Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Jumaat, Januari 14, 2011

Cerita bola: Terima kasih RTM

RTM tetap siar Liga M 2011

PENONTON tempatan pasti lega kerana RTM akan terus menyiarkan secara langsung perlawanan bola sepak Liga Malaysia.


SEBAGAI memahami kehendak rakyat, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan berusaha sedaya upaya memastikan siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011 disiarkan di saluran televisyen percuma itu.

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Ibrahim Yahaya, perbincangan sudah pun diadakan bersama pemegang baru hak penyiaran Liga M iaitu Astro dan dijangka akan mencapai persetujuan dalam masa terdekat.

"Para peminat bola sepak tempatan tidak perlu gusar kerana kita (RTM) tetap akan beli hak siaran untuk Liga M musim 2011 ini berdasarkan slogan 'Sukan Terbaik Hanya di RTM'.

"Melalui perbincangan baru-baru ini, kita meminta supaya kadar yang perlu dibayar RTM kepada Astro sama seperti yang kita bayar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada tahun-tahun sebelum ini.

"Segalanya kini berjalan lancar dan kita cuma hanya menunggu sebelum ia dimuktamadkan mene- rusi satu perjanjian dengan pihak Astro," katanya ketika ditemui Kosmo! di Angkasapuri, Kuala Lumpur petang semalam.

RTM sebelum ini merupakan pemegang hak penyiaran Liga M dengan nilai tajaan RM6 juta setahun tetapi pada 2 Januari lalu, FAM mengumumkan Astro sebagai pemegang baru hak tersebut dari 2011 hingga 2014 dengan nilai tajaan RM30 juta setahun.

Namun, Astro bukanlah pemegang hak ekskusif siaran langsung Liga M kerana mana-mana stesen televisyen tempatan lain tetap dibenarkan untuk membeli hak penyiaran tersebut daripada stesen televisyen satelit itu.

Ibrahim turut memberitahu, usaha mendapatkan hak penyiaran Liga M 2011 itu dibuat memandangkan RTM merupakan badan penyiaran awam yang berperanan untuk menyemarakkan budaya sukan di negara ini.

"Kita tidak memikirkan soal kewangan secara keseluruhannya tetapi lebih kepada usaha memasti- kan rakyat dapat menonton aksi sukan tanah air terutama bola sepak.

"Sebagai bukti, siaran langsung final pertama Piala Suzuki AFF 2010 di RTM berjaya mencatat 2.8 juta penonton manakala final kedua mencatat 3.8 juta penonton. Ia sekali gus membuktikan sukan terbaik hanya di RTM," tegasnya lagi.

Saingan Liga M 2011 bakal bermula 29 Januari ini dengan perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di antara Selangor dan Kelantan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

Sebelum ini;

Rabu, Januari 12, 2011

Ujian Allah (Masuk wad)

Malam tadi malam ketiga emak bermalam di HRPZ II (Hospital Besar Kota Bharu). Kakinya yang terpijak paku ketika di "kebun mini" minggu lalu (catatan lalu) belum menampakan tanda-tanda baik. Pada mulanya pihak hospital hanya menahannya untuk semalam. Esoknya, emak belum baik. Jadi emak terpaksa ditahan lebih lama.

Ya Allah.. Aku teringat arwah datuk yang turut mengalami nasib yang sama.

Kakinya mula membengkak dan kesakitan. Bila kena sejarum sakit mula beransur hilang. Belum sampai sejam sakit dan denyut terasa kembali. Kesan paku mula kelihatan. Kulit kakinya mula "memutih" pucat. Tapi syukur tidak bernanah. Betis mula lengoh-lengoh.

Bila fikir-fikir balik sampai bilalah agaknya emak akan begitu..

Semalam ada lagi kejutan; doktor mengesyaki emak ada masalah kelenjar di bahagian leher seakan begok. Ya Allah, arwah nenek juga mengalami keadaan sama.

Fikiran kacau dibuatnya.


Kini aku mula terasa bila emak tak sihat semuanya tidak teratur.


Petang ini emak akan dibawa masuk ke bilik bedah; untuk mencuci kakinya yang mula memberi impak tak baik. Mudah-mudahan emak akan bertambah sihat selepas ini. Insya-Allah..

