Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Ahad, Julai 31, 2011

Perutusan Ramadhan

Insya-Allah, jika tidak ada aral melintang, hari Isnin 1 Ogos 2011 nanti, kita akan melangkah ke 1 Ramadhan 1432 Hijrah. Ramadhan bakal menjelma lagi untuk sekian kalinya dalam hidup kita. Ini juga bermakna umur kita belum lagi "mahu" berakhir. Roh dan jasad mahu lagi bersama kita merasai Ramadhan dalam hidup.

Setelah sebelas bulan kita hidup dengan makan dan minum, kita tiba masanya untuk perut kita berehat seketika. Selain perut ada bahagian lain yang turut sama berehat. Bahagian itu adalah "nafsu'. Tapi sejauh mana "nafsu" kita itu berehat ia bergantung kepada tuannya juga. Jika tuannya lemah, maka nafsu akan menguasai.

Syaitan akan dipenjara selama sebulan bermula malam pertama Ramadhan sehingga berakhirnya Ramadhan. Tapi mengapa nafsu jahat tidak pernah berakhir? Kata para alim (mereka juga berpandukan al-quran), walaupun syaitan terpenjara, bisikannya tetap ada. Oleh kita tidak pelik jika ada yang masih berperangai syaitan pada bulan puasa.
Mampukan kita melawan nafsu ketika syaitan terpenjara..
Tapi kita tidak boleh salahkan syaitan semata-mata diatas kejahilan kita. Mengapa harus salahkan syaitan jika kita melakukan kesalahan? Memang syaitan bersalah setiap tindak tanduk. Tapi jika kita berdaya melawan tidak kira pada bulan puasa atau tidak, syaitan juga akan tunduk, nafsu juga akan lemah.

Bulan yang penuh rahmat ini diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap yang bergelar Islam. Mudah-mudahan Ramadhan ini menjanjikan sesuatu yang amat bernilai buat kita semua.
RAIHAN & ANA MUSLIM - Sambut Ramadhan

Selasa, Julai 19, 2011

Bila handphone dah berikat getah

Bila handphone (hp) berikat getah apa maknanya? Jawapan mudah kerana hp dah rosak. Jawapan lain "kena beli baru". Itu lebih kepada penyelesaian.Tapi sebelum jawapan lain terpancur daripada mulut ada baiknya kita lihat dari sudut yang lain.

-Gambar hiasan
Mudah bahasanya kita dah "kering poket". Kalau orang yang berduit tentu sebelum hp berbalut getah mereka dah tukar yang baru. Ada juga hp belumpun pudar warnanya tapi dah pun berganti. Itu bagi yang berduitlah.

Yang "sesak" biasanya akan terus guna hp bergetah selagi ia berfungsi sebagai hp. Boleh buat panggilan, boleh hantar sms pun kira jadilah. Bila rosak tahap kritikal, barulah ditukar ganti. Itupun kalau ada duit.

Begitulah hp yang telah sampai waktu tua. Macam kita jugalah. Bila sampai masa kita pun akan jadi macam hp. Hp berbalut getah kerana longgar-longgar. Bila getah dah melekat rapat oklah. Kita pula, bila dah tua dan uzur akan datang macam-macam alat bantuan. Walaupun kita tak bergetah tapi sekurang-kurangnya kita bertongkat. Itupun jika sempat bertongkat, kalau tidak terus ....
-Sama macam hp kawe punya - berbalut getah. Cuma kawe buatan China.

Ok, itu pasal hp yang bergetah..
******************************
Ini kisah kembalinya Ahli Parlimen Titiwangsa (PAS), Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali mengadap Allah akibat barah. Semoga rohnya dicucuri rahmah-Nya. Salam tahziah kepada keluarga allahyarhamah.

“ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”, kata Dr. Lo' Lo kepada Dr. Asri Zainul Abidin sewaktu di hospital. Lihat: Dr. Lo' Lo sekadar yang saya kenali
********

Lebih 2,000 iringi jenazah Dr. Lo' Lo 
Lapor Hazayani Zakaria dalam harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Lebih 2,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakyat dan pemimpin parti politik menghadiri pengebumian ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali di Tanah Perkuburan Islam Kampung Datuk Keramat pagi tadi.

Suasana sedih dan suram menyelubungi majlis pengebumian bermula jenazah dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat tengah malam tadi.

Jenazah disolatkan di masjid tersebut jam 10.20 pagi tadi dengan dipimpin Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum dibawa ke tanah perkuburan, diiringi ribuan yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Rata-rata mereka yang hadir tidak dapat menahan sebak setelah jenazah selamat dikebumikan jam 11.10 pagi.

Sejak tengah malam tadi, orang ramai tidak putus-putus mengunjugi jenazah allahyarhamah yang disifatkan sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat.

Anggota Unit Amal juga mula menjaga lalu lintas dan kawasan sekitar sejak tengah malam tadi bagi mengelakkan kesesakan di kawasan sekitar.

Anggota keluarga termasuk suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan anak-anak allahyarahamahberada di samping jenazah sehingga selesai dikebumikan.

Walaupun kelihatan sedih, mereka melayani pertanyaan pemberita dengan baik.

Dr. Aminuddin dengan tenang berkata, beliau redha dengan pemergian Allahyarhamah dan kagum dengan kegigihan isterinya itu menjalankan amanah walaupun terlantar di atas katil ketika sakit.

"Allahyarharmah berpesan kepada petugas-petugas pejabat khidmat masyarakat Parlimen Titiwangsa agar terus menjalankan tugas melibatkan kepntingan penduduk.

"Sehingga ke saat-saat akhir, beliau sering bertanya mengenai kawasan terutamanya isu Kampung baru yang diperjuangkan beliau," katanya.

