal Abidin Rawop, Shaukie Kahar (pengulas Astro Arena sekarang) dan Dahlan Maamor. Mereka ini begitu dekat dengan RTM. Tapi sayang..

Sayanglah sebab beberapa segmen sukan dahulu di RTM kini berkubur. "Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Fokus Bola", antara segmen sukan yang terbaik.

FACEBOOK
Sehingga catatan ini ditulis (pukul 0054), laman sosial Facebook yang mendesak "orang kuat" RTM menyiarkan siaran langsung berjumlah hanya 7290 sahaja. Sasarannya 100,000, tapi nampaknya susah lepas target.

Kita tak tahu bagaimana lagi untuk merayu agar siaran Langsung percuma dapat diadakan semula. Slogan-slogan "RTM teman setia anda", "RTM Tetap unggul" barangkali hanya tagline semata-mata.

Isnin, Mei 23, 2011

Jom gelak dengan "Pi mai pi mai tang tu"

Rancangan sitkom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" (PMPMTT) satu rancangan yang betul-betul membuat aku gelak ketawa dan puas hati. Hasil garapan terbaik Othman Hafsham dan Dr. Hatta Azad Khan. Mampu bertahan lebih sepuluh tahun di TV3 bermakna sitkom ini bukan calang-calang rancangan komedi.

PMPMTT yang berkisarkan suasana penghuni di Flat Sri Wangi. Gabungan semua kaum menjadikan sitkom ini begitu unik. Melayu, India dan Cina. Gabungan ini juga terserlah dengan watak yang mewakili negeri masing-masing (kecuali Sabah dan Sarawak). PMPMTT dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat yang mampu membuat kita ketawa tanpa rasa bosan dan muak. Antaranya;

Apa yang menarik perhatian aku adalah betapa kuatnya pengaruhnya kepada penonton. Ini terbukti apabila nama watak dalam sitkom ini seakan menenggelamkan nama asal beberapa pelakonnya. Antara watak yang dimaksudkan ialah Pak Busu, Mat Over dan Pak Uda serta Lucy.

Di luar rancangan PMPMTT sekalipun nama watak-watak di atas sentiasa disebut untuk merujuk kepada pelakon yang memegang watak tersebut. Pernah satu ketika aku melihat satu rancangan hiburan (siaran langsung di hadapan penonton) yang ada menampilkan Angeline Tan (undangan); dalam satu slot pengacara memanggil Angeline Tan dengan nama Lucy, walhal rancangan itu bukan bersiaran di TV3. Tapi pengacara tersebut pandai cover balik.

Kini PMPMTT tidak lagi bersiaran seperti dulu. Untuk hilangkan bosan aku acapkali jugalah tengok You Tube (walaupun tengok cerita yang sama). Tapi banyak juga episod yang takde. Salah satu episod yang aku suka adalah "Boss".
Boss
Pelakon PMPMTT memang profesional. Setiap dialog yang dilafazkan begitu bersahaja dan spontan. Walaupun sekali sekala ada kesilapan ucapan dialog (skrip) segera ditutup tanpa kita sedari. Walaupun kita sedar sekalipun kita akan gelak kerana itulah humornya.

Hari ini aku sekali lagi aku menyelongkar You Tube, dan hasilnya;

Hajat tak sampai

Video kedua ni dimuatnaik pada Januari 2011. Tapi aku musykil sikit. Cerita lama ke cerita baru? Tapi kalau tengok betul-betul memang ada perubahan. Wan Ismail Golok dah makin berisi, sama macam Sabri Yunus sekarang ni. Lucy pula dah ke Hongkong; salon dah bertukar kepada kedai jahit yang pemiliknya bernama Nina. Pak Busu dah tak nampak. Ana pun sama juga, dah berpindah sejak kahwin Mat Nasir.

Itu cerita barulah tu kot sebab Lucy dah hilang mungkin betul-betul ke Hongkong bersama Angeline Tan. Atau Angeline Tan betul-betul sibuk sehingga terpaksa "menghalang" Lucy daripada terus berada di Flat Sri Wangi. Pak Busu memang disenyapkan wataknya kerana pemilik watak tersebut dah meninggal dunia. Ana pula mungkin sama dengan Marlia Musa, yang dah kahwin dengan M.Nasir. Jadi sebagaimana Marlia Musa fokus kepada keluarga, begitu juga dengan Ana.