Jumaat, Januari 07, 2011

Perutusan Januari (7 Januari kembali lagi)

"Setahun sudah berlalu Januari muncul kembali dengan kehangatan semalam, tanpa ku sedari jemari ku berdetik, ku tulis sebuah catatan, tapi sayang pada siapa catatan ini kan ku beri."
Dipetik dan diubasuai daripada lagu "Setahun sudah berlalu", nyanyian Allecats.
Hari ini 7 Januari, seminggu tahun baru 2011. Hari ini 7 Januari bersamaan  3 Safar 1432 Hijriah, bulan kedua Hijriah. Hari ini 7 Januari, tahun baru bagi aku untuk bernafas. Hari ini 7 Januari, usia aku mencecah ke angka 26. Insya-Allah, pada usia yang baru ini juga akan membuka buku baru yang lebih baik. Mengikut taqwin Hijriah, pada 16 Rabiul Awal 1432 nanti usia aku akan mencecah ke angka ke-27 (lahir pada tahun 1405H).

Seperti biasalah, perkiraan tahun masihi digunakan untuk perhitungan usia kita. 7 Januari 2011 menjadikan aku lebih dewasa. Sebelum ini aku istilahkan "pengurangan umur" untuk perhitungan usia.

Syukur kehadrat Illahi, pada 7 Januari 2011 ini "jatuh" pada hari Jumaat; penghulu segala hari, hari yang penuh dengan keberkatan.

26 tahun berada di muka bumi Allah. 26 tahun bernafas bernafas di alam semesta-Nya. 26 tahun tahun menjadi anak kepada seorang ibu dan ayah. 26 tahun. Satu tempoh masa yang agak panjang. Tapi dalam detik ini aku masih lagi tercari-cari siapa aku sebenarnya. Masih lagi tergapai-gapai mencari erti hidup. Masih.

Alhamdulillah, walaupun masih lagi tercari-cari identiti dan jati diri aku dikurniakan dengan kebahagiaan yang mungkin tidak semua insan lain memperolehnya. Kurniaan keluarga bahagia; ibu dan ayah, abang-abang, kakak serta adik-adik; juga dengan sanak-saudara.

Di sebalik kurniaan ini aku sedekit tersentak dengan sesuatu; emak sakit lagi. Dua tiga hari yang lalu kakinya terpijak paku lagi. Kali ini pijakannya memberi kesan. Mudah-mudahan dengan pembaruan umur aku ini, Allah kurniakan juga pembaruan usia ibu (dan juga ayah). Insya-Allah.

Allah juga kurniakan aku dengan sahabat-sahabat yang jauh juga yang dekat. Sahabat yang sentiasa mendampingi dan sentiasa di hati. Sahabat sejati yang dihajati dan diimpikan oleh setiap insan.

Alangkah bertambah indahnya hidup jika aku dikurniakan sesuatu yang belum aku peroleh selama ini. Sesuatu yang belum ku kecapi. Hanya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat ku (juga buat semua hamba-Nya). Sesungguhnya aku hanya mampu berharap dan berdoa, yang berhak dan berkuasa adalah Allah S.W.T, tuhan yang esa. Bagaimana pula dengan usaha...

Ini semua dugaan Allah. Mungkin juga balasan Allah terhadap kelalaian dan kealpaan aku sebagai hamba-Nya. Mungkin juga usaha ku belum cukup. Sejauh mana aku berusaha...? Semuanya berkemungkinan. Aku redha dengan ketentuan-Nya. Aku akur.

Mudah-mudahan pada usia yang baru ada perubahan dalam diri. Insya-Allah, ada pengakhiran yang baik untuk aku suatu masa nanti.

*Terima kasih buat seorang sahabat; yang mendahului sahabat yang lain mengucapkan "selamat hari jadi" dan mendoakan aku ke arah kebaikan.
*Pada usia yang baru ini aku juga memanjat pengharapan kepada Illahi agar ibu dan ayah serta keluarga; saudara; dan sahabat beroleh kebahagian berganda.

Selasa, Januari 04, 2011

Cerita bola: Ada cerita baru 2011

Liga M dapat tajaan lumayan RM220 juta (Utusan Malaysia 03/01/11)


PETALING JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat suntikan penajaan baru empat tahun yang lumayan bagi Liga Malaysia mulai musim ini yang berjumlah RM220 juta, apabila melantik Astro Media sebagai rakan media sekali gus ejen pemasarannya.