Selain pimpinan utama PAS, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dan lain-lain.

Allahyarhamah meninggal dunia di Hopital Selayang jam 10.15 malam tadi setelah beberapa tahun mengidap barah
paru-paru.

Jumaat, Julai 15, 2011

Kenapa dibiarkan telanjang?

Khatib hari ini mengingatkan banyak perkara. Tapi yang menarik perhatian kawe adalah mengenai peranan seorang ayah dalam menjaga rumah tangga. Lebih menjurus kepada aurat.

Masjid As Salam, Pengkalan Chepa, yang (mungkin) mampu menempatkan lebih 1000 jemaah Jumaat, jemaah Muslimin.

Dalam angka yang sebegitu (jemaah hari ini), berapa ramai muslimin yang mengambil perhatian dan bertindak apa yang diutarakan oleh khatib mengenai aurat? Berapa ramai suami yang membiarkan isterinya tidak pakai tudung? Berapa ramai ayah yang membiarkan anak perempuannya memakai pakaian yang ketat dan sendat sehingga menampakan bentuk tubuh? Berapa ramai anak yang berdiam diri bila ibunya tidak berkira soal aurat? Berapa ramai abang yang membiarkan adik perempuannya memakai seluar singkat nampak betis dan paha? Berapa ramai adik yang hanya melihat saja kakaknya pakai baju nampak pusat? Berapa ramai?
Uztaz Azhar Idrus - Tangani isteri tak tutup aurat
Jika perkara ini diambil berat oleh muslimin Jumaat hari ini sudah pasti hari semalam, hari ini dan hari esok, kita tidak lihat lagi isteri, ibu, anak, kakak dan adik memperlekehkan soal aurat. Pusing kanan, kiri, depan, dan belakang, semuanya cantik lawa menutup apa yang sepatutnya ditutup. Melindungi apa yang sepatutnya dilindungi. Tapi jika ini diabaikan oleh hamba Allah yang berjantina lelaki, jantan, men, male, maka makin ramai hamba Allah yang berjantina wanita, perempuan, gadis, women, female, yang bermegah dengan bentuk tubuh mereka.
-Gambar hiasan
Tapi dalam masa yang sama, kaum muslimin juga ada auratnya sendiri. Kalau lelaki sendiri tidak mampu tunjukkan contoh terbaik bagai mana mungkin soal ini dipedulikan perempuan..
Usataz Azhar Idrus - Aurat wanita

Khamis, Julai 14, 2011

Sehari sebelum "BERSIH"...

Sehari sebelum Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0)... diadakan, kawe dalam perjalanan ke ibu kota. Bas Mutiara mula keluar dari Kota Bharu pada pukul lebih kurang 2200 dan sampai ke Putrajaya pada 0900 keesokannya.

Belumpun keluar dari Kelantan beberapa sekatan jalan raya telah dilakukan oleh PDRM. Kawe anggap ini perkara biasa bagi anggota keselamatan menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh "BERSIH" pada esoknya, 9 Julai. Tapi kadang-kala terlampau banyak sekatan membuatkan kawe rasa bosan. Perjalanan bas juga terencat.

Sekatan terakhir yang kawe hadapi adalah di plaza tol sebelum Greanwood. Sebelum melepasi plaza tol kami berhenti solat Subuh di surau plaza tol. Sebenarnya kawepun tak tahu apa nama tempat tu. Di sini kelihatan satu kumpulan yang mungkin "peserta" demonstrasi. Mereka dari Terengganu, berdasarkan dialek pertuturan. Bagaikan ketua, seorang yang berjubah dan berserban memberi arahan kepada ahli rombongannya. Dan mereka bukan dari bas yang sama dengan kawe.

Sampai di Greanwood, ramai juga yang turun di sini. Penumpang yang ingin ke Kuala Lumpur diarahkan turun di sini juga oleh pemandu bas. Ini kerana keadaan jalan ke Kuala Lumpur ditutup ekoran "BERSIH".

Perjalanan seterusnya (dengan bas yang sama) adalah ke Putrajaya Sentra. Sampai di sini kawe empat beradik menaiki pula bas ke Putrajaya. Lebih kurang 15 minit kami sampai ke Presint 18.

Buat pertama kalinya kawe menaiki bas Putrajaya. Opss..sebenarnya dah lama kawe tak naik bas sama ada bas ekspres, bas lompat, bas henti-henti, waima bas rosak sekalipun. Yang kawe naik basikal je. Seingata kawe, kali terakhir adalah pada penghujung tahun 2007. Perjalanan bas Mutiara dari Pengkalan Chepa ke Shah Alam. Dan yang terbaru pada sehari sebelum "BERSIH" berhimpun dan berarak di Kuala Lumpur. 

Pada hari "BERSIH" berhimpun kawe berada di Putrajaya. Sepanjang hari kami berada di rumah abang. Kami tidak keluar. Dan bukan tujuan kami datang ke ibu kota untuk turut serta dalam perhimpunan "BERSIH", "PATRIOT" mahupun PERKASA. Kami ke sini dengan tujuan lain.

Pada malamnya kami sempat ke Fiesta Floria Putrajaya. Pesta bunga-bungaan dan landskap. Yang ni tak heran kerana di Kelantan juga ada pesta yang sama yang senang dipanggil pesta Taman Orkid. Cuma yang ada di Putrajaya lebih besar. Tapi dalam tempoh dua tahun ni taman orkid Kelantan sunyi, bagi menghormati Sultan Ismail, bekas sultan Kelantan, yang gering.

