Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Isnin, November 26, 2012

Cerita bola 2012: Reaksi awal setelah tewas 3-0 kepada Singapura

Penyokong hilang sabar tahan bas bawa pemain Harimau Malaya

Penyokong Ultras Malaya menahan bas yang membawa pemain Malaysia di luar Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. - Utusan/Abdul Nazir Mohamed

KUALA LUMPUR - Kekalahan 0-3 kepada Singapura dalam perlawanan pertama Piala Suzuki AFF 2012 menimbulkan rasa tidak puas hati kepada penyokong Ultras Malaya.

Lebih kurang 100 penyokong sejati skuad kebangsaan itu menunggu di pintu keluar pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil menuntut jurulatih, Datuk K. Rajagobal memberi penjelasan kekalahan tersebut.

Wakil Ultras Malaya, Redzuan Ahmad mempersoalkan apa yang jurulatih Harimau Malaya itu buat dalam tempoh dua tahun selepas memenangi kali pertama Piala AFF Suzuki 2010.

"Apa yang dibuat selama ini, apa perancangannya selepas dua tahun memenangi piala ini," katanya kepada media dengan rasa tidak puas hati selepas pengendali negara itu berjanji akan memulakan episod baru sebaik sahaja bermula AFF 2012.

Jelasnya, skuad kebangsaan diperkotak-katikkan di gelanggang sendiri dan maruah tercalar apabila mereka tunduk kepada pasukan jiran yang selama ini sering kali bertemu dalam perlawanan persahabatan.

Kumpulan Ultras Malaya itu sanggup menunggu kira-kira sejam di pintu yang sering kali menjadi laluan utama kepada skuad kebangsaan untuk menaiki bas pulang ke hotel.

Bagaimanapun, pengendali skuad kebangsaan itu tidak muncul dan dikhabarkan keluar di pintu lain manakala pemain pula keluar berasingan di pintu laluan bas tersebut tanpa sebarang kekecohan. Dari www.utusan.com.my
...................................Klik sini untuk lihat YouTube protes Rajagobal 

...................................
Hahaha.. walaupun kawe tak berapa berkenan dengan penulisan di bawah ni, tapi kawe nak kongsi juga. Reaksi yang penuh emosi..


10 Dalil Safiq Rahim Patut Dibuang Dari Skuad Harimau Malaya

KECOH!
Menganalisis gaya permainan dan pemain memang dah jadi keutamaan semua orang termasuk penyokong tegar. Sudah sampai masa kita lebih berterus-terang dari simpan dalam hati lepas tu merana tengok pasukan bola kena kitai macam itu saja. 
Kehadapan Safiq Rahim. Main macam setan malam tadi kau tahu? Ini dalil yang kau boleh fikir dalam-dalam kau patut sedar siapa diri kau!
1. Hantaran bola kau baik pendek atau panjang sangat meliar.

Kau sedar tak? Kau jenis tak tengok orang bila passing atau sebenarnya kau memang tak pakai otak bila passing bola? Pemain tengah yang selalu gagal hantar tepat kepada team-mate sememangnya pemain tengah yang GAGAL. Engkaulah orangnya. 
2. Tahan bola kau serupa tahanan perang.

Banyak kali dah kami perati kau menahan bola tak lekat kat kaki. Tahan bola, bola pantul ke depan sampai bola tu dapat ke player lawan. Ada tu pun sama tahan bola merapu padahal takde pemain lawan pressure kau. Macam itu kualiti pemain kebangsaan?
3. Kau takde skill menggelecek

Kalau nak gelecek biar ada konfiden lah brader. Apa kebenda gelecek tapi macam nak rempuh orang? Penyudahnya bola terlepas. Dah tu kau bukan rajin nak kejar balik!
4. Kau takde konfiden nak hold-ball.

Bila menggelecek pun ZERO. Memang jahanam lah kau nak hold-ball. Hold-ball ni bermaksud bola kat kaki kau dan kau bawa bola dengan kaki kau tu ke tempat kosong cari dan buka ruang. Bila ada player lawan datang nak rampas bola. Kau patutnya boleh bawa bola tu ke tempat lain atau pass ke team-mate. Tapi kau TAKDE skill tu. Yang kau tahu bila dapat bola. Terus one-two step hantar. Atau bila dah menggelabah kena pressure, kau lambat nak passing bola kepada team-mate. Penyudahnya kelam kabut. Itu bukan ciri pemain tengah sebenar tahu? 
5. Free kick sahaja tak berguna jugak.