Mak Usu, Suzie dan Singam dah lama berpindah. Tapi Singam aku tak pernah ingat dalam watak PMPMTT ni.

Walau apapun perubahan dan apa yang berubah, humornya tetap sama. Kelakarnya tetap ada.

*Selain PMPMTT aku juga teringat sitkom "Camni Camtu" - Macam ini macam itu - yang disiarkan di TV1 suatu ketika dulu. Sebahagian pelakonnya adalah pelakon PMPMTT.

Ahad, Mei 22, 2011

Tanah runtuh. Tahziah.

Semalam kita dikejutkan sekali lagi dengan berita kejadian tanah runtuh di Hulu Langat, Selangat. Tidak berapa lama dulu kejadian seumpama ini turut terjadi di Bukit Antarabangsa, juga di Selangor.

Kali ini mangsanya adalah dari kalangan anak-anak yatim. Begitu berat dugaan mereka. Dah la yatim, ditimpa musibah pula. Ini perancangan Allah, ada sesuatu hikmat di sebaliknya yang kita tidak tahu. Semoga mangsa-mangsa dan sanak saudaranya tabah dan cekal dalam menghadapi ujian Allah ini.
######################################

13 maut, 3 tertimbus


Mangsa dikenali dengan nama Hairi dibawa ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur, semalam.


HULU LANGAT 21 Mei – Seramai 13 penghuni Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki.

Sehingga pukul 1.30 pagi, operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa masih diteruskan dan terdapat tiga lagi penghuni dipercayai tertimbus.

Seorang mangsa tertimbus, Abang Iwan, 33, berjaya diselamatkan pada pukul 10.20 malam.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Azrel, Nael, Eqim, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an. Mereka terdiri daripada 12 kanak-kanak dan seorang dewasa.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang mereka bersama yang lain berada di dalam khemah tersebut untuk berlatih nasyid bagi meraikan kedatangan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pukul 5 petang.

Khemah itu dipasang untuk majlis tersebut yang terletak bersebelahan tebing.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilakukan dengan membuat dua terowong turut mengalami kesukaran berikutan hujan lebat petang ini dan menyebabkan berlaku pergerakan tanah.

Seramai sembilan mangsa termasuk dua dewasa dibawa keluar dengan selamat. Kesemua mereka dihantar ke Hospital Ampang dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang terselamat pula dikenali sebagai Khairul, Hairis, Harris, Aizat, Alaudin, Shafiz, Akmal dan pekerja rumah berkenaan, Abang Din.

Dua mayat dibawa keluar pukul 4.25 petang diikuti mangsa-mangsa seterusnya kira-kira dua jam hingga tiga jam kemudian dan dibawa ke Hospital Kajang.

Rumah itu menempatkan seramai 49 orang yang terdiri daripada kanak-kanak yatim dan lima penjaga.

Seramai 500 anggota pasukan penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat iaitu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Bangi, Kajang, Selayang, Serdang, Cheras dan Pandan, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Mereka turut dibantu Unit Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebuah jentolak milik swasta.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, runtuhan tanah itu merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah di kawasan tersebut.

Beliau berkata, pihaknya dan agensi penyelamat lain mengalami kesukaran mencari mangsa yang tertimbus kerana struktur tanah yang lembut serta bergerak.

Menurut Khalid, pasukan penyelamat terpaksa membuat dua terowong untuk mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus.