Sehari selepas "BERSIH" berhimpun kami bergerak pula ke KLIA. Dan inilah tujuan kawe ke sini. Datang ke ibu kota untuk menghantar adik menunaikan UMRAH. Adik masih belajar di UUM, berpeluang menunaikan umrah bersama Kolej Kediaman Proton, UUM.

Julai 2005, kawe pernah sampai ke KLIA. Pertama kali dalam sejarah hidup naik kapal terbang. Dengan MAS, kawe menuju ke Kota Kinabalu, Sabah. Kali terakhir adalah pada penghujung tahun yang sama. Selepas itu kawe tak ingat lagi macam mana rupa KLIA.

Sebelum bertolak ke KLIA pada sehari selepas "BERSIH" berhimpun kawe berpeluang naik "kereta api" dari Putarajaya Sentra ke KLIA. Buat pertama kalinya naik kereta api moden.

Pada malamnya pula kawe tiga beradik ke Shah Alam pula. Kali ini beralih pula ke rumah abang sulung di Pangkalan Udara TUDM, Subang. Sempat bermalam dua malam. Sehari sebelum balik Kelantan kami berpeluang ke I-City.
Bersama anak-anak buah

Cahaya lampu yang menerangi I-City cukup menarik. Kawe teruja melihat keindahan dan kreatif lampu hiasan yang kegermerlapan pada malam hari. Kami juga sempat ke "mini zoo" di sini. Melihat ular, labi-labi gergasi, katak, iguana, rakun, ikan... Ada haiwan yang pertama kali kawe tengok. Ada haiwan yang dulunya kawe hanya tahu melalui pembacaan, kini dah nampak depan mata.

Beberapa hari selepas "Bersih", 12 Julai, tiba masanya kami tiga beradik berangkat pulang. Perjalanan bas Shamisha Holiday dari pukul 0900 di Sekyen 17, Shah Alam hingga 1830 di Pengkalan Chepa, Kelantan. Perjalanan yang memboringkan tapi ok. Kali ini tiada satupun sekatan jalan raya diadakan. Perjalanan tanpa gangguan. Hanya tersekat di lampu isyarat saja.

Akhirnya selepas beberapa hari "BERSIH" dan polis "bertempur", kami selamat balik kampung..
Bersama anak-anak buah


I follow...Salih Yaacob


Peminat anugerah Salih Yaacob



POPULAR... Gandingan Salih Yaacob, Raja Azura dan Khairil Rashid menerusi segmen Sinar Pagi di Sinar.fm menjadi kegemaran peminat.


MESKIPUN sudah lebih tiga dekad bergelar penghibur, harus diakui, nama Salih Yaacob belum terpahat kemas dalam mana-mana acara anugerah yang berlandaskan kualiti bagi mengiktiraf hasil kerjanya.

Walhal, kalau disingkap diari seninya selama tempoh itu, Salih boleh dikategorikan sebagai anak seni yang memiliki bakat satu dalam sejuta.

Namakan apa sahaja. Semuanya mampu dilakukan Salih baik menyanyi, berlakon, mengacara mahupun berlawak yang sudah menjadi kekuatannya sejak menceburi bidang seni seawal tahun 80-an.

Kalau bakatnya diukur dari segi populariti, pernah sekali sahaja namanya dijulang sewaktu menerima gelaran Penghibur TV Lelaki Popular pada tahun 1992.

Bagi Salih, biarpun dirinya tidak pernah diiktiraf sebagai yang terbaik, namun itu bukan satu kudis baginya. Apa yang penting adalah penerimaan dan sokongan peminat yang tidak berbelah bagi dari dulu sehingga kini.

"Saya mencari rezeki dalam bidang ini bukanlah untuk mengejar anugerah atau mahu diri diiktiraf. Seandainya peminat menerima hasil kerja saya dengan baik dan terhibur dengan apa yang saya persembahkan, itu sudah mencukupi. Malah, ia lebih bernilai daripada mana-mana pengiktirafan.

"Bukanlah saya mengatakan anugerah itu tidak membawa sebarang makna. Kalau menang, ia adalah satu bonus. Tetapi, apakah makna kemenangan itu seandainya ia tidak mampu mengekalkan kedudukan kita dalam industri untuk tempoh yang lama?

"Apa yang saya katakan ini adalah pandangan peribadi saya. Disebabkan itu, saya menganggap peminat saya merupakan anugerah buat saya. Jika bukan kerana mereka, mustahil untuk saya terus kekal selama 30 tahun dalam industri," kata Salih.

Pelawak ternama negara itu yang kini mahu dikenali sebagai SY itu berkata demikian sewaktu pelancaran rancangan bual bicara terbaru kendaliannya, Salih Yaacob Show...I Follow (SYSIF)yang berlangsung di PJ Live Arts, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menyambung bicara, Salih menegaskan matlamatnya menjadi seorang penghibur adalah untuk menghiburkan peminat yang tidak pernah putus mendambakan persembahannya waima apa jua cara sekalipun.

Sebagai contoh, selepas empat tahun berkhidmat sebagai penyampai radio di stesen radio nombor satu negara, Sinar FM, Salih mengakui peminatnya semakin bertambah dan dia berjaya mengumpul peminat baru.

"Tiada apa yang menggembirakan saya apabila mendapat maklum balas daripada mereka (peminat) yang mengatakan mereka terhibur mendengar celoteh saya di corong radio.

"Apatah lagi jika keletah saya itu dapat menggembirakan mereka sepanjang hari dan melupakan segala masalah serta kesedihan yang dialami.

"Sebagai contoh, ada seorang anak memberitahu saya bahawa ayahnya yang lumpuh separuh badan begitu teruja dan gembira apabila mendengar program saya setiap pagi. Jadi, apabila mendengar kisah-kisah begini, saya tumpang gembira kerana matlamat saya tercapai.