Kau fikir kalau accurate free-kick kau power maka kau layak jadi pemain kebangsaan. Nan hado! Kalau setakat nak harap satu skill je power, apa kau fikir ni American Football? Pemain cuma ada satu skill saja? Ini bola sepak, bangang! Pemain tengah sepatutnya ada lebih dari 2-3 skill. Free-kick kau semalam pun entah apa-apa.
6. Kau suka sangat nak ambil bola dari bawah pump ke atas.

Benda tu patutnya tugas Amar Rohidan. Bukan tugas kau. Kau kapten kau patut gesa dia. Bukan kau yang ambil tugas dia sampai tugas kau yang sepatutnya kau tinggalkan. Tak kisahlah kau rajin nak keluarkan bola dari kawasan sendiri ke kawasan lawan. Tapi cara kau nak hantar bola tu pun dah gagal. Kau hantar jauh ke flanker dan striker tapi hantaran kau mengkhinzir buta tak guna jugak. Atau kau dribble nak bawa bola ke kawasan lawan tapi asyik tak lepas. Menyusahkan kau tahu tak? Penyudahnya Amar Rohidan jadi tunggul kayu. Malaysia kena counter-attack. 
7. Kau memang degil

Kami rasa dah berbuih orang cakap permainan kau dan prestasi kau semakin teruk. Tapi kau taknak dengar. Kau tak ambil iktibar dan takde inisiatif untuk tingkatkan kualiti permainan bola kau. Kau tahu tak beribu-ribu penyokong Selangor panjat kesyukuran bila kau blah dari Selangor dan pergi ke Johor? Ramai dah orang cakap kau main tak bagus tapi kau buat-buat bagus. KAmi pun tak tahu lah apa yang TMJ pandang ke gaya permainan kau. Malanglah Johor ada player macam kau season depan. Malang.
8. Kau tak layak pegang Ketua Pasukan Harimau Malaya

Kalau dah main teruk. Kau fikir anak buah kau nak respek kau sebagai ketua pasukan? Pergi mati.
9. Kau STAR kau fikir kau HEBAT?

Kau ingat Johor belanja besar nak dapatkan kau maka posisi kau kat skuad kebangsaan selamat? Kalau macam itu metaliti kau. Tak hairan kau main teruk.
10. Mentaliti kau dalam game-play kelas ketiga.

Semua benda salah yang kau buat dalam permainan dan perlawanan sudah mencerminkan mentaliti dan kadar berfikir kau tahap mana. Kelam kabut satu hal. Berebut bola takde teknik satu hal. Semua itu cukup jelas kau tak layak jadi pemain tengah kebangsaan dengan mentaliti macam takde effort nak ubah gaya permainan ke tahap lebih baik. SPM kau dapat berapa hah? 
Apa yang Rajagobal pandang ke kau kami pun tak tahu. Mungkin sebab nama kau dah STAR, dia tak berani buang kau padahal prestasi semasa kau macam jahanam tak konsisten dan menurun. Jangan sampai seluruh penyokong chanting nama kau yang bukan-bukan sampai satu stadium dengar kau main macam tahi. Main betul-betul lah setan!

..................dari www.sokerleaks.my

Cerita bola 2012: Permulaan tempang skuad AFF King


Langkah sumbang

REAKSI kecewa Norshahrul Idlan selepas rembatannya tersasar melepasi palang gol lawan dalam saingan Piala Suzuki AFF 2012 menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Singapura menang 3-0. - REUTERS

KUALA LUMPUR - Apa lagi mahu dikata? Permulaan menarik yang diharapkan buat Harimau Malaya dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Suzuki AFF nampaknya hanya tinggal harapan kosong semata-mata.

Kita kalah dengan cara yang memalukan 0-3 kepada Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Dua gol melalui ketua pasukan, Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 sebelum disudahkan dengan penuh bergaya oleh pemain berusia 42 tahun, Aleksandar Duric pada minit ke-75 untuk melengkapkan mimpi ngeri jurulatih, Datuk K. Rajagobal dan para pemain Harimau Malaya di hadapan kira-kira 40,000 penonton.

