|
Tarikh : 27 Disember 2015 Hari : Ahad Masa :1512 _______________(www.facebook.com/anokjate.ayoh)____________ Hari ke-40 roh terpisah dari jasad. Hari ke-39 jasad bersemadi di sini.
Sesungguhnya kerinduan kami amat dalam ... Alfatihah Zaimah (Minah) Bt Che Moh (Zakaria) -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- |
11 Januari 2016
Hari ini hari ke-55 mek
kembali kepada Maha Pencipta. Memang perit dan sakit untuk menerima takdir
Ilahi ini tetapi inilah hakikat yang kami mesti lalui. Masih segar dalam
ingatan kami. Pada 27 Oktober mek dihantar ke Hospital Tanah Merah kerana tidak
sihat dalam beberapa minggu. Beberapa hari di hospital keadaan mek nampak macam
biasa. Kami masih ingat. Namun di sebaliknya darahnya tidak baik. Atas nasihat
doktor mek akan dihantar ke Kota Bharu bagi menjalani rawatan lanjut. Ingatan
kami masih kuat ketika itu bertarikh 30 Oktober 2016, hari Jumaat.
Mek akan ditidurkan. Pada
mulanya mek beria-ria tak mahu ditidurkan. Ingatannya masih terbayang ketika
mek ditidurkan pada tahun 2013 yang lalu (Allah menguji lagi). Demi
kesihatannya ayah terpaksa merelakan mek dibius. Demi kesihatannya. Malam itu
mek dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dengan ambulan.
Bermula dari itu mek tidur
sepenuhnya dengan bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen. Beberapa hari
kemudian mek dipindahkan ke ICU. Kali
ini ada perubahan. Mek mula membuka mata. Percakapannya tersekat dengan topeng
oksigen. Namun kami amat gembira. Walaupun tuturnya tersekat. Beberapa hari di ICU
mek dipindahkan ke wad biasa. Kegembiraan kami memuncak. Kami bergilir-gilir
menemani mek.
Saat-saat akhir najis mek
berdarah. Doktor membuat telahan mungkin ini berpunca daripada ususnya. Kami
masih ingat detik ini pada Selasa malam. Malam itu juga doktor berkata
jangkitan kuman telah ke paru-paru. Dan lebih dari itu akan ke otak. Subhanallah.
Pagi rabu keadaan mek nampak penat sangat tapi kami tidak mengenyaki apa-apa.
Tengah hari 18 November
2015 mek separa sedar. Pernafasannya dari mulut. Namun keadaan mek sebenarnya tidak stabil.
Terlalu penat. Doktor mencuba. Keputusannya untuk menidurkan kembali mek.
Tujuannya untuk membuat ujian punca najis berdarah. Kami masih ingat masa tu
jam lebih kurang 03:00 petang. Ketika proses awal untuk bius, dalam 03:30
jantung mek terhenti seketika. Waktu ni tiga orang bertungkus lumus memberi
bantuan CPR bersama jururawat.
Jam 04:00 petang doktor
masih mencuba. Akhirnya doktor bersuara untuk sekian kalinya. Katanya degupan
jantung mek makin lemah. Bertenanglah. Katanya lagi cpr akan terus dilakukan
untuk 15-20 minit lagi. Selepas 20 minit adakah pihak keluarga mahu meneruskan
cpr? Itu pertanyaan doktor. Kerana mengikut ilmunya keadaan ketika itu cukup
kritikal. Sekiranya pihak keluarga masih mahukan cpr kemungkinan kecederaan
tulang dada akan berlaku. Sekiranya pihak keluarga merasakan sudah cukup, maka
cpr akan dihentikan....dan mek akan kembali kepada Allah swt.
Akhirnya kami
sepakat..cukuplah setakat itu. Kami tidak mahu terus menyiksa jasad mek. Kami
redha. Akhirnya satu borang kebenaran menghentikan cpr ditandangan. Waktu ini
ayah dan kakak bergilir-gilir melunakan kalimah shahadat ke telinga mek. Waktu
ini air mata jantang kawe gugur. Air mata wanita kakak bercucuran.
Tepat jam 0412 petang, 18
November 2015, bertempat di Wad Puteri, Hospital Raja Perempuan Zainab II,
tercatat sebagai waktu terakhir mek di dunia yang fana ini ...
...bersambung.