"Jika dulu, mereka boleh menonton saya di televisyen dan filem serta mendengar lagu-lagu nyanyian saya menerusi album, kini, semuanya sudah berubah.

"Bidang penyiaran radio merupakan anjakan baru dalam kerjaya saya sendiri," ujar Salih atau nama penuhnya, Mohd. Salih Yaacob yang memiliki empat orang isteri dan 11 anak itu lagi.

Jumaat, Julai 08, 2011

Sejauh mana bersihnya “BERSIH”?

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hangat diperkatakan. Sejauhmana bersihnya “BERSIH” tidaklah dipastikan. Pada awalnya “BERSIH” bertekad untuk berarak di jalanan agar suara kumpulan ini dapat didengar dan diambil perkiraan oleh pihak-pihak yang terbabit. Melihat kepada beberapa tuntutan “BERSIH” ada benar dan ada musykilnya.

Tuntutan “BERSIH”
Pertama, “BERSIH” menuntut agar umur layak mengundi “diturunkan” dari umur 21 tahun ke 18 tahun. Secara mudahnya sesorang yang baru berusia 18 tahun ibarat “remaja tua”. Mungkin dengan usia yang baru (melangkah ke alam dewasa) mereka masih lagi belum matang dalam soal politik. Sejauh mana mereka tahu apa itu politik, pentadbiran, tanggujawab dan peranan undi dalam pembentukan sesebuah negara?

Remaja tua ini juga barangkali masih lagi terbawa-bawa dengan tingkahlaku remaja yang baru saja ditinggalkan. Kita bimbang dalam usaha untuk mereka memilih memimpin, emosional mengatasi rasional. Mereka mungkin “handal” dalam (mencapai keputusan) pendidikan jika diukur dalam SPM. Mereka juga handal dalam membentuk pemikiran generasi baru. Namun sejauh mana mereka handal dalam memilih memimpin?

Dari satu sudut tuntutan pertama “BERSIH” ini boleh diketengahkan. Remaja tua yang ingin melangkah ke alam dewasa perlu diberi peranan untuk menentukan siapa pemimpin pilihan mereka. Walaupun muda tidak bermakna mereka cetek pemikiran. Dengan dunia serba canggih ini segala akses pembentukan negara mudah dipelajari. Internet, media massa, dan pergaulan, menjadi “guru’ untuk mereka belajar memilih pemimpin.

Secara tidak rasmi remaja tua ini telah mempelajari erti kepimpinan dan politik ketika di alam persekolahan. Dengan penglibatan dalam ko-kurikulum sekolah itu sebenarnya sebagai permulaan untuk mereka. Berpersatuan dalam persatuan-persatuan sekolah, memilih ketua tingkatan, memilih ketua pelajar dan sebagainya, itu adalah proses pilihan raya pertama mereka.

Cuma, dalam skop yang lebih besar, sejauh mana mereka matang dalam memilih pemimpin melalui pilihan raya?

2) Dakwat kekal
Untuk mengelakan kesan undi “hilang” atau pudar, “BERSIH” berhasrat penggunaan dakwat kekal diperkenalkan. Ini tuntutan yang munasabah. Ada juga yang mencadangkan sistem biometrik bagi mengesahkan identiti pengundi. Cara ini juga dapat menghindar pengundi tidak berdaftar atau “pengundi hantu”.

3) Pendaftaran pengundi / pemilih secara automatik
Dengan langkah ini seseorang pemilih tidak lagi bersusah payah (tapi bukanlah susah sangat. Cuma kadang-kadang ada yang tidak ada masa, dan tidak ambil berat untuk mendaftar) ke pejabat pos, pejabat SPR, atau mana-mana tempat yang dikhaskan untuk mendaftar sebagai pemilih.

Untuk tuntutan ini SPR mesti mendapat kerjasama dari pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Setelah cukup umur seseorang, JPN secara automatik akan “mendaftar” pemilih baru dalam sistem SPR.

Namun sedikit ralat mungkin akan berlaku. Pertama adalah tempat pembuangan undi pemilih. Tidak semua pemilih menetap di tempat yang sama sepanjang masa. Contoh mudah: ketika umurnya 17 tahun, seorang pemilih menetap di Kelantan. Dua tahun kemudian dia berpindah dan menetap di Johor. Ketika berumur 17 tahun dia belum lagi layak mengundi dan alamat My Kadnya masih di Kelantan. Setelah umurnya meningkat 21 (jika umur 21 menjadi ukuran layak memilih) dia telahpun menetap di Johor. Ketika umur 21 secara automatik namanya berdaftar sebagai pemilih, tapi alamat di My Kadnya tidak akan menjadi automatik tertera alamat baru (melainkan dia segera ke JPN ketika menetap di tempat baru). Bila tiba proses pembuangan undi sudah pasti identiti pemilih (nama, nombor My Kad dan alamat) mesti tepat di antara dalam daftar pemilih SPR dan My Kad.

4) Tuntutan media cetak dan elektronik yang lebih seimbang dalam aspek penyampaian maklumat antara parti bukan kerajaan dengan parti kerajaan.

Ini tuntutan yang juga munasabah. Media massa utama sekarang dan sebelum ini adalah “hak milik” kerajaan. Stesen televisyen dan akhbar secara besarnya sering mengangkat kedudukan kerajaan ke tahap yang lebih tinggi.

Bila tiba pilihan raya, kita dapat liha bagaimana kempen parti kerajaan lebih mendapat liputan. Malah ada juga segmen atau program atau rancangan khas di stesen TV yang memberi ruang kepada kerajaan untuk berkempen.