Masalah sama yang sebenarnya sudah boleh dapat dikesan dalam perlawanan persahabatan sebelum ini nampaknya tetap terjadi dengan kelemahan ketara bahagian pertahanan dan tengah yang menjadi punca kepada kemenangan Singapura.

Rajagobal jelas tidak mengambil pengajaran berguna apabila melihat jentera tengah yang dikawal oleh Safiq Rahim dan Amar Rohidan cukup pincang dalam mengawal permainan lantas membuka ruang kepada lawan mencipta gerakan-gerakan berbahaya ke kubu Malaysia.

Namun, masalah paling ketara buat skuad bimbingan Rajagobal ialah barisan pertahanan yang banyak melakukan kesilapan mudah dengan persefahaman para pemain menjadi persoalan besar.

Dua daripada tiga gol Singapura ternyata merupakan kecuaian pertahanan yang tidak merantai kemas pergerakan penyerang lawan terutamanya Shahril yang menjadi pemusnah semangat perjuangan Harimau Malaya.

Gandingan Aidil Zafuan, Fadhli Shas dan Azmi Muslim sering sahaja 'lemas' dengan hantaran-hantaran lintang berbahaya daripada Shahdan Sulaiman di samping prestasi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang sedang sibuk memikirkan soal perkahawinannya pada 28 Disember depan tiba-tiba berada di tahap yang meragukan.

Biarpun Malaysia memberikan harapan besar seolah-olah mampu menjinakkan Singapura pada 30 minit permainan melalui gerakan berbahaya Norshahrul Idlan Talaha, segala-galanya berubah apabila pelawat memecahkan kebuntuan dua minit kemudian dengan gol daripada Shahril Ishak.

Berpunca daripada hantaran silang Shahdan dari sebelah kiri, Shahril bijak mengeksploitasi kelemahan 
komunikasi antara Azmi Muslim dan Fadhli Shas sebelum mudah menyepak masuk ke dalam gawang Malaysia yang ternganga luas.

Gol itu ternyata menyentap semangat anak-anak buah Rajagobal yang bagaikan hilang fokus selepas itu dan ia memberikan ruang kepada Shahril sekali lagi mengukuhkan kedudukan Singapura dengan jaringan kedua pada minit ke-37.

Segalanya bermula dengan kesilapan Khairul Fahmi yang menepis bola ke belakang yang cuba diselamatkan oleh Fadhli yang dapat menanduk keluar atas garisan gol namun Shahril dapat menyambar bola tersebut dengan menanduk kemas ke dalam pintu gol.

Membawa masuk Wan Zack Haikal di separuh masa kedua menggantikan Khyril Muhymeen tidak memberikan apa-apa impak dengan Safee Sali serta Norshahrul masih gagal mendapatkan bola hantaran berkualiti daripada barisan tengah.

Duric yang hanya dibawa masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-70 akhirnya dapat melepaskan hajatnya menjaringkan gol ketika berdepan Malaysia apabila dia yang tidak dikawal oleh Aidil serta Fadhli, lima minit kemudian menanduk cantik hantaran Shahdan yang layak dianggap pemain terbaik pada perlawanan itu.

Gol itu ternyata membunuh apa perjuangan pemain Harimau Malaya dengan penyokong-penyokong Malaysia mula keluar stadium secara perlahan-lahan sambil segolongan penyokong yang digelar Ultras Malaya menyorak dengan memperkatakan "Rajagobal, apakah yang engkau buat." bagi menamatkan malam penuh mengecewakan Harimau Malaya.
....................................................

Cerita Bola 2012: Ujian pertama Piala AFF Rajagobal gagal


Apa sudah jadi Rajagobal?

RAJAGOBAL (dua dari kanan) berbincang sesuatu dengan pengurus pasukan, Datuk Subhan Kamal (kiri) selepas skuad Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Singapura semalam.