“Ekoran keadaan hujan, kemungkinan terdapat runtuhan yang akan berlaku di kawasan ini. Saya nasihatkan orang ramai agar tidak datang ke kawasan ini kerana berbahaya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

*****************************************************
Presiden Pas Rakam Takziah

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat.
“Bersabarlah dengan ujian Allah. Semoga roh mereka yang tekorban dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,” tulis beliau di laman twitter malam ini.
Kejadian itu juga turut mendapat perhatian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selain mengucapkan takziah kepada kelurga mangsa yang terkorban, beliau juga mengajak seluruh rakyat Malaysia berdoa agar mangsa diberi ganjaran terbaik oleh Allah SWT.
"Takziah saya rakamkan kepada mangsa nahas tanah runtuh di Hulu Langat petang tadi.
"Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang terbaik untuk yang terkorban dan keluarga yang kehilangan ahlinya," katanya.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai 24 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal, Hulu Langat.
Dilaporkan lima mayat kanak-kanak rumah anak yatim berkenaan yang berumur antara 11 hingga 14 tahun telah berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh sehingga jam 8.00 malam ini.
**********************************************

Cerita bola: Saya nak solat di stadium, kapten jadi imam


Laporan oleh: Muhamad Yusri Amin dalam harakahdaily.net

KOTA BHARU, 20 Mei: “Insya Allah, apabila stadium itu siap nanti, kalau umur saya panjang,  saya mahu menunaikan solat di stadium itu dengan ‘kapten’ bola menjadi imam sembahyang,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini pagi tadi.
Beliau mengulangi persetujuan kerajaan negeri untuk membina kompleks sukan yang menempatkan stadium utama dengan muatan 40,000 penonton.


Pembinaan itu, menurutnya akan dilaksanakan di atas tanah milik kerajaan negeri kira-kira 40.5 hektar bernilai RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Puteh dan tender pembinaan kompleks sukan itu dibuka kepada mana-mana pemaju yang berminat.
“Kelantan akan buat stadium baru. Ini kerana stadium yang ada sempit dan mengalami kesesakan penonton, tetapi stadium itu stadium yang bercampur dengan masjid.
“Orang lain buat juga stadium, tetapi kita mahu ada ‘benda lain’ pada stadium yang kita buat itu iaitu stadium bercampur masjid,” katanya.
Menurutnya lagi, masjid itu tidak dibenarkan dibina berasingan dari ruang stadium sama ada di tingkat atas atau di luar bangunan stadium, bahkan hendaklah dibina berhampiran dengan tempat duduk penonton bagi memudahkan orang ramai bersolat dengan kadar segera.
Katanya, pembinaan ruang solat (masjid) itu sekadar boleh memuatkan antara 10 hingga 30 orang pada satu-satu ruang solat.
“Jadi semua ruang bangunan dalam stadium itu terdapat antara 10 hingga 30 tempat ruang untuk solat. Bangun (penonton) daripada kerusinya, boleh bersolat segera.
Mengenai royalti minyak, beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyifatkan golongan yang enggan menyerahkannya kepada rakyat Kelantan sebagai golongan zalim dan jahat.
Beliau yakin bahawa golongan itu akan menerima balasan dari Allah di atas kezaliman yang dilakukannya.
“Kita di Kelantan yang pastinya ialah kita ada telaga minyak. Allah menjadikannya sejak berjuta tahun dahulu, telaga itu terpilih berada di bumi Kelantan, namun royalti minyak itu tidak diberikan kepada Kelantan sehinga kini. Jadi orang ini orang zalim dan jahat.
“Didoakan supaya doa kita mustajab agar diberikan royalti minyak kerana royalti itu harta kita. 
“Harta orang walau pun satu sen, kita tidak mahu. Yang kita mahu ialah harta kita. Walau pun satu kerana ianya harta kita, kita nak. Begitu kaedah kita sebagai orang Islam,” katanya.


Eh-eh, cuba tengok ni... Farhan rindu Kelantan?

Jumaat, Mei 20, 2011

Lewat. Oh rugi!

Masjid mana ni? Akupun tak tau daa...

Hari ini hari Jumaat yang keseterusnya. Dan hari ini juga terselit waktu solat fardhu Jumaat bagi muslimin untuk kesekian kalinya. Tapi ada sedikit kerugian bagi aku kerana tiba lewat untuk duduk bersama jemaah lain mendengar kthubah. Hampir-hampir kthubah yang kedua baru aku sampai. Duduk tak sempat panas b**tut, mua'zin dah mula menyeru untuk solat. Kesudahannya aku tak tahu apa yang khatib sampaikan.