Jika ada sesiapa atau pihak yang menafikan akan hal ini, ia memang mengecewakan. Parti pembangkang hanya bergantung kepada media altenatif seperti internet, “cerita kodai kopi”, dan mungkin sms. “BERSIH” mengharapkan layanan adil media tempatan terhadap calon yang bertanding.

5) Tangani Rasuah dalam Pilihan Raya
Adakah tuntutan “BERSIH” ini agar SPR membersihkan rasuah di kalangan parti atau calon yang bertanding? Bagaimana SPR untuk menentukan sesuatu itu adalah rasuah? Tidakkah kita patut menyerahkan hal ini kepada SPRM? Atau ada pihak yang cuba menyatakan SPR itu sendiri terlibat dalam gejala rasuah?

Sukar untuk kita menentukan apa itu rasuah ketika tempoh kempen dan proses pembuangan undi. Sering kita lihat ketika tempoh berkempen ada parti politik atau calon “menjamu” dan meraikan pemilih. Sesetengah majlis yang dianjurkan melibatkan kewangan. Contohnya: sumbangan calon kepada pengundi. Bantuan kewangan, barangan dan sebagainya. Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk meyakinkan pengundi bahawa calon inilah yang prihatin, parti inilah yang menjamin masa depan. Adakah cara ini suatu rasuah yang didakwa oleh “BERSIH”?

6) Lanjutkan tempoh kempen
Pro dan kontra mengenai tempoh kempen. Jika tempoh kempen yang panjang ini diberikan akan membuka ruang untuk calon merayu undi lebih lama. Waktu ini akan membawa calon mempromosi diri habis-habisan. Tempoh yang panjang juga membolehkan calon melawat kawasan dengan lebih meluas.

Dari satu sudut tempoh kempen yang lama bukan keutamaan. Sepatutnya parti atau calon atau bakal calon “berkempen” walaupun bukan dalam musim pilihanraya. Maknanya di sini, parti yang memerintah, pemimpin, YB kawasan mesti menjaga rakyat sentiasa masa. Ambil tahu hal rakyat. Selalu melawat kawasan. Sentiasa menyelesaikan masalah rakyat. Jika ini dapat dilakukan, ia secara tidak langsung telah membuka ruang untuk rakyat / pemilih untuk terus setia atau berubah kepada pemimpin mereka.

Jangan jadikan tempoh kempen sahaja pemimpin melawat kawasan. Bila tamat pilian raya YB hilang entah ke mana.

7) Hapuskan sistem undi pos
Undi pos didakwa “talian hayat” untuk Barisan Nasional. Sejauh mana benarnya? Umum mengetahui pemilih yang layak mengundi secara pos adalah anggota keselamatan seperti tentera dan polis. Jika undi pos dimansuhkan bagaimana hak anggota keselamatan ini sebagai pemilih? Mereka juga rakyat Malaysia yang ingin memilih pemimpin yang difikirkan layak mentadbir negeri dan negara tercinta.

Tapi cerita kedai kopi melagukan bahawa anggota keselamatan ini menjadi talian hayat untuk BN untuk kekal memerintah. Anggota keselamatan “mesti” memilih wakil BN. Anggota keselamatan wajib memenangkan wakil kerajaan pusat. Itu cerita kedai kopi. Sejauh mana benarnya, hanya Allah lebih mengetahui.

Perhimpunan dan perarakan
Umum mengetahui hasrat “BERSIH” untuk berarak ke istana negara terpaksa dilupakan apabila Yang Dipertuan Agong “bersuara”. Lalu kerajaan mencadangkan perhimpunan ini diadakan di stadium. Dalam perkembangan lain ada juga di kalangan orang kuat kerajaan pusat tidak bersetuju. Apa-apapun kita serahkan kepada pihak berkuasa dan “BERSIH” untuk mencapai kata sepakat.

Namun di sebalik isu ini juga banyak pihak tampil dan bangkit dengan hujah masing-masing. Paling ketara adalah daripada pemuda UMNO dan PERKASA. UMNO tampil dengan satu kumpulan baru iaitu “PATRIOT” yang mendakwa mewakili majoriti senyap. Kumpulan ini dikatakan dibentuk untuk menghalang “BERSIH” meneruskan hasrat. “PATRIOT” bertekad untuk hadir pada tarikh yang sama, 9 Julai. “PATRIOT” ingin menjadi perisai dan bersedia menyekat “BERSIH” di jalanan.

“PERKASA” juga mempunyai misi yang sama. Mereka akan hadir untuk menentang arus kemaraan “BERSIH”. Usaha mereka tampak bena-benar bersungguh untuk menghalang “BERSIH”.

Kemudian timbul juga persatuan silat yang seiring dengan misi “PATRIOT” dan PERKASA. Sekali imbas tiga kumpulan ini bagaikan satu pasukan. Mereka akan hadir dan menghalang dengan apa cara sekalipun.

Di sini timbul sedikit persoalan. “BERSIH” dikatakan pertubuhan haram yang tidak dibenarkan berhimpun dan berarak. Kehadiran kumpulan ini pada 9 Julai akan dibanteras habis-habisan oleh pihak polis. Bagaimana pula dengan kehadiran “PATRIOT” dan PERKASA? Adakah “PATRIOT” dan PERKASA mendapat permit daripada polis?

Jika “BERSIH”, “PATRIOT” dan PERKASA hadir pada tarikh itu sudah pasti akan berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Di sini juga seakan menggambarkan “PATRIOT’ dan PERKASA tidak yakin dengan polis untuk menghalang “BERSIH”. Ini urusan polis, biarlah polis yang menjalankan tugas.