SKUAD ‘eksperimen’ pun tewas, inikan pula ujian sebenar. Ternyata, reputasi selaku juara bertahan Piala Suzuki AFF hanya tinggal sejarah buat Malaysia apabila gagal dalam ujian sulung kempen kali ini sebaik ‘dikerjakan’ Singapura 0-3 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Dua gol ledakan kapten Singapura, Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 serta jaringan lewat Aleksandar Duric pada minit ke-75 sudah cukup untuk menyedarkan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal supaya kembali 'berpijak di bumi nyata' andai mahu kekal bergelar juara kali ini.
Apa yang pasti, alasan Rajagobal yang kononnya sekadar tampil dengan skuad ‘eksperimen’ ketika melakar beberapa keputusan kurang memberangsangkan dalam siri persahabatan sebelum ini benar-benar terjawab malam tadi apabila anak-anak buahnya masih ‘kekeringan idea’ memburu jaringan.
Lebih mengecewakan, ribuan penyokong di stadium dilihat menjerit melaungkan ‘Rajagobal, apa yang engkau buat?’ sebaik perlawanan berakhir sebagai tanda protes terhadap persembahan hambar skuad negara malam tadi.
Biarpun tidak seteruk seperti mana dibelasah 1-5 Indonesia dalam edisi dua tahun lalu, apa lagi alasan yang cuba diterjemahkan Rajagobal kali ini memandangkan Harimau Malaya sepatutnya tampil memelihara maruah selaku tuan rumah edisi kali ini.
Harimau Malaya terlebih dahulu bermula garang seawal minit ketujuh namun percubaan Norshahrul Idlan Talaha yang berjaya menggelecek beberapa pemain pertahanan Singapura berjaya ditepis penjaga gol lawan, Mohamad Izwan Mahbud.
Sorakan lebih 50,000 penyokong Harimau Malaya sekali lagi bergema pada minit ke-19 namun rembatan Norshahrul sekadar melambung tinggi sebelum Mohamad Izwan sekali lagi berjaya menangkap kemas sepakan percuma kapten Malaysia, Safiq Rahim empat minit kemudian.
Di sinilah ‘malapetaka’ Harimau Malaya bermula. Keghairahan tuan rumah memburu gol awal akhirnya dihukum Shahril yang tenang menyempurnakan hantaran jauh Shaiful Esah Nain pada minit ke-32 untuk gol pembukaan Singapura.
Shahril sekali lagi menjadi ‘duri dalam daging’ Malaysia apabila menggandakan kelebihan Singapura lima minit kemudian.
Gol itu berpunca daripada kesilapan bakal ‘Raja Sehari’, Khairul Fahmi Che Mat yang gagal menumbuk kemas sepakan percuma Shahdan Sulaiman sebelum percubaan Mohd. Fadhli Shas mengeluarkan bola daripada atas garisan gol juga tidak menjadi apabila pantas disambar Shahril untuk gol kedua Sang Singa.
Biarpun kemasukan pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Nor sebaik babak kedua bersambung dilihat menyuntik corak serangan Harimau Malaya, ketumpulan jentera penyudah negara masih mengundang amarah ribuan penyokong di stadium dan juga di rumah apabila berkali-kali mensia-siakan peluang keemasan bagi merapatkan kedudukan.
Peluang terbaik Malaysia memecah kebuntuan sekali lagi hadir pada minit ke-69 namun Safee Sali gagal menyambut hantaran Wan Zack biarpun Izwan sudah tertewas.
Percaturan jurulatih Singapura, Radojko Avramovic memasukkan Duric selaku pemain gantian juga menjadi apabila kuda tua itu tenang menanduk masuk gol ketiga lawan pada minit ke-75 hasil kelam-kabut di depan pintu gol negara sekali gus melengkapkan mimpi ngeri Harimau Malaya.
Apa yang pasti, anak-anak Rajagobal wajib bangkit ketika berdepan Laos, Rabu ini jika tidak mahu ‘berputih mata’ ditunjukkan jalan keluar lebih awal kali ini.
Ia begitupun tidak semudah dijangka memandangkan Laos berjaya mengikat naib juara edisi 2010, Indonesia 2-2 dalam satu lagi aksi Kumpulan B petang semalam.
Gol-gol Laos dalam perlawanan itu diledak menerusi sepakan penalti Khampheng Sayavutthi pada minit ke-26 dan Keoviengpheth Lithideth (79) sementara Raphael Guillerm Maitimo dan Vendry Ronaldo Mofu pula masing-masing mencetak satu gol buat Indonesia pada minit ke-42 dan 89.
Kedua-dua pasukan juga terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pengadil dari Hong Kong, Ng Kai Lam melayangkan kad merah kepada penjaga gol Garuda, Endra Prasetya dan juga pemain Laos, Sopha Saysana pada pertengahan babak pertama gara-gara kekasaran melampau terhadap pemain lawan.