Penajaan itu meliputi hak penyiaran yang bernilai RM30 juta setiap tahun, manakala RM100 juta lagi bakal dilaburkan syarikat TV satelit berbayar itu bagi kegiatan promosi bola sepak dan luar gelanggang, tanpa menghalang kerjasama dengan rangkaian TV lain yang ditonton secara percuma.

Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata: "Astro merupakan salah satu daripada bakal penaja yang membida dan kami putuskan untuk memilih mereka sebagai rakan kongsi dan rakan media dengan memberikan hak tertentu perlawanan Liga M termasuk hak penyiaran."

Namun katanya, "tidak bermakna Astro Media akan menjadi penaja kejohanan tetapi mana-mana syarikat yang mahu membuat urusan penajaan, boleh berunding dengannya yang turut menjalankan pemasaran Liga M dengan Malaysia Super League (MSL).

"Kedudukan RTM (sebelum ini penyiar rasmi liga) tidak akan terjejas malah semua saluran TV lain termasuk yang percuma malah media baru seperti TV internet boleh bekerjasama dengan Astro dan RTM bebas untuk berunding mengenainya melalui Astro Media.

"Selain itu kami akan tubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang memantau kerjasama ini kerana keuntungan lebih RM30 juta bakal dikongsi bersama FAM dan Astro Media," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa MSL selepas mesyuarat Exco FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Telekom Malaysia (TM) sebelum ini menjadi penaja Liga M dengan sumbangan kira-kira RM9 juta setahun kepada FAM sepanjang dua penggal penajaan dari 2002 hingga 2010 yang dijadualkan berakhir pada 26 Januari ini.

Annuar juga menjelaskan bahawa Astro Media mempunyai keupayaan dan kepakaran dalam membantu FAM dari segi mengukuhkan kedudukan kewangannya selain membantunya melaksanakan usaha pembaharuan terhadap Liga M dalam tempoh empat tahun.

"Penajaan ini cuma berkaitan Liga M iaitu Liga Super, Liga Perdana, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Presiden tetapi Astro Media cuma diberikan hak rakan media bagi kegiatan pasukan kebangsaan, pembangunan belia dan wanita mahupun kejohanan lain yang dicipta FAM," katanya.

Katanya, hak penyiaran Astro juga bukan bererti hanya stesen TV satelit itu yang boleh menyiarkan perlawanan Liga M, kerana FAM tetap akan cuba menggunakan pendekatan di Eropah, yang turut membenarkan stesen TV lain menayangkan perlawanan lain yang berlangsung serentak.

"Jika ada enam atau tujuh perlawanan yang dimainkan serentak, mengapa hanya satu perlawanan yang ditayangkan? Penajaan ini juga sebenarnya tidak mengenakan sekatan sebegitu atau seperti Astro sahaja yang mendapat hak eksklusif penyiaran Liga M.

Tegasnya, FAM menjangkakan kesan penajaan ini terhadap Liga M, bakal dirasai secara berkala walaupun mungkin agak terhad tahun ini, lebih menyerlah pada 2012 sebelum berjaya ditransformasikan sebagai salah satu liga terbaik di rantau ini pada 2014.
____________________________________
Kata aku: Nampaknya RTM bukan lagi penyiaran rasmi. Bagaiman pula nasib penyokong yang tidak mempunyai saluran Astro? Kalau yang muda-muda bolehlah duk melangok kedai-kedai mamak atau kedai-kedai makan. Kalau yang veteren? Takkan nak serta dengan anak-anak muda di kedai makan.

Tapi menurut laporan berita di atas kedudukan RTM tidak terjejas. Dan stesen TV yang lain boleh membuat rundingan dengan pihak Astro.
_____________________________________
Ini pula:

Badminton:

Kejutan tahun baru daripada kerajaan?

Penghujung tahun 2010 kita tersentap dengan "kejutan" daripada kerajaan kerana menaikan harga disel dan petro ron 95 (serta ron 97). Alasan biasa yang kita dengar adalah mengikut ampungan atau harga semasa. Bagi yang berada mungkin tidak terasa sangat tapi bagaimana pula yang kurang berada? Kenaikan harga ini dikatakan tidak memberi kesan mendadak.kerana ia hanya naik beberapa sen sahaja. Tapi ada ke pengguna yang membeli petro hanya RM2.00 atau RM0.50 sahaja?