Undang-undang
Masing-masing kumpulan berhujah mereka mengikut lunas undang-undang. BERSIH” mendakwa mereka ada hak berhimpun kerana Perlembagaan Malaysia tidak menghalang. Polis pula menegaskan tindakan menghalang “BERSIH” adalah wajar untuk menghalang tercetusnya sesuatu yang tidak diingini. Penentang “BERSIH” juga yakin kehadiran mereka adalah tidak menyalahi undang-undang kerana kehadiran mereka untuk menghalang pertubuhan haram.

Sesiapa yang memiliki, menjual, mempromosi sesuatu yang berkaitan “BERSIH” ditahan untuk tindakan undang-undang. Ini termasuklah individu yang memakai baju T “BERSIH” yang berwarna kuning, ditahan. Tapi bagaimana pula individu yang memakai baju T merah yang tertera perkataan “PATRIOT”?

Ordinan Darurat diguna pakai untuk menghalang “BERSIH”. Oleh itu mana-mana pihak yang ada hubungkait dengan "BERSIH" mesti dibersihkan. Mesti ditahan. Mesti.

Pertelingkahan dan kacau bilau
Akan wujudkah kacau bilau jika “BERSIH” dibenarkan berhimpun? Mungkin ya, mungkin tidak. Mana mungkin pihak “BERSIH” dapat mengawal pengikutnya yang ramai. Berapa ramai yang betul-betul berdisiplin. Tapi andai ini (perhimpunan aman) mendapat jaminan “BERSIH”, mengapa polis pula tidak yakin?

Seandanya hanya “BERSIH” saja ada di jalanan, dan ia dikawal dan diawasi oleh polis secara dekat, rasanya matlamat perhimpunan aman dapat dicapai. Cuma, perarakan ini mesti tidak disertai (sebenarya lebih tepat ditentang) oleh penentang “BERSIH”. Biarkan polis yang mengawasi “BERSIH” ketika perhimpunan ini. Jika perlu tambah lagi anggota tentera bersama polis.

Tapi tiada siapa tahu apa yang akan berlaku pada hari kejadian. Pihak polis telah bersiap sedia.

Reaksi golongan akademik
Sememangnya sesuatu yang berlaku di dalam negara perlu “melibatkan” golongan akademik (termasuk golongan agama). Ahli akdemik juga tidak semuanya sependapat. Masing-masing ada hujah. Ada yang bersetuju, ada yang menentang dan ada yang mengambil keputusan berdiam diri.

Antara yang menjadi perhatian adalah pandangan daripada bekas Mufti Perlis, Dr.Asri Zainul Abidin dan Dr.Redhuan Tee Abdullah (UPNM) serta Dr.Aziz Bari (UIAM). Pandangan berbeza mengikut hujah dan perkiraan sendiri.

Popular
Sebenarnya secara tidak langsung “BERSIH” makin popular. “BERSIH 2.0” lebih popular dari “BERSIH 1.0” – tahun 2007 -. Saban hari saban minggu “BERSIH” diperkatakan. Media massa semakin galak membuat liputan “BERSIH”. Inilah yang mempopularkan “BERSIH”. Walaupun tidak semua “BERSIH” itu diperkatakan secara bersih, ia sedikit sebanyak membantu “BERSIH”.

Tidak keterlaluan jika kita katakan mesej “BERSIH” telahpun sampai kepada SPR dan YDPA. Walaupun YDPA belum menerima memorandom daripada “BERSIH”, pihak istana telah pun menerima sesuatu berkaitan tuntutan “BERSIH”.

Penyelesaian
Apa yang berlaku dalam Malaysia ditonton seluruh dunia. Jangan biarkan masyarakat luar terus bersorak dengan kepincangan negara Islam ini. Kata sepakat mesti dicapai secepat mungkin. Jangan biarkan kita terus dipandang sinis oleh musuh-musuh luar.

Sejauh mana bersihnya “BERSIH” ia bergantung kepada matlamat, cara, penyelesai dan reaksi semua pihak. “BERSIH” akan kotor jika ada tangan-tangan jahat yang cuba campur tangan dengan tidak kena cara.

Perlu diingatkan juga bahawa demostasi bukanlah cara yang TERBAIK untuk menyelesaikan masalah... Tapi ini adalah salah satu cara untuk mencapai penyelesaian terbaik..

BACA SEMUA LINK INI. BACA & FAHAM.. (susunan mengikut tarikh)

Dr. Asri Zainul Abidin: "Bersih" wajib berjalan dengan bersih
Dr. A. Samad Said: Unggun bersih
Dr. Redhuan Tee Abdullah: Jangan sampai terperangkap
Dr. Mahathir Mohamad: Demonstrasi
Dr. Redhuan Tee Abdullah: Bersih dalam kotor
Dr. Asri Zainul Abidin: Cadangan untuk Bersih

Khamis, Julai 07, 2011

Cerita bola: Liga Super milik Kelantan

Kelantan mengesahkan trofi Liga Super 2011 milik mereka apabila menewaskan Sabah 2 - 1 di Likas, Kota Kinabalu. Dua jaringan menarik Matyo memusnahkan impian Sabah untuk menjinakan Kijang di laman sendiri. Walaubagaimanapun impian untuk melihat penyerang Kelantan, Norsharul Idlan Talaha, mendakap "kasut emas" berkecai apabila Abdul Hadi Yahya, penyerang Terengganu berjaya memintasnya. Matyo yang menjaringkan 19 gol kempunan kepada Hadi yang mencipta 20 gol, hanya satu gol perbezaan.