Khamis, November 15, 2012

Salam Maal Hijriah 1434



Assalamualaikum.. Pejam celik pejam celik kita telah pun melangkah ke angka 1434 tahun Hijriah. Perhitungan mudah untuk kita mengingati tahun perpindahan Nabi Muhammad dari Kota Mekah ke Kota Yatrid atau Madinah.

Seperti juga tahun Masihi kita mesti membina azam untuk menghadapi tahun baru ini dengan macam-macam rancangan. Tapi hakikat sebenarnya kita lebih mengingati Masihi berbanding Hijriah. Kita lebih mengigati Januari berbanding Muharram. Kita lebih mengingati Februari daripada Rabiul Awal. Kita lebih mengigati Valentines (klik sini) daripada Muhammad Ibni Abdullah yang mana kedua-dua nama ini ada kaitan dengan bulan Masihi dan Hijriah.

Yang pasti keseluruhan Ramadhan akan kita ingat. Awal Syawal kita akan ingat. Dan Zulhijjah pula kita akan ingat hanya angkanya dari 10 hingga 13. Ketiga-tiga bulan ini menjadi begitu popular untuk diingat dan dirai.

Semoga ada hijrah ke arah kebaikan untuk kita semua. Salam Maal Hijriah buat semua.. 

RAIHAN - Hijrah
.........................................
Tengok ni;

Ahad, Oktober 21, 2012

Cerita bola 2012: Kelantan gah menjulang piala ketiga


Indra Putra julang Kelantan


INDRA PUTRA mengesahkan kemenangan Kelantan apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-96 di Stadium Shah Alam malam tadi.



KELANTAN melabuhkan tirai Liga Malaysia (Liga-M) 2012 dengan penuh bergaya apabila mengungguli gelaran trebel pada musim ini.
Skuad The Red Warriors merangkul trofi ketiga selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.
Kelantan membuka jaringan menerusi penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-44 tetapi ATM berjaya mengikat kedudukan menerusi gol Rezal Zambery Yahya pada minit ke-48.
Selang dua minit kemudian, Norshahrul kembali menggandakan kedudukan tetapi penyerang import ATM, Marlon Alex James kembali menyamakan kedudukan apabila menewaskan penjaga gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-62.
Perancang skuad The Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin muncul sebagai wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-96, sekali gus melengkapkan koleksi trofi Liga-M dengan menjuarai Liga Super serta Piala FA pada musim ini.
Beraksi pada separuh masa pertama di hadapan kira-kira 90,000 penyokong, Kelantan hampir berjaya untuk membuka jaringan menerusi tandukan penyerang pinjaman, Muhammad Afiq Azmi yang bijak memanfaatkan hantaran pemain pertahanan kiri The Red Warriors, Mohd. Daudsu Jamaluddin.
Bagaimanapun, percubaan tersebut berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol ATM, Farizal Harun pada minit kelima.
Kelantan yang terus menggandakan asakan dalam usaha untuk mendahului perlawanan apabila Norshahrul berjaya melepasi dua pertahanan ATM namun tendangan lemah itu masih gagal untuk menembusi gawang pasukan yang dikenali dengan nama jolokan The Gladiators pada minit ke-12.
Begitupun, pemain kelahiran Terengganu itu meletakkan juara Liga Super itu di depan dengan menjaringkan gol menerusi tendangan leret yang gagal didakap kemas oleh Farizal, sekali gus menyaksikan keputusan 1-0 kekal di babak pertama perlawanan.
Bersambung di babak kedua, ATM kembali mengatur serangan dalam misi dalam usaha untuk mengikat keputusan perlawanan namun kehebatan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi berjaya mengagalkan setiap percubaan The Gladiators.
ATM akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Rezal Zambery.
Begitupun, jaringan bekas pemain Negeri Sembilan itu sekadar bertahan seminit apabila Norshahrul kembali meletakkan The Red Warriors di depan dengan menewaskan Farizal untuk kali kedua menerusi rembatan leret yang kencang.
The Gladiators kembali mengasak benteng pertahanan Kelantan daan hasilnya, skuad kendalian B. Sathianathan menyamakan kedudukan menerusi jaringan penyerang import, Marlon.
Tersentak dengan jaringan penyamaan itu, Kelantan kembali mempamerkan corak agresif namun benteng pertahanan ATM berjaya mengekang asakan Norshahrul, Indra Putra dan Mohd. Badri Mohd. Radzi, sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan selepas terikat 2-2 dalam tempoh 90 minit.
Sementara itu, Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan menjadi milik Norshahrul manakala Penjaring Terbanyak diraih Marlon.
.........................................................
Kelantan bergelut untuk menewaskan ATM