Bukan sahaja petro dan disel, gula juga naik harga. Kini kempen dan iklan "kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman" kian galak di media massa. Satu kempen yang baik untuk kesihatan. Tapi sejauh mana kempen dan iklan ini berjaya meredakan kemarahan pengguna?

Permulaan tahun 2011 ada juga kejutan terbaru. Minyak masak "hilang" dalam pasaran. Di Kelantan misalnya ramai yang merungut kerana minyak masak tidak mengcukupi dan ada yang tidak dijual. Adakah ini petanda harga minyak masak juga akan naik? Beberapa jam yang lalu di siaran Buletin Utama TV3, KPDNK menyatakan harga minyak akan kekal seperti biasa.

Seperti yang kita tahu setiap kali harga barang naik, bermacam-macam alasan dan sebab akan dikeluarkan oleh kerajaan. Alasan popular adalah "untuk mengurangkan defisit ekonomi dan mengurangkan kerugian kerajaan, serta menstabilkan harga pasaran global.

Apa-apa pun mudah-mudahan "kejutan" ini tidak berpanjangan. Kasihanilah golongan bawahan, golongan rakyat jelata. Terjemahkan slogan "Rakyat didahulukan..". Jangan jadikan "Rakyat didahulukan susah, pencapaian kerajaan diutamakan".

Ini...

Sabtu, Januari 01, 2011

Buku baru

Hari ini 1 Januari 2011 Masihi, bersamaan 26 Muharram 1432 Hijriah. Ini bermakna kita baru saja melangkah ke tahun yang ke 2011 dalam kalendar al-masih. Dan, baru 1432 tahun kita melangkah ke tahun Islam. Tahun ini, lebih kurang 579 tahun perbezaan al-masih dan Hijriah. Yang lebih penting tahun baru masihi mengingatkan kita umur Nabi Isa serta tahun hijriah mengingatkan kita kepada "umur" penghijrahan Rasulullah dan sahabat dari Kota Mekah ke Kota Yatrid (Madinah).

Peralihan tahun ini juga membawa kepada peralihan umur kita. Tapi kebiasaannya kita mengira peralihan umur dengan taqwin Masihi, bukannya dengan taqwin Hijriah. Tapi itu bukan persoalan dan permasalahannya. Yang utama adalah bagaimana kita ingin mengisi ruang dan peluang pada setiap tahun.

Peralihan tahun membawa kepada peralihan umur atau biasa disebut dengan pertambahan umur. Tapi aku ingin memanggilnya sebagai "pengurangan umur". Ya, umur kita makin berkurang, bukannya bertambah. Kalau bertambah bermakna kita akan hidup lebih lama. Tapi sekarang umur kita makin berkurang. Bila makin kurang maknanya umur kita makin habis; dan kita makin menuju ke alam baru. Alam barzahk, yang kita tidak tahu bila akan datang. Hahaha...aku sengaja mengguna istilah sendiri (atau mungkin telah dinyatakan oleh orang lain sebelum ini. Apa yang pasti "pengurangan umur" ini aku tidak pernah dengar daripada mana-mana).

Adakah 2011 bakal menjanjikan sesuatu yang berharga? Hahaha..2011 sudah pasti tidak menjanjikan apa-apa kerana "ia" hanyalah "masa". Yang menjanji, yang mengisi, yang tercicir adalah kita. Ya, kita yang akan mengisi ruang dan peluang 2011 dengan daya sendiri.

Kini buku baru 2011 telah mula dibuka. Buku 2010 baru sahaja ditutup dan disimpan. Tapi buku lama itu jangan dibuang kerana mungkin di dalamnya tersimpan sesuatu yang boleh dijadikan panduan dan manfaat untuk catatan buku baru. Buku lama sama ada terconteng dengan warna hitam (buruk) mahupun warna putih (baik), harus dijadikan rujukan. Mudah-mudahan 2011 tersisi dengan sesuatu yang amat berharga walaupun tanpa kita duga. Selamat Tahun baru 2011..


Baca ni; Muharram bukan bulan nabi berhijrah