Kelantan sahkan kejuaraan



Pemain Kelantan meraikan kejayaan menjuarai Liga Super 2011 selepas mengalahkan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, semalam. - UTUSAN/Ghazali Basri


KUALA LUMPUR - Kelantan cemas seketika sebelum mengesahkan kejuaraan Liga Super 2011 apabila diasak pasukan tuan rumah Sabah pada babak akhir perlawanan, sebelum menang 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu semalam.


Peledak utama Red Warriors, Noorshahrul Idlan Talaha muncul wira pasukannya apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-5 dan ke-71.

Selepas jaringan kedua itu, Kelantan yang hanya menantikan wisel penamat dibunyikan, cemas apabila Sabah bangkit memberi tentangan dengan memperoleh gol menerusi Razlan Otoh, minit ke-76.

Jaringan tersebut menyuntik semangat pemain Sabah untuk memburu gol penyamaan dengan melakukan asak bertali arus, namun gagal menembusi gawang Kelantan yang dikawal kemas Khairul Fahmi Che Mat.

Kemenangan pada perlawanan terakhir semalam membolehkan Kelantan mengumpul 56 mata dan tidak mampu dicabar Selangor dan Terengganu. Laporan lanjut: www.utusan.com.my

Penantian Kijang berakhir

TROFI Liga Super yang amat diidam-idamkan akhirnya berada dalam dakapan Kelantan buat kali pertama selepas skuad gergasi Pantai Timur itu menewaskan Sabah 2-1 pada perlawanan terakhir liga malam tadi.

Penyerang sensasi Norshahrul Idlan Talaha beraksi cemerlang dengan menyumbat dua gol pada setiap babak namun tiada keceriaan berganda untuknya apabila dia sekadar mengumpul 19 gol daripada 26 perlawanan, dipintas pada saat akhir oleh penyerang Terengganu Abdul Hadi Yahaya yang meraih 20 jaringan untuk muncul penjaring terbanyak hasil ledakan empat gol ketika membantu Terengganu membelasah Felda United 6-2.


Gelaran juara Liga Super itu satu sejarah buat skuad The Red Warriors yang sering kempunan untuk menempatkan diri di kalangan pasukan elit sejak 1979 kerana cubaan mereka paling hampir adalah muncul naib juara di belakang Selangor pada tahun lalu.



Kemenangan ke atas Sabah membolehkan Kelantan mengumpul 56 mata, meninggalkan Terengganu di tempat kedua dengan 53 mata manakala Selangor yang sekadar seri tanpa jaringan menentang Perak di Ipoh tersingkir ke tangga ketiga apabila ketinggalan empat mata di belakang sang juara. Laporan lanjut: www.hmetro.com.my

Milik Kelantan
NORSHAHRUL Idlan Talaha membuktikan bisanya apabila menyumbat dua gol untuk membantu Kelantan mengukir sejarah menjulang trofi Liga Super buat julung kali dengan menundukkan Sabah 2-1 di Stadium Likas, malam tadi.


Namun, dua gol penyerang kebangsaan itu gagal membantunya memenangi Kasut Emas selaku penjaring terbanyak liga selepas penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahaya meledak empat gol ketika Terengganu membelasah FELDA United 6-2.

“Kejayaan ini memberi motivasi terbaik buat kami untuk menghadapi misi mempertahan­kan kejuaraan Piala Malaysia selepas ini,” kata pengendali Kelantan, Datuk M Karathu. “Pada awalnya memang situasi agak tertekan, tetapi gol pembukaan Norshahrul sedikit meredakan tekanan. Laporan lanjut: www.bharian.com.my

*Buat sekian kalinya Piya menyambut lontaran Daudsu sebelum dihantar kepada Matyo untuk jaringkan gol. Dan sekian kali juga Piya membuat hantaran utk disudahkan oleh Matyo.

*Apa punya malanglah Felda United FC. Tewas 2-6 kepada Terengganu di laman sendiri sesuatu yang memalukan. Sebelum ini tewas 0-6 kepada Kelantan di Kota Bharu..

Terengganu ratah FELDA United
JUARA Piala FA, Terengganu yang turun dengan harapan memintas Kelantan di persada liga sekiranya pendahulu itu tumpas di Sabah, berpesta gol ketika membenam FELDA United 6-2 di Stadium MBPJ malam tadi - kemenangan yang melonjak pasukan kendalian Irfan Bakti Abu Salim ke tangga kedua liga selepas Selangor sekadar seri tanpa jaringan dengan Perak.

Tanpa menghiraukan keputusan Kelantan yang mengesahkan kejuaraan selepas membenam Sabah di Stadium Likas, Terengganu yang perlu menang besar mengganas sebaik bermula dan memerlukan tempoh enam minit untuk membolosi skuad E Elavarasan dengan tiga gol - bermula jaringan minit ke-16 Reeshafiq Alwi, Abdul Manaf Mamat dan pemburu kasut emas Liga Super, Abdul Hadi. Laporannya di: www.bharian.com.my



*Pemain Kelantan pilihan Ong Kim Swee
Ong Kim Swee menyenaraipendek pemain pilihan untuk menyarung jersey kebangsaan untuk menentang Chelse. Apa yang menari lima pemain Kelantan yang turut mendapat kepercayaan Kim Swee. Antaranya kapten BADRI RAZI, DAUDSU JAMALUDIN, IZUAN SOLAHUDIN, dan RIZAL FAHMI, dan SUBRAMANIAM.. Sumber ini diperoleh dari: suarasukan1mas.blogspot.com

Ahad, Julai 03, 2011

Orang kerja kerajaan ni sombong?