Isnin, Oktober 15, 2012

Cerita bola 2012: Kelantan ingin trebel


Kelantan ke final


GHADDAR (kiri) bersaing dengan pertahanan Selangor, Bunyamin Umar pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.



PENYERANG import dan pemain tengah Kelantan, Mohamad Ghaddar dan Mohd. Badri Mohd. Radzi memastikan The Red Warriors menempah slot ke perlawanan akhir kempen Piala Malaysia 2012 selepas masing-masing menjaringkan satu gol untuk menewaskan Selangor 2-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Dengan kemenangan itu, Kelantan melangkah bergaya ke final dengan kelebihan agregat 3-0 selepas meraih kemenangan 1-0 pada separuh akhir pertama di Kota Bharu minggu lalu.
Bagi Selangor, kekalahan tersebut terus membantutkan ‘Misi 33’ mereka musim ini.
Kelantan akan membuat perhitungan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Oktober ini.
Pada perlawanan semalam, Kelantan memang berhak muncul pemenang kerana mereka dilihat lebih banyak menguasai permainan.
Begitupun, aksi pada babak pertama agak seimbang dan kedua-dua pasukan tampil dengan rentak yang agak berhati-hati.
Selangor pula harus menyalahkan diri sendiri atas kekalahan tersebut kerana barisan penyerang mereka kurang bijak mencuri peluang biarpun memperoleh beberapa peluang keemasan untuk merobek gawang lawan.
Kelantan hampir membuka jaringan pada babak pertama menerusi Ghaddar pada minit ke-12 tetapi tandukannya berjaya ditepis penjaga gol Selangor, Norzalan Razali.
Ghaddar kembali mempamerkan persembahan cemerlang pada minit ke-38 dan hampir membuka jaringan menerusi percubaan dari jarak jauh tetapi sepakannya dinafikan kecekapan Norzalan.
Tersentak dengan asakan pasukan pelawat, Selangor kembali bangkit menyusun serangan namun masih gagal untuk menembusi benteng pertahanan The Red Warriors.
Peluang terbaik Selangor hadir menerusi rembatan padu penyerang import, Bosko Balaban pada minit ke-44 namun berjaya diselamatkan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Bersambung babak kedua, Selangor terus menggandakan asakan menerusi gandingan Amri Yahyah, Balaban dan kapten, Safiq Rahim tetapi usaha mereka tetap buntu.
Selangor yang terdesak untuk memburu gol bagi memadam kelebihan jaringan Kelantan, hampir di depan menerusi Balaban namun percubaan itu berjaya di dakap kemas oleh Khairul Fahmi pada minit ke-49.
Ghaddar akhirnya berjaya memecah benteng pertahanan Selangor sebelum mengelecek empat pemain Gergasi Merah sebelum menewaskan Norazlan untuk gol pertama Kelantan.
Badri melengkapkan malam bergaya The Red Warriors menerusi sepakan percuma pada minit ke-85 untuk menjadikan kedudukan 2-0.
Selangor terus dihukum apabila menyaksikan Balaban dilayang kad merah apabila penyerang veteran Gergasi Merah itu menyiku pemain import Kelantan, Obinna Nwaneri pada minit ke- 87.