Jam 1200 sebelum itu, aku sibuk dan menyibukan diri mengisi satu borang online. Internet yang slow dan ruang borang banyak perlu diisi menyebabkan aku terleka. Ditambah pula dengan "gatal tangan" dan sememangnya tabiat aku suka membuka web yang lain (surat khabar, blog, facebook) sewaktu buat benda penting (isi borang online). Inilah yang mengheret aku ke "masa kecederaan", seterusnya "masa tambahan" dalam melayari web penting tadi. Oh Sedih!

Itulah kitakan (akulah tu) sering terleka dan lalai. Walhal kita sering mendengara kata-kata "Utamakan yang lebih penting daripada yang penting, kerana yang lebih penting itu adalah lebih penting daripada yang penting". Aku telah membuat perkara yang penting (borang), tapi aku terleka perkara yang lebih penting (sembahyang Jumaat). Fuh!!..

Kadang kala dan sering kala juga kita mementing perkara yang tidak berapa penting kerana kepentingan diri. Itulahkan, perkara yang kita lakukan demi kepuasanan diri, tapi perkara yang kita lakukan itu bukan perkara utama.

Itu cerita aku. Ini cerita sesetengah jemaah dan juga imam. Ya, imam. Hari ini aku sampai lewat ke masjid. Melangkah saja ke kawasan masjid telah bersesak-sesak jemaah, tapi bukan dalam masjid sebaliknya bawah pokok, atas bangsal, bendul-bendul masjid dan juga tandas. Yang duk tandas aku tak heran sangat sebab semuanya nampak macam nak buang air (aku meneka dan mengagak). Lagipun takde hamba Allah yang suka melepak di tandas masjid, melainkan di tandas sekolah (aku tak tau kenapa tandas sekolah menjadi pilihan).

Yang duk bersembang-sembang bawah pokok, atas bangsal, apa hal? Khatib yang tengah best-best (sesetengah khatib jelahduk khtubah di mimbar tapi sesetengah hamba Allah ni berkhtubah di luar. Nasib baik bawah pokok, kalau atas pokok; tak pasal-pasal masuk wad mental. Sesetengah daripada sesetengahnya pula bukan kanak-kanak atau remaja, tapi yang dah tua bangka. Apa hal?

Cerita imam pula; aku bukan alim tapi ada beberapa perkara yang aku rasa imam pun ada kesilapan yang mungkin tak sedar. Aku pernah dengar ustaz, ustazah cakap; seelok-eloknya imam bacalah surah pendek selepas Al-Fatihah. Maklumlah, dalam sembahyang berjemaah ni bukan semua makmum yang sihat dan yang muda. Kalau imam baca surah yang panjang-panjang kesian pula makmum yang tua, uzur dan yang sakit. Tapi sembahyang berseorangan takpelah nak baca surah sepanjang mana sekalipun.

Dan ini terjadi pada hari ini. Imam dan khatib yang sama sebelum ini. Cuma ada makmum yang memberi reaksi sebaik saja salam terakhir. Makmum tu betul-betul depan aku. Seorang Orang Kelainan Upaya (OKU); kaki kanannya ada kelainannya. Bila dia berdiri badannya lebih condong ke arah kiri seoalah-olah kaki kanannya lebih panjang daripada kaki kiri. Bukan niat untuk mengata atau mengejek, tapi untuk menerangkan lagi keadaan hamba Allah yang OKU ini. Reaksinya selepas salam; "lamo tok ime ni baco. Ore tuo tokleh ikut ni," lebih kurang begitulah katanya kepada seorang remaja di sebelah kiri (nampak macam anak atau saudaranya). Bagusnya makmum ini, dia lebih risaukan orang lain (orang tua) daripada dirinya sendiri. Itu agakan aku saja, sebab dia sendiripun rasanya tidak selesa (sekali lagi aku meneka).

Ustaz Azhar Idrus - Imam baca panjang
(Video ni takde kaitan dengan OKU di atas, tapi ceritanya ada kaitan)

Beberapa bulan yang lalu aku pernah membuat catatan mengenai Kthubah daripada tok guru Nik Aziz. Kaitannya dalam catatan ini adalah mengenai bacaan surah oleh Menteri Besar Kelantan ini, yang membaca surah pendek.