Betul ke orang yang kerja (yang berkhidmat dalam) kerajaan ni sombong? Nak kata betulpun susah, nak kata tak betulpun susah. Kadang-kadang ada betul juga. Tak kisahlah dia tu cikgu ke, kerani ke, pensyarah ke, doktor ke, apa ke, yang penting mereka tu kakitangan kerajaan. Opss.. doktor dan pensyarah lagilah banyak sombongnya. Golongan profesionallah katakan.


Pada tanggapan umum kakitangan kerajaan ni cerah masa depan. Itu kata oranglah.

Kakitangan awam ni selalu dipandang tinggi terutama di kalangan orang kampung. Maklumlah, nak dapat kerja dalam perkhidmatan / sekor awam ni bukan senang. Isi punya isi borang belum tentu dapat. Bila dah dapat banyak kelebihan pula yang ada. Yang selalu orang nampak adalah kakitangan kerajaan ni ada pencen, ada elaun rumah, dan ada pinjaman. Itu secara kasarlah.

Orang kampung kalau dengar kita ni kerja kerajaan mulalah pasang angan-angan nak jadikan menantu. Walaupun tak semua macam tu, tapi ramai juga yang macam tu. Bukannya apa, kakitangan kerajaan ni sedikit sebanyak menjanjikan "kebahagiaan" pada anak mereka. Itu kata oranglah.

Di sebalik kelebihan inilah yang kadang-kadang kala menguatkan lagi dakwaan kakitangan kerajaan ni ada sedikit rasa besar diri. Kalau bercakap semuanya serius, skima, sivik, dan meninggi diri. Nak keluar kedai kopi, jangan harap. Kedai kopi bukan tempat stardart bagi mereka. Paling-paling kurang restoran yang ada pendingin hawa. Itu kata oranglah.

Kalau berkawan bukan sebarangan. Paling-paling kurang rakan mereka adalah daripada kakitangan kerajaan jugalah. Bukannya apa, bila sama-sama kakitangan kerajaan ni topik pertuturan, perbincangan tu senang sikit. Kalau berkawan dengan orang biasa cerita apalah sangat nak dibincangkan? Paling-paling kurang cakap pasal lembu berak atas jalan, banjir musnah sawah. Itupun cakap-cakap orang juga.

Kalau berkawan dengan orang biasa, semuanya mereka boleh "masuk" (mesra). Nak masuk kedai kopi takdelah segan. Nak cakap pasal politik, pasal harga barang naik, cerita bola, semuanya ada di kedai kopi. Tapi setakat manalah isi cerita orang biasa dengan isi cerita kakitangan kerajaan.

Ini ada satu cerita; Kawe (aku) pernah bekerja di pasar raya. Waktu tu kawe kena jaga bahagian kasut / selipar. Macam-macam pelanggan kawe jumpa. Waktu tu kawe jaga kasut yang dah nak habis stok. Jadi kita juallah murah-murah. Suatu hari datang sekumpulan pelajar universiti  (berdekatan pasar raya) perempuan dalam empat - lima orang. Waktu ni kawe sorang je yang jaga, jadi sibuklah nak cari kasut, nak layan pelanggan. Dipendekan cerita seorang pelajar ni nak kasut size sekian, warna sekian. Bila kawe tengok sampel kasut tu kawe terus cakap takde. Sepantas kila dia menyambut "ada tu, saje je malas cari kan..". Kawe tak tau itu ucapan pertanyaan atau menyindir. Tapi tengokkan gaya dan riak wajah macam menyindir. Kawe kata takde sebab ini jualan penghabisan stok, memanglah takde barang. Tapi dia macam tak puas hati. Sampai sekarang kawe masih lagi terbayang wajah pelanggan yang agak sombong tu. Dalam tempoh sebulan (jualan penghabisan stok) dua kali dia datang. Dua kali jugalah lagaknya sama. Itu baru pelajar universiti awam, belum lagi jadi kakitangan awam.

Dalam tempoh itu juga ada pelanggan yang cukup mesra (juga wanita - umur dalam 30 - 40-an). Bila dia tanya kasut dan selipar yang size sekian, warna sekian, kawe akan terus cari. Kalau ada kawe cakap ada, kalau takde kawe cakap takde. Apa yang kawe cakap akak ni takde nak merungut. Kalau kawe sibuk, dia pula yang cari kasut yang dia nak tu. Dan kawe siap bagi tahu lagi macam mana nak cari kasut / selipar yang tersusun bawah rak. Apa yang penting, akak ni memang ok la, takde banyak songeh. Sampai sekarang kawe masih ingat akak ni. Kebetulan akak ni ada kedai makan. Bila kawe ke kedai dia selalu tegur dan bertanya khabar.


Sebelum itu kawe pernah juga ditempatkan di bahagian pakaian dalam pasar raya yang sama. Suatu hari kawe tolong jaga bahagian beg juga. Ada seorang pelanggan ni datang beli beg galas. Seorang pemandu lori. Sambil-sambil cari beg tu kawe bersembang dengan dia. Dia bawa lori untuk hantar barang ke luar Kelantan. Maknanya dalam seminggu dua - tiga kali ke luar. Itu cerita abang tu. Siap boleh cerita lagi pasal kerja dia. Bila jumpa, dia selalu tegur walaupun kawe tak lagi jaga bahagian tu. Sampai sekarang kawe ingat abang tu.


Itu cerita dan kisah, beza dan persamaan kakitangan kerajaan dengan orang biasa. Tapi tak semua kakitangan kerajaan tu sombong. Ada juga yang baik hati. Cuma kawe cakap ni segelintir saja.


Paling kakitangan kerajaan tak suka adalah golongan kat bawah ni.. Betul???
Sudirman: Aku penganggur